Dah seminggu Aulia Azzahra tidak memghiraukan pesanan ringkas atau call dari Zakaria, hatinya belum terbuka untuk bertemu langsung dengan Zakaria. Seperti biasa Aulia Azzahra bekerja di Butik Baiduri 3 seperti biasa, namun keceriaan di wajahnya tidak sama seperti dulu. Perubahan sikap dapat dirasakan oleh Sofia Qaisara iaitu orang yang lebih rapat dengan Aulia Azzahra.
"Aulia, awak okay ke?" Tanya Sofia ragu-ragu melihat Aulia Azzahra merapikan dress-dress dalam diam.
"Alhamdulillah, aku okay Sofia Qaisara kenapa dengan awak ni?" Jawab Aulia Azzahra sambil tersenyum, berusaha untuk kelihatan baik-baik sahaja.
"Aku risau tengok kau beberapa hari Aulia, bukan seperti Aulia Azzahra yang aku kenal." Sahut Sofia, dia luahkan apa yang terbuku dihatinya.
"Insya Allah aku okay, kenapa tengok aku macam tu?" Aulia Azzahra merasa serba salah dengan tatapan Sofia Qaisara padanya. "Ada yang aneh ke dimukaku ni?" Tanya Aulia Azzahra sambil membetulkan tudung dan melihat wajahnya di cermin yang ada di sudut butik.
"Takde apa Aulia, okay jer wajah dan penampilan awak tu...aku cuma risau dengan keadaan kau." Ucap Sofia Qaisara lagi.
"Owh!" Sahutnya sepatah sambil tersenyum.
"Kau dah jumpa Zakaria ke Aulia? Sorry kalau aku bertanya, bukan aku nak masuk campur."
"Aku belum yakin nak jumpa dia Sofia, entahlah macam-macam aku fikir, takut pun ada juga." Sahut Aulia Azzahra resah.
"Apa yang kau takutkan Aulia? Kau takut ke apa yang kau tengok dan dengar tu betul? Maaf Aulia, kalau aku tempat kau dah lama Zakaria tu aku singkirkan dalam hati aku, aku pula yang geram." Ucap Sofia Qaisara dengan geram, kesal melihat Aulia Azzahra yang belum dapat terima kenyataan. "Cuba kau terima kenyataan Aulia, Zakaria bukan satu-satunya dalam dunia ni." Kata Sofia dengan kesal.
"Tak tahu Sofia, sukar aku nak percaya, begitu cepat Zakaria berubah." Jawab Aulia Azzahra sambil memdudukkan dirinya di sofa sambil mengusap wajah lemah.
"Nombor asing yang kerap tanya khabar kau tu masih mengganggu kau ke?" Soal Sofia dengan senyuman, dia harap mood Aulia Azzahra kembali setelah berhenti membahaskan soal Zakaria.
"Alfa ke?" Sofia mengangguk perlahan. "Masih Sofia." Sahut Aulia Azzahra seolah-olah tak berminat.
"Kau dah pernah jumpa dia ke?"
"Belum, malas nak fikir." Sahut Aulia Azzahra tanpa berminat.
Sofia Qaisara mengangkat bahunya seketika, dia tak tahu macam mana agar sahabatnya itu ceria seperti selalu, dah seminggu dia risau melihat keadaan Aulia Azzahra seperti takde semangat.
"Ohya Aulia, kau dah di beritahu ke oleh Encik Razi kita dapat jemputan ke event kat Hotel Bintang tu? Kau nak pergi ke?" Tanya Sofia Qaisara dengan serius.
"Dah tapi macam aku malas nak pergi." Ucap Aulia Azzahra datar.
"Jomlah Aulia, inilah kali pertama kita dapat jemputan ke event penting macam tu." Sahut Sofia bersemangat.
"Tengoklah nanti."
"Kalau Tuan Mahmud Al-Farizi yang datang ajak macam mana?"
Aulia Azzahra melirik Sofia seketika, hairan dengan pertanyaan Sofia. "Buat apa Tuan Mahmud nak susah-susah jemput dia? Dia bukan orang penting dan istimewa pun?" Bisik hati Aulia Azzahra. Dia tersenyum kecut.
