Bab 3

64 4 0
                                    

- 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡 -


SELESAI membaca yassin dan doa, maka bermulalah para tetamu bergerak ke meja makan untuk menikmati juadah yang siap terhidang. Riuh rendah suasana rumah agam Dato' Hadari dan Datin Mona itu. Ada saudara mara dan rakan kedua orang tua itu.

Pondok jati menjadi pilihan Hara untuk duduk di situ sementara menunggu Jibrael mengambil makanan. Tidak mahu dia duduk di khemah lutsinar yang sudah tersedia kerana ramai tetamu. Baik dia ambil tempat duduk jauh dari mereka semua. Baru boleh bermesra dengan Jibrael nanti.

"Maaf lambat, sayang." Datang pula Jibrael sambil memegang dua pinggan ayam bakar dan garlic bread. Pinggan diletakkan disebelah Hara.

"Lama ke Hara tunggu?" Tanya Jibrael seraya duduk berhadapan dengan Hara. Dia mengukir senyuman buat Hara.

Hara mengeleng. Dia membalas senyum.

"Tak lama pun." Balas Hara lembut. Matanya melilau mencari sesuatu. "Mana air?" Tanya Hara hairan.

"Oh tadi-"

"Ini air kauorang! Aku pula kena jadi penghantar tak berbayar." Celah Hud dengan menyampah. Dua cawan air biru seperti blue lemonade dihulur kepada Hara. Gadis itu ambil dengan cebikan.

Lelaki itu turut memanjat pondok jati itu kemudian duduk disebelah Hara dan meletakkan pinggan berisi makanan bersebelahan Hara.

"Thank you, penghantar tak berbayar," ucap Jibrael serta tawa.

Mereka bertiga menikmati juadah makanan. Jibrael membiarkan Hara makan dahulu ayam bakar itu sementara dia memakan garlic bread yang dibawanya tadi. Jibrael memandang Hud sebelum membuka mulut.

"Hud tak ada perlawanan?" Tanya Jibrael.

Hud mengeleng. "Tak ada. Cuma latihan basic adalah esok. Abang nak ikut?"

"Abang ada kelas esok. Lain kali sajalah." Tolak Jibrael, lembut.

"Altaf tak datang? Tadi abang nampak Athar ada dengan Ran tadi."

"Datang. Dia pergi toilet sekejap." Hud sambung makan. Dia perlu makan banyak buat masa terdekat kerana perlawanan bakal diadakan beberapa minggu lagi.

Jibrael angguk faham. "Hara..." Panggilnya lembut.

"Ya?"

"Tadi Jibrael ada tanya Ran tentang tema wedding kita, dia cadangkan warna putih. Hara setuju, kan?"

Kata Jibrael sebentar tadi buat Hara mahu tercekik ayam bakar dimakannya ini. Berkerut wajah gadis itu memandang Jibrael.

"Kan kita dah ada tema? Warna kelabu."

"Itu belah Hara. Ini belah Jibrael pula. Itu yang Jibrael minta cadangan Ran."

"Kenapa minta cadangan dia pula? Sepatutnya Jibrael bincang dengan Hara, bukan dengan dia. Jibrael ke dia yang nak kahwin dengan Hara sekarang ni?" Sungguh dia tidak berkenan dengan apa yang dikata Jibrael tadi.

Oh bukan kata Jibrael tetapi cadangan menyibuk Dhafir.

"Kenapa? Jibrael cuma minta cadangan dia je. Mestilah Jibrael yang akan kahwin dengan Hara, bukannya Ran." Kening tebal Jibrael bertaut rapat.

"Hara tak suka Jibrael campurkan dia dalam wedding kita. Dia tu penyibuk," kata Hara rimas.

"Hara..." Tegas Jibrael. Dia tidak suka bila Hara memandang rendah pada Dhafir. Dia lihat Dhafir okay sahaja tapi kenapa Hara seperti mak tiri yang bencikan anak tirinya?

"Ya, Jibrael." Dengus Hara.

"Tak baik cakap macam tu. Tak elok mendengus." Tegur Jibrael lembut.

Hara hanya angguk. Dia menolak pinggan ayam bakar pada Jibrael kemudian menarik pinggan garlic bread mendekat.

"Makanlah ayam bakar tu, Hara makan ni pula."

"Baik." Jibrael hanya memandang ayam bakar itu tanpa selera.















"TERIMA kasih kerana datang," ucap Datin Mona ramah. Mereka bersalaman sebelum menghantar permergian rakannya dengan senyuman.

"Aunty Mona, Athar balik dulu. Terima kasih jemput," ucap Athar kepada kedua tuan rumah itu.

"Ya, Athar. Kalau ada masa datanglah rumah ni. Aunty masak untuk kamu dan Altaf sekali." Datin Mona juga membalas ramah.

Datin Mona dan Dato' Hadari sudah menganggap Athar dan Altaf seperti anak kandung mereka sendiri semenjak kedua orang tua mereka meninggal dunia 10 tahun lepas. Nak pula Altaf sememangnya rapat dengan Hud sehingga mengambil tugas sebagai MMA fighter juga. Manakala Athar rapat dengan Dhafir.

Nak dibandingkan siapa lagi rapat diantara Hara dengan mereka berempat? Sudah semestinya Hara rapat dengan Hud dan Altaf.

"Aunty kejutkan Hud, ya? Esok dia ada latihan. Saya malas nak kejut dia berulang kali, dia bukan dengar pun." Altaf memesan pada Datin Mona.

Datin Mona sekadar ketawa seraya mengangguk kepalanya. Dhafir pula berjabat tangan dengan Athar dan sembang sedikit sebelum kedua adik-beradik itu meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

"Ma..." Panggil Dhafir.

"Ya, sayang?"

"Mama ada nampak Hara tak? Ran cari dia dari tadi, dia tak ada." Dhafir menggaru kening.

Datin Mona mengerutkan dahi. "Ran cari Rissa?"

Dhafir angguk.

"Tadi mama nampak dia keluar dengan Jibrael. Sejam sebelum. Hantar ibu katanya," beritahu Datin Mona.

Dhafir mengeluh berat. "Mama benarkan dia keluar dalam majlis Ran? Dengan Jibrael? Bahaya lah. Dah malam." Berkerut Dhafir berkata.

"Apa yang bahaya? Dengan Jibrael, Rissa berganda lebih selamat." Balas Datin Mona selamba.

"Mama? Mama terlalukan percayakan Jibrael seratus peratus!" Marah Dhafir. Entah mengapa moodnya mudah berubah.

"Kamu kenapa ni, Ran?" Terkejut dengan perangai anaknya.

Dhafir membulat mata. Terlepas keluhan dari mulutnya. Apa di dalam fikirannya sekarang ini? Huh!

"Ma... Maafkan Dhafir." Tangan Datin Mona dicapai lembut. Fikirannya serabut.

"Tak apa, sayang. Mesti Dhafir penat baru balik pagi tadi lepas tu malam ada majlis pula. Mama terlalu tergesa-gesa." Bahu anaknya ditepuk. Serba salah pula jadinya.

"Mama pesan kat Hara, kalau nak pergi mana-mana beritahu Ran dulu, ya?" Pesan Dhafir sebelum masuk ke dalam rumah. Tiada apa yang perlu dibantu kerana sudah siap pada awalnya.

"Ah baiklah..."

Datin Mona hanya melihat permergian anaknya. Dhafir, anaknya yang selalu mengambil berat tentang Hara. Dari kecil hingga besar. Apa yang berada di dalam fikiran Dhafir? Dia sendiri tidak tahu.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now