Sinaran matahari yang mengenai matanya membuatkan dia terjaga dari lenanya. Dengan perlahan tangganya mencari sosok Lia dengan mata yang masih terpejam lagi.
Dengan mengejut dia bangun dari baringannya, apabila tiada sosok yang dia cari.
"Sayang....." jerit Aryan perlahan.
Aryan sudah pelik mengapa isterinya tidak menyahut panggilannya selalunya Lia akan menyahut panggilan Aryan tetapi ini tiada langsung sahutan, hanya kicauan burung yang terdengar.
Lagi sekali Aryan menyeru nama Lia, yang berharap dia mendapat sahutan dari Lia.
"Sayang..." jerit Aryan lagi sekali.
Seketika dia memandang ke arah bajunya yang dipenuhi oleh darah yang membuatkan dia teringat pada kejadian semalam. Dan terus sahaja dia menagis terisak ketika ini.
Aiden yang berada di tingkat bawah dengan segera dia berlari naik ke atas menuju ke arah bilik Aryan apabila dia terdengar jeritan Aryan dengan nyaring yang menyebut nama Lia itu, membuatkan Aiden risau dengan keadaan sahabatnya itu.
Dia tahu tidak mudah untuk Aryan bertenang ketika ini, suami mana yang Tidak risau dengan keselamatan sang isterinya tambah-tambah lagi dengan keadaan sang isteri yang sedang sarat mengandung dan berbadan dua itu, dia tahu aryan risau dengan Lia dan baby didalam kandungan Lia.
"hikss !!! sayang... sayang dekat mana? ya Allah kau selamatkan isteri ku dengan anak ku ya Allah, kau bantu lah hamba mu yang lemah ini ya Allah." ujar Aryan dalam tangisannya.
Aiden yang mendengar luahan Aryan sebentar tadi, memandang sayu ke arah Aryan sungguh dia tidak sanggup melihat Aryan lemah sebegitu sekali.
"Ar...." panggil Aiden dengan lembut dan terus sahaja dia menghampiri ke arah Aryan.
Panggilan Aiden di hiraukan olehnya, yang di tahu ketika ini dia mahu tahu di mana keberadaan Lia ketika ini dia sudah tidak fikirkan apa lagi yang dia fikirkan ialah hanya Lia dan keadaan Tokmanya sahaja.
Pedih, hatinya apabila sampai sahaja di rumah dia sudah dikejutkan dengan darah dimerata tempat, Tengku Syafinas yang sudah nyawa-nyawa ikan dan paling yang dia tidak terima sang isteri diculik dan tidak dapat diketahui dimana keberadaan Lia ketika ini.
Dia berharap sangat yang Ariana dapat mencari keberadaan Lia dengan secepat mungkin, dia sangat risau dengan keadaan Lia sekarang ini dia tidak mahu perkara yang buruk terjadi pada isterinya.
"Ar...kau pergi bersihkan diri dulu lepas tu turun sarapan.okey" ujar Aiden dengan lembut.
Sunyi....
Tiada langsung balasan dari Aryan padanya, seketika Aiden mengeluh kecil mahu marah dia tidak boleh dia tahu kenapa Aryan jadi begini, dengan penuh sabar Aiden memujuk Aryan walaupun dia tidak terlalu pandai memujuk orang.
"Ar....."
"Aku nak isteri aku Aiden...hikss aku takut perkara buruk terjadi, semua ni tak akan terjadi bila aku tak tinggalkan Lia dengan Tokma dekat rumah...a-aku aku nak isteri aku Aiden." luah Aryan dengan isak tanggisnya.
Dengan perlahan Aiden menarik Aryan masuk ke dalam pelukannya biarlah orang nak kata dia gay ke dia tidak kisah semua itu yang dia tahu sahabatnya perlukan bahu sementara untuk dia bersandar seketika bahu yang sebenar hilang.
Kadang di terfikir yang Lia terlalu hebat kerana, hanya dikeranakan Lia mampu membuatkan Aryan lemah seperti ini. Dia kagum dengan Lia kerana sudah buatkan Aryan yang ego kini menjadi insan lemah.
"Ar...aku tahu kau risaukan anak bini kau, tapi kau tak boleh macam ni... kau kena kuat aku Hay,Ari and semua ada dengan kau. sekarang ni Ariana tengah usaha cari lokasi Lia berpandukan dengan rantai yang Lia selalu pakai." ujar Aiden dengan penuh bersabar.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Teen FictionTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...