#2

18 4 6
                                    

Naura mengeliat perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura mengeliat perlahan. Tangannya menutup mulutnya saat menguap. Melepaskan kantuk yang masih tersisa. Matanya yang kuyu itu digosok perlahan. Kakinya membawa badan bergerak ke arah tingkap, memberi peluang sang suria menyebarkan sinarannya.
Matanya tertancap pada tarikh yang terdapat pada telefon bimbitnya itu.

Saturday, 8:00 am

Bibir cantik itu mengukir senyuman riang. Lega hatinya saat dia tidak perlu ke pejabat menghadap wajah majikan gilanya itu.

1 detik
2 detik
3 detik

Tiba-tiba, wajahnya merah padam. Rasa malu datang meyerbu wajah putih mulus itu. Dia menghempaskan badannya semula ke atas katil. Mukanya disembamkam pada bantal peluknya. Naura menghela nafas perlahan, dadanya diurut perlahan bagi menghilangkan rasa sesak itu.

Naura teringat akan insiden dimana dia dan abang bos gilanya itu berada dalam jarak yang sangat dekat. Tidak dinafikan, Naura sebenarnya sudah lama mempunyai perasan terhadap lelaki itu.

Jejaka berwajah tampan, berbadan tegap dan tingginya yang sempurna itu mampu membuatkan hati mana mana gadis cair saat melihatnya. Namun, jejaka itu sering memasang wajah serius saat berada di tempat kerja. Jaranglah mahu melihat bibir merah jambu itu senyum.

"Kan best kalau jodoh aku handsome macam tu! Haha" Gedik nada suara Naura berkata. Tangannya memeluk erat bantal peluknya. Excited barangkali.

Kringgg kringggg

Naura mengangkat kepalanya. Matanya menangkap aksara aksara yang terdapat pada telefonnya itu. Seketika, keluhan berat dilepaskan.

{ Darleen Ayana }

"Haih jodoh yang aku minta, bala yang datang" Keluh Naura. Kening lebat itu dikerutkan tanda tidak berpuas hati.

"Ohayo Naura-chan! (Good morning Naura!)" Sapa Ayana di hujung talian.

"Waalaikumsalam habibti, maza turidu? (Waalaikumsalam sayang, kau nak apa ?)" Ujar Naura.

"Weh tak faham weh, tolong translate" Kata Ayana .

"Eishh tu lah, bahasa jepun pandai bahasa arab tak pandai" Naura sudah mula membebel. Bibirnya terherot-herot menahan geram terhadap sepupunya yang gemar mengganggu waktu rehat dia itu.

"Alaa lantaklah, ni weh.. harini kau cuti kan? Jom leyparks" Ajak Ayana dengan slang Lailers dalam drama kampung girl itu.

"Aku nak rest lah harini, nak duduk rumah je" Kata Naura. Dia terlalu malas untuk bersiap dan keluar berjalan-jalan bersama sepupunya yang seumur itu.

"Alaaa temanlah, aku nak pergi caffe book harini.. nak buat kerja sikit" Ujar Ayana lagi. Gadis itu bagaikan tidak reti penat, ada saja kerja yang ingin disiapkan.

Unrequited LoveWhere stories live. Discover now