Sejurus sahaja jam menunjukkan 7:30 pagi tepat, Adriana yang sedia berpakaian untuk hari itu terus sahaja bergerak menuju ke tempat parkir kereta di bawah kondominiumnya. Adriana berasa takut jika Rayqal akan menerjah masuk rumahnya lagi secara haram seperti kejadian semalam. Semalaman Adriana berjaga dan tidak mendapatkan tidur yang secukupnya kerana memikirkan cara untuk lari daripada cengkaman Rayqal. Namun, Adriana membuat keputusan untuk hanya menurut dahulu kata-kata Rayqal sebelum dia melakukan sesuatu perkara yang drastik yang akan mengancam nyawa kakaknya.
Selepas hampir sepuluh minit Adriana menunggu di bawah, kelihatan sebuah kereta Bugatti Chiron berhenti di hadapannya. Cermin di bahagian pemandu diturunkan dan wajah Rayqal yang kacak muncul dan melihat ke arah Adriana.
Hanya satu ayat sahaja yang terkeluar daripada mulut Rayqal, "Jump in."
Walaupun Adriana seperti mahu menjeling kepada Rayqal, dia hanya menundukkan kepalanya dan bergerak ke arah kereta Rayqal dengan perlahan. Sebaik sahaja Adriana menutup pintu kereta, Rayqal dengan segara mendekatkan wajahnya ke arah Adriana. Adriana berasa cemas dan ingin membuka semula pintu kereta bahagiannya. Namun, nasibnya malang kerana Rayqal telah mengunci semua pintu kereta sebaik sahaja Adriana masuk ke dalam kereta.
"Rayqal kau nak buat apa ah?!" Adriana mula berasa bengang dengan pergerakan Rayqal tetapi sebelum sempat tangannya hingap di muka Rayqal, Rayqal sempat menangkap tangan kecil itu dan memegangnya erat.
"Hey, hey. Yang kau nak marah ni kenapa sayang? Aku tak buat apa pun lagi. Yang kau gelabah sangat kenapa?" Balas Rayqal dengan menggunakan suara yang seperti bermain-main dengan Adriana. Adriana tidak membalas ayat Rayqal dan berusaha menarik kembali tangannya. Rayqal tetap tidak melepaskannya dan menarik lagi tangannya sehingga pergelangan tangannya semakin hampir dengan bibir Rayqal.
"Rayqal apa yang kau cuba nak buat ni! Lepas la!" Adriana mula meninggikan suaranya melihat tindakan Rayqal yang seperti orang tidak betul. Rayqal tidak menghiraukan tantrum Adriana dan meletakkan satu ciuman di bahagian dalam pergelangan tangannya. Hanya selepas itu baru Rayqal melepskan tangan Adriana dan melemparkan sebuah senyuman kepada Adriana. Matanya yang bewarna biru menunjukkan yang setelah sekian lama akhirnya sesuatu yang diingininya akhirnya tercapai. Adriana yang memandang tepat ke dalam mata Rayqal menunjukkan raut wajah seperti jijik dengan perbuatan Rayqal dan segera melemparkan pandangannya ke kanan sambil cuba mengelap pergelangan tangannya yang dicium Rayqal dengan sehelai tisu.
"Kau tak payah la nak buat muka tu. Tu baru sikit. It's not that I r*pe you. So what's with that face." Rayqal bersuara dan mula memandu keretanya ke arah kampus mereka.
Sepanjang perjalanan, Adriana langsung tidak memandang ke arah Rayqal dan setibanya mereka di tempat parkir kampus mereka, Adriana menunggu Rayqal untuk mengunlock pintu kereta kerana ingin lekas bergegas keluar dari radar kawalan Rayqal. Namun, Rayqal tidak segera mengunlock pintu kereta tetapi dia hanya merenung ke arah Adriana yang seperti cacing sedang kepanasan.
"Ingat sayang, kalau kau cuba lari atau be close to the other guys, what happened yesterday is only the beginning. Jangan cuba cabar kesabaran aku. Faham sayang? Oh.. And by the way aku nak waktu lunch later, come to my table."
Adriana tahu akan hakikat bahawa walaupun kursus mereka tidak sama dan agak sukar untuk mereka terserempak di dalam kampus, mata Rayqal berada di mana sahaja. Oleh itu, Adriana hanya mampu mengangguk dan melepaskan diri sebaik sahaja pintu kereta sudah tidak lagi berkunci.
Adriana hanya menundukkan kepalanya ketika berjalan kerana takut pelajar-pelajar lain akan menyedari bahawa dia keluar daripada kereta putera mereka.
---
Shah dan Hail yang melihatkan keadaan itu pun bergerak ke arah kereta Rayqal dan menunggu untuk dia keluar. Shah dengan sekali pandang kenal akan susuk tunuh wanita yang keluar daripada kereta Rayqal hanya mampu terdiam dan meneliti raut wajah Rayqal yang seperti tidak melakukan apa-apa kepada wanita yang bergegas keluar tanpa berpaling ke belakang.
"Rayqal, mana kau jumpa dia?" Tanya Shah tanpa berbasa-basi.
