LAMA dia merenung seraut wajah ayu dihadapannya itu. Gadis yang sedang fokus membaca ayat suci Al-Quran. Sejuk hatinya melihat gadis itu. Terlihat kasar walhal dalam hati dia seorang yang lembut.
"Afrina Anisa" panggil Harith Naufal dengan perlahan.
Afrina Anisa yang sedang fokus itu pantas memandang wajah Harith Naufal dengan alis kanan yang terangkat. Mata bundarnya memandang tepat ke arah Haruth Naufal. Jelas mata itu menyimpan seribu satu perkara yang tidak terungkapkan.
"Awak tak sedar ke hari ni hari apa?" soal Harith Naufal dengan nada yang sayu. Dia ters membalas padangan mata bundar milik gadis dihadapannya itu.
Afrina Anisa berfikir seketika. "Hari apa? Hari jumaat lah" balas Afrina Anisa selamba. Wajah itu jelas kelihatan seperti anak kecil yang menunggu kata-kata orang yang jauh lebih tua darinya.
Tergelak kecil Harith Naufal mendengar kata-kata gadis itu. Gadis itu sungguh pelupa.
"To day is the day, Afrina" balas Harith sambil menunduk. Sebu didada di tahankan saja. Terasa seluruh jiwa dan raganya terlalu penat untuk semua perkara yang dia lalui sehinggalah hari yang dia takuti itu telah tiba.
Semakin berkerut dahi Afrina Anisa.
"The day? Apa?" soal Afrina dengan kerutan di dahi.
Harith Naufal menghela nafas perlahan.
"Hari yang di mana kita berdua akan ambil haluan masing-masing. Hari ni adalah hari terakhir. Dan hari ni genap 3 bulan saya kenal awak" balas Harith sayu.
Seperti dibangunkan dari mimpi, Afrina Anisa terus terkaku ditempatnya. Entah mengapa hatinya berat mahu melepaskan jejaka dihadapannya ini.
"Jadi.. Lepas ni awak cari bahagia awak" ujar Afrina Anisa setelah lama mendiamkan diri.
Harith Naufal tidak angguk mahupun geleng. Tiada kata yang terungkap dari bibir mereka berdua. Hanya mata yang berlaga antara satu sama lain dan cuba menyalurkan rasa yang sama.
"Terima kasih ajar saya banyak tentang agama. Mulai hari ni, saya takkan contact awak dan awak pun takkan contact saya" jatuh air mata lelakinya saat menuturkan kata-kata itu. Berat untuk dikeluarkan namun itulah hakikat yang mereka harus terima.
Afrina Anisa mengangguk perlahan.
"Afrina Anisa. Jika awak takdir yang tertulis di Lauhul Mahfuz untuk saya, sejauh mana pun awak dan saya berpisah, dengan izin-Nya kita akan bertemu semula. Dan jika awak bukan takdir untuk saya, saya akan doa kepada Allah supaya hilangkan perasaan saya kepada gadis yang bukan mahram untuk saya. Terima kasih kerana bantu saya dalam banyak benda" sebak Harith Naufal menuturkan itu.
Afrina Anisa tidak membalas. Malah dia terus menunduk apabila empangan air mula jatuh menyapa pipi.
"Terima kasih untuk 3 bulan yang bermakna. Saya pergi dulu. Assalamualaikum, fatati almaebud" tanpa menunggu balasan dari Afrina Anisa. Harith Naufal terus beredar bersama linagan air mata.
Afrina Anisa memandang belakang tubuh sasa Harith Naufal yang semakin hilang dari pandangan mata.
"So lucky to know you"
💘💘💘
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
Ertinya: Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah).
To Be Continue
YOU ARE READING
𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)
AléatoireKnown as Harith Naufal Under His Series 2 { 𝐈𝐭'𝐬 𝐨𝐮𝐫 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲,𝐥𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐚𝐧𝐠𝐞𝐥 } Harith Naufal~Sesorang jejaka yang sungguh,segak,kacak,usahawan berjaya suka buat lawak dan dia juga seorang yang tegas. Seorang CEO di syarikat yang...