5

11 3 0
                                    

"Eyka, kau apa khabar? Lama tak jumpa" airin memaniskan wajahnya. Sungguh sudah lama dia tidak berjumpa gadis itu. Sahabatnya itu melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Ini baru pulang ke malaysia. Lama juga dia belajar

"Aku sihat, airin. Kau apa khabar?"

"Sihat macam biasa. Kenapa tak balik rehat dulu?kau mesti letih kan baru sampai ni?"

"Aku nak jumpa kau dulu. Rindu"

Airin senyum kecil. Ada-ada saja gadis itu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Manja saja dengannya.

"Aku minta maaf, rin"

"Eh eh kenapa nangis ni?" Airin bergegas mengubab tempat duduknya. Badan eyka dipeluk sambil tangannya mengusap belakang badan eyka.

"Aku minta maaf, rin. Salah aku. Semua ni salah aku!"

"Cakap dulu. Kenapa ni? Cerita kat aku"

"2 tahun lalu, tahun 2020..kau putus tunang dengan hariz kan?" Airin terdiam. Kenapa masih perlu ingatkan dia tentang kenangan pahit tu?

"Aku minta maaf rin. Aku minta maaf. Hariz tak pernah curang. Hariz tak pernah sayangkan gadis lain seperti mana dia sayangkan kau. Semua ni salah aku. Aku fitnah dia "

"Apa kau cakap ni, eyka? Jangan nak bergurau dengan aku pasal ni."marah airin.

"Aku tak bergurau. Gambar tu sebenarnya ada aku, hariz dan kawan dia. Tapi aku edit. Cincin pula, itu bukan cincin pertunangan. Itu cincin hadiah untuk semua pelajar malaysia yang sambung belajar ke mesir. Aku pegang telefon dia masa tu. Hariz suruh kawan dia yang pegang telefon dia.

Dia taknak hilang fokus. Di sana dia selalu cakap dia rindukan kau. Dia risau tak mampu tahan rasa rindu tu. Jadi dia suruh kawan dia pegang telefon dia  tapi aku ambil. Aku ambil dan porak perandakan hubungan korang. Aku salah, aku minta maaf. "

Mata airin berkaca. Jadi selama ini, hariz tak pernah salah. Hariz tak pernah menduakan dia. Dia tuduh hariz. Dia tak percayakan hariz sampai sekarang dia menyimpan rasa marahnya kepada hariz. Walaupun hariz sudah tiada

Pang!

Airin menahan nafasnya. Dadanya berombak ombak menahan marah. Hatinya semakin ditikam bila melihat wajah eyka. Patutla selama ni eyka tak pernah bagitahunya dimana dia sambung belajar.

"Sanggup kau! Aku percayakan kau. Aku percayakan kau eyka! Kau tahu apa yang berlaku disebabkan kau? Disebabkan kau, aku putus tunang. Disebabkan kau aku tuduh hariz yang tak bersalah! Disebabkan kau aku masih simpan rasa marah aku terhadap hariz sampai sekarang! Hingga dia mati! Mati eyka! Aku benci dia, marah dia sebab ingat dia curang! Aku kecewakan parents dia!

Sampai hari ni aku benci dia sebab tak tunaikan janji dia. Ohh dia tunaikan satu janji dia. Dia janji untuk balik. Ye dia balik! Balik dengan jasad saja. Sampai hati kau eyka. Kau kawan aku, kenapa kau buat aku macam ni. Apa aku perlu buat eyka? Macam mana aku nak minta maaf kepada hariz?!"

Badan airin jatuh rebah. Tak sanggup. Rasa seperti tak sanggup lagi meneruskan semua ini. Sungguh dia cintakan hariz. Tapi cinta itu dilindungi oleh rasa benci nya terhadap hariz. Apa yang perlu dia lakukan? Menyatakan maaf dan cinta nya di kubur hariz? Meratapi lagi kepergian hariz setelah setahun kepergian lelaki itu dari dunia ini?

"Aku minta maaf, rin. Aku sukakan dia. Aku cemburu dia dengan kau. Aku menyesal. Aku menyesal airin"

"Lepas setahun? Lepas setahun hariz meninggal kau baru nak menyesal? Kenapa baru sekarang kau bagitahu aku?"