Rayqal yang mendengar soalan rakannya itu hanya mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum penuh makna ke arah Shah. Shah berasa tidak senang dengan perlakuan Rayqal yang satu itu kerana dia pasti Rayqal telah melakukan sesuatu yang akan menyebabkan trauma kepada si dia.
Hail hanya terpinga-pinga dengan soalan Shah kepada Rayqal kerana dia tidak tahu bahawa si dia itu siapa. "Dia? Who is dia? By the way Rayqal, siapa lady yang keluar daripada kereta kau? Cantik. Sebelum ni kau tak pernah benarkan siapa-siapa pun naik kereta kau. Ni baik pulak hati kau." Tanya Hail tanya perasan bahawa ekspresi muka Rayqal mula berubah.
"Watch it. She's mine. Don't ever look her way." Peringatan Rayqal kepada sesiapa yang mendengar sejurus mengisytihar bahawa wanita sebentar tadi adalah wanita kepunyaannya dan tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk menghampirinya. Lalu, dengan beg yang disangkut di bahu kanannya, Rayqal terus menuju masuk ke dalam kampus tanpa menunggu rakannya.
Shah yang kenal sangat dengan perangai rakannya yang sangat possessive itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil menepuk bahu Hail. "Itula kau. Lain kali jangan busy body sangat. Kan dah kena setepek dengan si Rayqal," Kata Shah sambil mula juga bergerak ke bangunan mengajar. Hail yang berasa seperti dimarahi dan diejek oleh Shah hanya mampu mengejar rakannya itu sambil membuat muka masam.
---
Setelah kelas Adriana yang ketiga habis, Adriana menghantar pesanan di dalam group yang ditubuhkan oleh Sarah. 'Korang aku tak pergi lunch tau harini sebab aku nak cari bahan assignment dekat library.' Sarah, Anis dan Dhan yang membaca chat Adriana membalas emote dan sticker kembali di dalam group. Adriana berasa serba-salah kerana telah menipu rakannya tetapi dia bertekad untuk mengelakkan dirinya daripada berada di tempat yang menyebabkan Rayqal untuk senang menjumpainya.
'It's okay Adriana. Dia takkan ada dalam library. Buat apa dia nak pergi sana kan? It's okay, it's okay.'
Tanpa disangka, ketika Adriana melalui lorong yang menjadi shortcut untuk ke perpustakaan menurut Anis, lengannya ditarik oleh seseorang ke penjuru yang tersembunyi. Adriana meronta minta dilepaskan sebelum kakinya ingin menendang ke arah permata lelaki yang menariknya.
Tetapi, sejurus melihat wajah Rayqal yang beku, Adriana terus memberhentikan perbuatannya dan mengeluarkan suara kecil meminta Rayqal untuk melepaskannya. Rayqal mengendahkan permintaan Adriana, malah tangannya sebelah kanan menjalar naik mengusap wajah Adriana yang mulus.
"Sayang? kau lupa ke apa yang aku pesan pagi tadi? Kau nak setiap kali waktu lunch aku heret kau sampai meja aku? Hm? Kenapa kau ignore cakap aku?" Rayqal menanyakan kepada Adriana dengan nada yang lembut. Seperti seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya yang sedang merajuk. Hanya Adriana yang faham akan suasana pada ketika itu seperti tenang sebelum ribut.
Badan Adriana mula bergetar dan dia cuba memujuk Rayqal yang mula mendekatkan wajahnya ke arah lehernya.
"Raqyal... Janganla buat aku macam ni. Tolong hormat aku sebagai wanita. Bukannya sebagai mainan kau." Balas Adriana sambil matanya bergenang air mata.
"Aku bukannya tak nak ikut cakap kau. Tapi aku kena cari bahan untuk assignment aku dekat library. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya lecturer aku. Tolongla lepaskan aku."
Perbuatan Rayqal terhenti dan dia mengangkat kembali wajahnya, lalu pandangannya terarah pada air mata Adriana yang mengalir. Hati Rayqal terkesan melihat wajah wanita kesayangannya seperti itu dan ingin mengelap air mata Adriana, namun ditepis oleh Adriana dan Rayqal hanya membiarkan sahaja.
"Alright. This is the last warning for you. Jangan cuba nak mengelak daripada aku. Semua maklumat kau, schedule kau semua ada dalam tangan aku. So, don't try to fool me. Get it?"
Sudah terbuktilah bahawa Rayqal dapat mengesan penipuan Adriana tentang assignmentnya. Namun begitu, Rayqal hanya membiarkan sekali ini sahaja perkara ini berlaku dan terus berlalu pergi.
Adriana yang masih mempunyai sisa air matanya, raut wajahnya bertukar menjadi dingin setelah kelibat Rayqal berlalu pergi. Namun, tiada sesiapa yang tahu akan apa yang sedang difikirkan oleh Adriana ketika ini.
===
vote n comment
YOU ARE READING
Per Sempre (BOOK 2)
Romance"Tolonglah...lepaskan aku. Kenapa kau buat aku macam ni. Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat macam ni dekat aku..." - Ian "Aku sayang kau, faham tak!" - Rayqal "It's simple. Cause you're mine." - Haiqal