"Apa?!" Puan Faridah dan Aisha yang mendengar jeritan Haziq sedikit curiga. Apa yang berlaku?
"B-baiklah aku datang sekarang." Ujar Haziq lemah dan meletakkan panggilan.
Aisha pula tersenyum melihat anaknya yang sedang bermain-main."Kenapa Haziq?" Soal Puan Faridah ingin tahu, tidak tahu mengapa hatinya tidak sedap pada tadi.
"Faliq ma.."
"Kenapa Faliq? Dia tak apa-apakan dengan Adam dan Imanina?" Soal puan Faridah.Haziq mengangguk.
"Tapi, diaorang kena tangkap basah."
"Apa?!"Haziq hanya diam, dia meraup kasar wajahnya.
"Jadi macam mana sekarang ni? Diaorang di mana? Adam mana?" Soal Aisha pula.
"Diaorang berdua sekarang berada di masjid. Adam pula Aiqal yang jaga." Berkerut dahi Aisha. Aiqal pun ada?"Aiqal pun ada?" Haziq mengangguk.
"Kebetulan Aiqal ada meeting dekat sana nak jumpa client kitaorang juga dan kebetulan diaorang duduk berdekatan." Aisha hanya mengangguk."Jadi abang nak gerak sekarang pergi Langkawi, kejap lagi Alex datang." Puan Faridah memandang anaknya.
"Mama nak ikut."Haziq menggeleng.
"Tak payahlah ma.. Nanti mama penat, lagipun Haziq taknak mama bergaduh dengan Iman mahupun Faliq."
Puan Faridah menggeleng.
"Mama nak juga."
"Hah tu Alex dah sampai, mama sure ke nak ikut ni?" Puan Faridah mengangguk.
"Aisha hati-hati okey? Apa-apa terus call mama dan Haziq faham?" Aisha mengangguk dan mencium pipi ibu mentuanya.Aisha turut menyalami suaminya.
"Sayang hati-hati okey? Apa-apa jadi terus call abang boleh sayang? Take care and I love you." Aisha tersenyum dan mengangguk.
"Anak-anak papa jangan nakal okey?"Haziq terus sahaja menaiki kereta.
"Mummy, papa nak pergi mana?" Soal Ziyad.
"Papa ada kerja sayang. Nanti dah habis kerja papa balik." Ziyad hanya mengangguk faham.Sedikit sebanyak Aisha berasa kesian dengan Imanina, lain yang mereka niatkan lain pula yang mereka dapat.
iiiii
Imanina menundukkan pandangannya, daripada tadi air matanya tidak berhenti mengalir.
Dia sudah menghubungi tuan Zakri mengenai perkara tersebut, namun kendengaran intonasi bapanya begitu tenang sahaja.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam." Mereka semua memandang ke arah suara tersebut. Kelihatan Tuan Zakri melontarkan senyuman yang begitu manis sekali."Tuan ni, bapa kepada pengantin perempuan kah?" Tuan Zakri mengangguk.
"Baiklah, kita akan mulakan akad nikah ini.""Bis-"
"Nanti dulu!" Jerit puan Faridah membuatkan mereka semua memandang ke arahnya.
"Puan ini siapa ya?"
"Saya ibu kepada pengantin lelaki, tunggu dahulu saya duduk di sebelah pengantin perempuan."Puan Faridah melangkah ke arah Imanina. Imanina terus menundukkan pandangannya, takut akan cacian puan Faridah.
Namun apa yang Imanina jangkakan salah, puan Faridah tersenyum ke arah Imanina.
"Mama takkan marah kamu sayang, tapi mama nak tanya sesuatu kepada kamu berdua selepas akad nikah ini."
Imanina memandang ke arah puan Faridah, terukir senyuman di bibir si gadis itu.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...