Airin berjalan membuka pintu pejabatnya. Matanya tak mampu melihat wajah eyka. Bunyi tangisan eyka sungguh tak dapat menghilangkan amarahnya.

"Keluar"

"Rin aku minta maaf. Aku menyesal, rin. Tolong maafkan-.."

"Keluar, eyka. Tolongla. Tolong keluar. Dan jangan jumpa aku lagi. Tu je aku minta"ujar airin sayu. Hatinya bagai disiat-siat bila melihat wajah eyka.

Sahabatnya sendiri. Sahabat yang dianggap keluarga nya sendiri..

"Aku minta maaf" sejurus itu eyka keluar dari pejabat milik airin.

Airin membawa badannya ke sofa. Rebah. Dia rebah ke atas sofa bersama tangisan penyesalan. Dia menyesal. Menyesal tidak percayakan hariz. Menyesal masih menyimpan benci terhadap hariz walhal hariz tak pernah salah.

"Airin" mata airin dibuka melihat gerangan suara itu.

"Dian... sakit..aku sakit dian. Hariz.."

●●●

"Salah la! Ish kau ni kan yad! Ada aku lepuk terajang kang!"

Damien menepis tangan hayyad dari menyentuh hasil seni nya. Damien memasukkan tepung gandum ke dalam bekas. Habis comot wajahnya dengan tepung. Dapur juga berselerak dengan bahan bahan membuat cake.

"Kau ingat kau buat ni menjadi ke? Tak sedap punya ni"

"Eh biarlah! At least kak rin nampak usaha aku. Dah pergi sana! Sebok je"

Noah menggeleng perlahan. Adik sapa la ni? Rasanya kalau buang dalam loji boleh ke takpe?

"Noah, bubuh vanilla."

"Apahal aku pula?"

"Kau nak kak rin ke tak nak?" Noah berdecit. Dia mengambil satu sudu perisa vanilla dan masukkannya ke dalam bekas berisi tepung. Telur pula dia pecahkan ke dalam bekas itu.

"Haa pandai pon. Dah keluar sana. Yang lain aku uruskan."

"Sayang betul kau kat kak rin kau tu eh. Kalah abang abang kau ni"ujar hayyad

"Eh mesti! Masa sekolah dulu ada kau jaga aku? Kak rin je selalu jaga aku tau. Time mummy sibuk, dia yang datang masakkan untuk aku. Dia tolong aku buat homework. Dia ajar aku matematik. Dia ajar aku masak ayam kicap tau"

Noah menjeling damien. Mengada! Padahal dia yang suruh airin tu ajar dia macam macam. Ingat airin tu sayang sangat kat dia?

Tapi memang sayang pun

Takpe noah takpe. Kau akan rampas kasih sayang tu!

"Hadiah dah beli ke belum?"soal damien kepada kedua abangnya itu.

"Belum."jawab hayyad

"Hah elok! Kau nak beli nanti, beli belon sekali. Beli mcd  kfc, pizza, domino, aiskream hah semula yang sedap sedap tu"

Hayyad menjegil mata. Amboi ingat aku ni cop duit ke? Banyak macam tu nak beli. Sape je yang datang. Mummy,daddy, 3 beradik ni, family airin. Tu je nohh!

"Amboi kau-..." belum sempat hayyad membalas, noah pantas memintas

"Biar aku beli. Alang-alang aku nak beli hadiah untuk dia"

"Eleh cakap macam dia tu pernah rapat dengan kak rin kita. Kak rin tu aku punya la!"ujar damien sinis.

"Ada aku kisah? Kau tunggu aku rampas dia nanti, aku takkan bawa dia jumpa kau!"

Damien menjeling noah. Kisah pula dia? Hek elehh setakat kak rin. Noah tak nak bawa kak rin jumpa dia, biar dia jumpa kak rin. Macam la airin tu nak dekat noah, elleh!

"Haihh nasib aku la dapat abang dengan adik macam ni"

NOAH ZALISYAWhere stories live. Discover now