thinking about me

356 28 10
                                    

Malam pun menjelma, usai saja makan cendol di Kulim tadi, kami berempat pulang melalui highway PLUS ke Ipoh, sekitar jam 8.30, kami pun tiba di rumah aku

Ahhh letih letih letih nak drive

Sepanjang perjalanan tadi awkward, really awkward. Nur tak cakap sepatah pun perkataan pada aku, diam saja dia dari Kulim hingga Ipoh. Haihhh dia marah aku ke ni?

Sial la Musyi ni, dah banyak kali dah larang, jangan dibaca fikiran aku ni, banyak benda nak kena fikir, banyak benda private yang orang lain tak patut tahu

"Kau cerita aku suka pakai seluar pendek sangat ke? Well sorry for trying to be comfortable, Zarif" kata Nur dengan muka menyampah

Mamat tu mesti marah aku lagi, lantak dia la, dia nak marah, dia punya hal. Bukannya aku yang cerita pun pasal benda tu, benda tu just buah fikiran aku, standard la nak fikir gitu kejap kan?

Aku masuk ke bilik kemudian terus menghempaskan badan ke katil. Haihh penattt penat harini. Tanganku menggapai remote aircond di meja tepi kemudian rendahkan lagi suhu

Nur melangkah memasuki kawasan bilik. Seraya berjalan perlahan tanpa bunyi, menuju ke luggagenya. Nur kemudian duduk dan keluarkan baju di dalam luggage untuk dipakai malam ni. Butang bajunya dibuka menampakkan singlet jarang yang dipakai di dalam. Nur kemudian bangun dan capai tuala di almari

Nur berjalan laju menuju ke tandas, sebelum masuk ke tandas, dia menjeling ke arah katil, Zarif sedang meniarap tenggelamkan muka di bantal. Lantas Nur kemam bibirnya dan masuk ke tandas

-----------

Curahan air dari shower membasahi tubuh aku, sengaja aku biarkan di suhu panas supaya dapat membuka lubang kelenjar kulitku. Aku berdiri tegak di bawah hujan itu, kepalaku didongak, mataku tertutup

Haaaaaaaaa aku memang bodooohhhhh!!!!!

Eiiii dari Kulim tadi Zar langsung tak bercakap dengan aku haaa, ini mesti dia marah gila dengan aku. Eiii bodo la Nur, stupid stupid STUPIDDDDDD!!!!!!

Mana la aku tahu Musyi tu hantu, haaa tiba-tiba minah tu datang spill benda pelik-pelik kat aku, memang la aku angin, haaaa benda yang dia tanya tu yang Zar selak singlet aku tu, malu gile siot orang lain tahu

"Haa dah faham?"

"Ye la Nur, kau lebih percaya si Musyi tu dari aku kan?"

Pedih, pedih kau tahu dengar ayat yang Zar cakap tadi, bukan pedih sebab Zar yang salah, tapi sebab aku yang melulu tuduh dia dulu. Tak patut aku buat macam tu. Kesian Zar halaaaaaaaaaa

Aku menekan kepala botol gel shower dan mengambil gel yang keluar. Tanganku kemudian melumur cecair melekit itu di tubuh kecil ni

Zar tak naik angin pun dengan aku tadi... dari dalam kereta tadi, dia cakap biasa je dengan aku waktu sebelum and selepas Musyi sampai. Dia tak tengking pun

Tapi aku yang tengking dia

Why did i do that? Whyyyyy. Eiiii tak suka la macam ni, kenapa aku nak kena react macam tu eh

Sebab Zar bocor rahsia

Bukan Zar yang bocor, tapi Musyi yang scan kepala dia laa

Maknanya Zar memang fikir pasal tu la?

Iye la habistu macam mana dia nak ta-

Wait... Musyi cakap, dia cuma scan apa yang manusia tengah fikir, jadi kalau dia scan Zar waktu tu, dia nampak aku, means...

ZAR TENGAH FIKIR PASAL AKU????

Fikiranku tersentak. Mulutku terlopong, tangan yang sedari tadi menyapu sabun terhenti, tangan kanan di batang konekku yang sudah tebal dengan buih sabun turut berhenti

NURADLI ⚦: Sketsa Dunia BaruWhere stories live. Discover now