Harapan untuk Bahagia (Kaisoo) 1

43 2 0
                                    



Pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, adakah saya suka hidup seperti ini? Jawapannya mungkin ya, tetapi sentiasa ada tetapi dalam sesuatu. Mungkin anda suka rumah anda, tetapi bukan tempat di mana ia terletak, mungkin anda suka apa yang anda berlajar, tetapi tidak guru yang mengajar anda, mungkin anda suka diri anda secara fizikal, tetapi anda sentiasa berfikir untuk mengubah sesuatu tentang diri anda.

Kehidupan tidak selalu baik untuk semua orang, dikatakan bahawa dia mempunyai kegemaran dan salah satu yang dibenci oleh kehidupan, atau sekurang-kurangnya dia merasakan begitu. Dia adalah Kyungsoo, seorang budak lelaki normal dengan kehidupan yang tidak normal, dia kurus dan putih susu dengan pipi tembam dan rambut coklat tua dan mata besar seperti rusa betina. Tetapi dia juga mempunyai beberapa kesan lebam di badannya.

Di pagi isnin yang tenang, Kyungsoo berbaring di sisinya di atas katilnya, dia memakai baju tidur biru dengan gambar pororo karektor kartun kesukaannya. Cadar dengan cetakkan yang sama. Dia tertidur dengan nyenyak, dengan niat untuk tinggal di atas katil sepanjang hari, namun, anak lelaki itu di kejutkan dengan baldi air yang sejuk yang di curahkan ke atasnya, Kyungsoo yang terkejut bangun terketar-ketar dan melihat siapa yang mencurahkan air, dia melihat abangnya. berdiri di sebelah katilnya sambil mentertawakannya.

"Bangun! apa kamu fikir kamu putera raja, siapkan sarapan sekarang!" perintah abangnya Seungsoo.

Dengan lemah dan gementar kesejukan Kyungsoo bangun. Dia sedih di perlakuan sebegitu oleh abangnya. Selesai menyediakan sarapan Kyungsoo naik ke biliknya semula dan mandi untuk bersiap untuk pergi ke sekolah. Ya sekolah, itu juga salah satu azab baru untuknya setiap hari. Suka atau tidak sekolah adalah wajib demi masa depannya nanti. Inilah Do Kyungsoo remaja berusia 18 tahun berada di sekolah menengah di tahun akhir, tinggal bersama abang Seungsoo dan juga ayahnya Do Kyunhoon. Kyungsoo anak bongsu tetapi sentiasa di abaikan oleh ayahnya kerana dianggap sebagai anak sial sejak kematian ibunya Do Soomi. Kyungsoo berusia 9 tahun semasa ibunya meninggal kerana di langgar kereta semasa menyelamatkan Kyungsoo waktu itu. Sejak itu Kyungsoo dianggap pembunuh ibunya sendiri dan sial. Dia dibenci oleh ayahnya dan abangnya sendiri. Beza dia dan abangnya adalah 4 tahun. Sebelum kematian ibunya Kyungsoo anak kesayangan keluarganya, oleh itu dia sentiasa sedih dan rindu kasih sayang ayah dan abangnya. Tetapi dia malah sentiasa marah dan di herdik malah mereka juga memukulnya jika melakukan kesalahan walaupun remeh.

Kyungsoo seorang anak yang pintar rajin dan sangat cerdas dari semua segi. Dia pandai dalam pelajaran, cerdas dalam kegiatan kokurikulum dan sangat rajin mengerjakan urusan rumah terutama memasak. Masakannya sangat sedap seperti Chef. Dan itu adalah cita-cita ingin menjadi chef di restorannya sendiri. Mampukah atau dapatkah dia mengapai cita-citanya itu.

Kyungsoo sampai di sekolahnya, dia agak pelik kenapa semua pelajar berkumpul dan menyambut seseorang. Dia melihat kerumunan ramai orang jadi dia penasaran dia juga turut melihat itu. Apa yang di lihatnya agak terkejut kerana ada kumpulan anak lelaki seramai 11 orang. Mereka semua anak lelaki yang popular di sekolah. Selama ini Kyungsoo tidak pernah melihat mereka kerana dia dalam dunianya sendiri.

Rupa-rupanya mereka anak-anak lelaki yang sangat berpengaruh di sekolah itu. Kyungsoo kagum dengan keperibadian mereka sebab sangat pintar cergas dan cerdas walaupun mereka anak orang kaya. Ya,dia hanya mampu melihat mereka dari jauh kerana mereka berada di kelas yang berbeza kerana kedudukan mereka sebagai anak-anak orang terpengaruh di Korea. 

Tiba-tiba Kyungsoo terjatuh ke tanah menyebabkan dia merintih kesakitan. Kepalanya di pukul dengan beg yang berat menyebabkan dia pusing. Matanya terpejam erat dan genggaman tangan kerana sakit di pukul. Kyungsoo sudah menangis tersedu-sedu akibat pukulan itu. Perlakunya adalah Johnny and the geng. Mereka ketawa terbahak- bahak melihat penderitaan Kyungsoo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KYUNGSOOXEXOWhere stories live. Discover now