BAB 29

97 13 0
                                    

Selesai membersihkan diri, dia mendirikan solat fardhu maghrib di samping itu berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan mengikhlaskan hati untuk melepaskan wanita yang pernah dia cintai. Satu mesej diterima dan melihat gambar yang dihantar oleh NIzam kawan baiknya lalu senyuman terus terukir dibibir setelah melihat gambar itu. Beg bagasi dikeluarkan dari almari besar, baju serta seluar diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Emaknya memanggil dan mengetuk pintu bilik lalu membukanya dengan pelahan. Berjalan menuju ke katil, terkaku melihat beg bagasi yang penuh longgokkan baju serta seluar di atas katil, pandangan beralih ke arah Haziq sedang bermain telefon.

"Bercuti sebab Zureen lagi ke?." tersedar dari bermain telefon dan segera meletakkan telefon disisinya. Haziq mampu mengangguk dan senyum tanda betul apa yang diteka olah mak.

"Nampaknya macam tu lah." senyumnya.

"Kakak tahu tak?."

"Kakak tahu Ziq pergi bercuti sebulan. Mak jangan risau, Ziq suruh Nizam tengok-tengok kan office. Flight Ziq malam ni, mak nak ikut sekali tak?. Sempat lagi beli tiket."

"Huh?. Filght malam ni?. Ziq gaduh besar lagi ke dengan Zureen?."

"Apa mak ni?. Tak ada lah, Ziq tak gaduh dengan dia pun mak, semuanya ok je. Mak nak pergi tak?."

"Tak nak lah mak. Mak nak pergi tengok mak su, dia dah nak bersalin dah, Ziq pergi aja lah."

"Mak nak suruh Nizam hantarkan ke?."

"Tak payah, mak boleh tumpangkan kawan mak."

"Ok lah, Ziq sambung kemas dulu."

"Mak tunggu bawah." Haziq hanya mengangguk.

Pengecas telefon dihidupkan dan disambungkan ke telefon pintar sementara itu dia mengemas baju serta barang yang perlu dibawa. Oleh sebab tidak mahu diganggu, telefon dalam keadaan mode silent sewaktu dicas sedangkan seseorang masih membuat panggilan.

Sedang bergelak ketawa bersama kakak ipar tatkala turun tangga diikuti Farhan dari belakang dan disaat pandangan terus beralih melihat ibu yang baru keluar dari ruangan dapur, ketawa terus berhenti disertakan jelingan tajam diberikan. Berlari anak ke arah ibu di samping berpura-pura merengek secara tiba-tiba yang mahukan pelukan dan ibu terus mendakap pelukan Zureen.

"Dia dah mula dah." sakat ibu di samping itu mereka tertawa kecil melihat telatah Zureen.

"Ibu Zureen minta maaf."

"Ya, ibu maafkan. Sudah jangan buat drama depan suami. Tak malu ke?."

"Ibu, ayah. Kami balik dulu." menghulur kedua tangan meminta salaman dari ibu.

"Kirim salam dekat semua." menyambut salaman Farhan.

"Insyallah ayah."

"Tak nak!." rengek Zureen ketika tangan ditarik oleh Farhan.

"Hey!. Pergi balik." geletek di pinggang Zureen buatkan Zureen tidak tahan dan melepaskan pelukan.

"Ibu sakit kepala."

"Nanti saya bagi award kalau awak balik." senyum Farhan.

"Ish." mulut disengetkan serta jelingan tajam berikan segera mengambil beg serta mencari telefonnya dan dia terfikir mungkin telefon berada dalam beg sandangnya.

"Lain kali bawa award emas." sakat ayah.

"Ayah pun sama ke?." jelingnya lagi.

"Stop lah dengan drama tv3 kau ni!. Pergi ikut suami kau balik." mencelah abangnya setelah turun dari tangga.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now