Bab 48

552 57 5
                                    

Tinggg tonggg

Ain yang sedang bersantai dengan Fariz di ruang tamu berkerut hairan apabila loceng rumah Fariz berbunyi.

Siapa datang?

Fariz yang daripada tadi melentokkan kepalanya atas paha Ain terus duduk menegak. Keningnya terangkat sebelah.

"Kejap, saya buka pintu." Kata Ain sambil memakai niqab takut-takut yang datang itu kawan-kawan Fariz.

Fariz melihat saja Ain yang sudah terpacak depan pintu rumahnya. Siapalah yang rajin datang ke rumahnya hari minggu ni?

Elok je Ain buka pintu terus Ain menjerit gembira.

"Ibu!!!"

Puan Suri tergelak apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Ain.

"Anak ibu..."

Hampir mengalir air mata Ain kerana terlalu rindu dengan ibunya ini. Sejak dia berkahwin, dia tidak lagi bertemu dengan Puan Suri disebabkan kemarahan Encik Karim yang belum reda itu.

"Sayang, siapa datang?" Fariz yang masih tidak tahu siapa yang datang menghampiri Ain yang sedang memeluk seseorang.

"Assalamualaikum..." Ucap Puan Suri sebaik saja Fariz di depan mereka.

"Waalaikumsalam, eh ibu ke? Laaa kenapa tak call? Jom lah masuk, panas ni dekat luar." Fariz segera mempelawa Puan Suri masuk ke dalam dengan senyuman. Gembira dengan kedatangan ibu mertuanya itu.

"Terima kasih Fariz." Senyum Puan Suri.

"Sama-sama."

"Ibu datang sorang je ke?" Tanya Ain tanpa melepaskan tautan lengan Puan Suri.

"Eh taklah ibu datang dengan kakak kau. Beriya-iya dia nak ikut. Katanya nak tengok keadaan kau entah betul ke tidak tak tahu lah dia tu." Bukan Puan Suri nak burukkan Ainul tapi dia pelik bila Ainul nak sangat ikut dia ziarah Ain dan Fariz.

Kalau niat dia baik alhamdulillah tapi kalau sebaliknya minta dijauhkan. Memang dia tak akan maafkan Ainul.

"Oh yeke? Mana dia?" Soal Ain dengan senyuman nipis. Tak kisah lah apa niat Ainul ke sini tapi buruk macam mana sekali pun Ainul itu tetap kakak kandungnya.

"Tuuu..."

Ainul yang sedang melilau di depan rumah Fariz membuat muka apabila Puan Suri, Ain dan Fariz menatapnya. Ceh, biasa je rumah Fariz tak besar mana pun.

Apa nak dihairankan dengan gaji Fariz sebagai seorang guru? Mana lah mampu nak beli rumah yang besar-besar. Huh, padanlah kahwin dengan Ain tu. Dia menyungging senyuman sinis.

Fariz hanya pandang Ainul dengan mendatar. Hatinya kurang enak melihat kedatangan Ainul di rumahnya. Dia yakin pasti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Ainul itu. Tak terbayang dia mempunyai kakak ipar yang muda dan berperangai buruk. Dia bukan nak menuduh tapi dia tahu Ainul lah dalang yang memerangkap dia dan Ain di madrasah.

Macam mana dia tahu? 'Puteri' yang bagitahu dia.

Buktinya 'Puteri' berdiri di sebelah Ain dengan wajah yang bengis. Matanya tajam merenung Ainul yang semakin dekat dengan mereka.

"Assalamualaikum ustaz." Ucapnya sekadar basa-basi.

"Waalaikumsalam." Jawab Fariz dengan nada malas.

Ain sudah menarik Puan Suri masuk ke dalam rumah setelah mendapat isyarat mata daripada Fariz. Dia pun tak mahu berdiri lama-lama di depan pintu.

"Ustaz sihat?"

Fariz yang mahu masuk ke dalam terhenti apabila Ainul menegurnya.

"Hmmm sihat belum nazak lagi." Balasnya.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now