| Sudut Pandangan Ketiga |
Bahang petang membangunkannya daripada lena. Kepanasan, dia membuka mata lalu bangkit dari perbaringan. Dalam keadaan mamai, dia memanggil-manggil akan nama seseorang.
"Pot..." Suara lunaknya bergema menanti respon. Namun, tiada sahutan seperti selalunya. Dalam keadaan sedikit mengantuk, dia bingkas bangun dan lurus kakinya melangkah menuju ke koridor.
Seperti biasa, apabila melihat gadis itu keluar dari bilik asrama, yang lain mula mencicit-cicit berlari ke bilik masing-masing. Ada juga yang curi-curi pandang melalui tingkap. Seluruh blok asrama bertukar senyap ibarat tidak dihuni sebarang manusia. Persis penduduk perkampungan berpasir yang bersembunyi di ceruk rumah masing-masing angkara ketakutan dengan sang koboi berkuda yang berkonvoi membawa revolver dan raifal.
Cuma bezanya yang ini bukanlah seorang koboi. Hanya seorang gadis bertubuh kecil berumur 14 tahun. Kecil memang kecil tetapi jangan sesekali dipandang enteng kerana dalam diam dia pernah bergerak menyelam kepala pengawas senior ke dalam mangkuk tandas semasa dia di tingkatan satu dahulu.
Pada jam lima petang itu juga, satu lagu Inggeris berkumandang di udara. Lagu yang mempunyai lirik yang susah hendak ditebak hujung pangkalnya apa. Entah apa-apa. Volume dinaikkan seakan-akan esok mahu kiamat besar. Memang kuat bunyinya, sehinggakan katil asrama dirasakan bergegar-gegar ibarat mahu dilanda gempa.
Pelakunya tak lain tak bukan, juga seorang pelajar junior yang berusia 14 tahun. Ramai yang merasa sangat terganggu dengan keadaan itu namun tidak satu pun yang berani menegurnya.
Bukan hanya sekali. Hampir setiap hari junior mereka yang gila itu akan naik ke tingkat tiga untuk melakukan 'kerja' tidak senonohnya. Senior-senior dan pengawas-pengawas asrama pula gerun terhadapnya. Walaupun hakikatnya dia lebih muda, fakta itu langsung tidak dapat membuang ketakutan mereka.
Gadis yang baru bangun itu tadi berkerut sebelum menjengahkan kepalanya ke tingkat atas. Stres.
"POOOOOTT!!!" Sia-sia. Teriakannya tenggelam dek kerana bunyi yang terlalu nyaring itu.
"Shiraka..." Dia menghentak kaki sebelum memecut ke tingkat tiga. Sumpah seranah dilagukan di dalam hati.
Sesampainya dia di port biasa mereka, dia berhenti lalu tunduk termengah-mengah memegang lutut sendiri kerana kepenatan. Baru bangun tidur sudah dipaksa maraton ke tingkat atas. Tangannya yang satu lagi bergerak mendekati pintu bilik itu sebelum ditamparnya berkali-kali semata-mata untuk mendapatkan perhatian kawannya yang sedang menggila itu.
Sebaik sahaja 'Pot' terdengar bunyi pintu berdentum dari luar, 'Pot' menoleh. 'Pot' tersengih-sengih saat melihat wajah kawannya yang sedang kemerah-merahan. Tidak perlu disuruh, dia mengecilkan volume lagunya.
"Yo Queen. Rajinnya kau bersenam petang-petang ni." Sapanya bersama satu sengihan besar.
Queen yang sedia bengang itu mengangkat kepala. "Bersenam kepala bapak kau. Dan tu bukan lagu yang aku mintak."
'Pot' mengeluh. "Aku dah takda bapak."
"Sama."
"Dan nama aku Zanna. Bukannya Pipot."
"Lantaklah aku nak panggil kau apa sekalipun." Queen mengujar dalam baran. Makin sakit telinganya mendengar lagu yang aneh itu. Yang bukan-bukan sahaja citarasa anak ini.
Zanna tersengih. "Kau ke sini sebenarnya bukan sebab lagu tapi untuk 'benda' tu kan?"
Kali ini, Queen memandangnya dengan wajah serius. Zanna seterusnya menyambung.
"Heee dorang dah settle sendiri. Kau tak perlu kotorkan tangan kau. Kali ni, tak perlu."
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
Dia Raja Buli
Teen Fiction3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...