"Buat apa Tuan Mahmud nak jemput aku?" Kau ni kan, macam takde jer pekerjaan lain Tuan Mahmud." Ucapnya datar.
"Manalah tahu, aku tengok Tuan Mahmud ambil berat dengan kau. Kau tak perasan ke?"
"Kitakan staff dia, mestilah dia ambil tahu." Jawab Aulia Azzahra berfikiran positif.
Malasnya aku kau ni, ada saja jawapan awak!" Sahut Sofia Qaisara dengan kesal.
_______________________________
Baiduri Holdings, Malaysia.
To, Aulia Azzahra
Assalamualaikum Aulia, apa khabar hari ini?
Mahmud Al-Farizi tersenyum tipis setelah menghantar sebaris ayat untuk bertanyakan khabar Aulia Azzahra.
Selang berapa minit.
From, Aulia Azzahra.
Waalaikumussalam, alhamdulillah okay.
Walaupun Aulia Azzahra mereply whatsapp sekadarnya sahaja, tapi itu adalah perkembangan baik bagi Mahmud Al-Farizi, kerana selama beberapa hari ini dia cuba mencuri perhatian Aulia Azzahra melalui pesanan ringkas, penerimaan Aulia Azzahra ada perkembangan walaupun sedikit. Setelah terjadi peristiwa di mana kedatangan Rina dan Zakaria di butik tempohari. Mahmud Al-Farizi menghantar semula pesanan ringkas kepada Aulia Azzahra.
To, Aulia Azzahra
Jangan lupa makan.
Pesanan ringkas terus bercentang dua tanda sudah dibaca.
"Kau ni mud, dua tiga hari ni aku tengok macam orang gila tersengih-sengih sendiri, siapa yang kau whatsapp tu?" Soal Razi tergelitik hatinya penasaran ingin tahu.
Mahmud Al-Farizi menaikkan sebelah keningnya melihat Razi yang menatapnya sambil berkerut dahi.
"Adalah, secret admirer." Sahut Mahmud Al-Farizi dengan senyuman lebar sambil melihat semula screen handphonenya.
From : Aulia Azzahra
Okay, thanks.
Mahmud Al-Farizi meletakkan handphonenya di atas meja kerjanya.
"Dah ada pengganti Arliana Johan ke?"
"Maybe."
"Wow! you're are amazing! Siapa? I kenal ke?" Tanya Razi bertalu-talu, happy dengan berita yang dia dengar. Dah lama dia tak melihat Mahmud Al-Farizi bersikap seperti budak cinta, tersengih-sengih sambil melihat screen handphone.
"Suatu saat, awak akan tahu juga Razi ... Sekarang ni aku tengah usaha." Sahut Mahmud Al-Farizi menjawab persoalan Razi tadi, ringkas namun rasa ingin tahu Razi membuatkan Razi tak puas dengan jawapan yang Mahmud Al-Farizi berikan.
"Share-sharelah mud, itu pun nak berahsia." Ucap Razi kesal.
"Sabarlah, dah tiba masa you akan tahu juga. Tapi bukan sekarang, takut tak mengena umpan hehehe!" Sahut Mahmud Al-Farizi sambil tersengih.
"Amboi, anak orang kau buat macam ikan..." Seloroh Razi sambil tergelak.
"Bukan macam tu, cuma aku belum boleh beritahu dengan you, takut tak dapat aku juga yang malu." Ucap Mahmud Al-Farizi tak percaya diri.
"Orangnya macam mana?"
"Baik dah semestinya, sopan dan orangnya sederhana saja." Jawab Mahmud Al-Farizi ala kadar sambil menyandarkan badannya di kerusi kebesarannya.
Razi menaikkan sebelah keningnya, serius mendengar ciri-ciri orang yang Mahmud Al-Farizi sebut.
"Bukan anak Datuk ke? Atau anak tan Sri? Model? Atau artis?"
Mahmud Al-Farizi menggeleng perlahan, takde satu pun yang betul Razi sebut tadi.
"Wanita biasa jer Razi, yang penting menyejukkan mata dan hati, aku tak perlu semua tu yang penting dia sempurna di mataku." Jawab Mahmud Al-Farizi selamba.
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...