bab 4

5 3 0
                                    

LUCIEN Kai memandu memasuki perkarangan rumahnya yang menjadi saksi pergaduhan dia dan ibunya . Selepas memberhentikan kereta bersebelahan dengan sebuah kereta milik mamanya , dia mematikan enjin . Satu keluhan berat dilepaskan setiap kali dia memerhati rumah itu.

Walaupun dia benci akan perkara yang ibunya lakukan pada masa silam , dirinya juga turut rindu akan belaian kasih serta perhatian yang diinginkan ketika kecil .

"Tiada siapa beritahu mama hari ini Kai nak makan di rumah . " sapa satu suara sebaik sahaja dirinya sudah melangkah ke rumah .

Lucien hanya mendiamkan diri . Meja makan dihampiri diikuti langkah ibunya .

Puan Aylee hanya mengeluh lemah . Baru sahaja Puan Aylee hendak menjawab , pantas Lucien memintas .

"Kalau mama nak ajak berbincang , jawapan Kai tetap tak nak "

" Mama datang bukan meminta simpati . Mama cuma ingin berbincang " ujar Puan Aylee sambil merenung wajah anak lelakinya .

" Kai tak suka perbincangan . Lagi-lagi dari mama . Jawapan tetap sama . Tak " jawab Lucien tegas .

" Kenapa kamu susah mahu terima mama ? Mama cuma mahu kita rapat macam dulu "

" Sebab mama bukan mama "

" Bukan mama ? " Ulang Puan Aylee tidak berpuas hati . " Setahu mama , mama yang lahirkan kamu selama 9 bulan dan lahirkan kamu dengan susah- payah . Tidak cukup lagi untuk pegang gelaran " mama" ?"

" Gelaran mama ? Itu yang mama kata mama ke ? Mama tak pernah jaga Kai dari kecil . Apa yang mama tahu kerja , kerja dan kerja ! Tak cukup lagi ke ? Selama 23 tahun mama pernah ambil tahu tentang luar dalam Kai ? Pernah ke ? Yang ambil tahu pasal Kai cuma bik Elya . Apa yang mama ambil tahu?Itu ke maksud mama sebagai " mama " ? Balas Lucien dengan nada yang lantang hingga menyebabkan rumah itu bergema dengan suaranya.

" Mama minta maaf . Mama tahu yang banyak menguruskan kamu bik Elya . Tapi mama tetap mama kamu , Kai . Mama berhak untuk meminta perhatian dari kamu " balas Puan Aylee .

"Itu apa yang mama fikirkan . Apa yang Kai fikir tak sama apa yang mama fikir . Kai tak perlukan mama yang hanya pentingkan status kerja dari anak . " Lucien hanya memandang tepat Puan Aylee . Nafas yang mula berubah rentak diatur semula bagi menenangkan hatinya dari terlepas barannya yang satu itu.

" Tapi sekurang - kurangnya mama cuba untuk bagi apa yang Kai nak . Mama usaha untuk bagi yang terbaik untuk kamu . Apa yang kamu nak semua mama bagi . Tak cukup ke Lucien Kai ?" Puan Aylee memandang tajam anak lelakinya yang berada di hadapan korneo mata miliknya .

" Mama fikir Kai perlukan semua tu ke ? Kai cuma mahukan perhatian mama . Bukan DUIT mama . Apa guna ada mama kalau perhatian pun seolah - olah dibeli dengan duit ?  Tapi disebabkan sikap kerja mama yang melampau , perhatian dan kasih sayang pada Kai tak cukup .  And ,i hate it " ujar Lucien . Dia cuba bersabar dengan sikap mamanya yang masih ingin menang . Mungkin ini penyebab hubungan dia dan ibunya tidak baik . Masing-masing ego.

" Kai , kamu membesar dengan mama bukan Bik Elya . Kamu perlu tahu batasan bercakap dengan mama "

Lucien tersenyum sinis mendengar bicara mamanya . Mungkin sebab itu dia selalu mengatakan ibunya ego . Ya , ego .Lucien hanya mengangguk . Dia tahu perbincangan dengan mamanya tidak akan pernah berjumpa jalan dan tidak mungkin dia akan mengalah .

" Mama selalu kata , mama berkerja kerana Kai . So , apa kata mama gunakan duit tu untuk kembalikan kakak . Dan mama mungkin  lupa , mama penyebab kakak tiada di rumah sekarang . " ujar Lucien masih tersenyum sinis .

Senyuman melebar Puan Aylee tadi terus hilang apabila nama seseorang dibangkitkan dalam perbincangan ini. Dia tidak menyangka sejauh itu perbincangan mereka.

" Sebab itu Kai kata , mama tak layak untuk jadi seorang mama . Seorang mama sanggup pentingkan kerja dari anak yang dikandung .Kalau mama perlukan Kai, jawapannya tetap tidak. . "

" Mama ni mama kamu , Kai . Hormat mama ! "

" Jangan lupa ma , Kai lahir dalam satu - satunya keluar yang lagi pentingkan kerja dan sanggup buang anak hanya kerana keuntungan diri sendiri "

" Kai tetap bagi amaran . Jangan sesekali cuba untuk merayu dengan Kai hanya untuk menebus kesilapan hanya kalau mama sendiri punca semua ni .  Kalau mama sanggup buat kakak macam tu , darah tu ada dalam diri Kai juga " ujar Lucien sinis sebelum kakinya diangkat melangkah keluar dari meja makan itu.

" Lucien tetap tak mahu berbaik dengan Mak Ngah ke ?" Sapa Wiliam menghampiri Puan Aylee merangkap ibu saudaranya . Sejak tadi , dia berada di belakang pintu rumah mendengar perbualan sepupunya dan Puan Aylee .

" Nampaknya begitu la " Ujar Puan Aylee menarik nafas lemah . Dirinya buntu ingin mendekati Lucien . Dia cukup terkesima melihat perubahan Lucien terhadap dirinya.

Dia tidak sangka sebegitu utuh benteng kebencian Lucien terhadap dirinya. Kata-kata Lucien sedikit  sebanyak menganggu mindanya.

Wiliam hanya memandang sepi pintu yang digunakan Lucien untuk melangkah keluar tadi. Jelas di kotak fikiran wajah Lucien yang kelihatan cuba menahan amarah yang kian ingin meletus.Wajah tua Puan Aylee turut dipandang sebelum dirinya mengeluh .

" Kenapa kau susah untuk terima Mak ngah sebagai mama kau,Kai " monolog wiliam di dalam hati .

"Wiliam kenapa datang sini?" Soal Puan Aylee apabila menyedari Wiliam yang datang ke rumahnya.

Wiliam yang termenung memikirkan perangai sepupunya tersentak apabila disoal oleh ibu saudaranya. "Liam datang menjenguk. Rindu." Sengih Wiliam. Puan Aylee tersenyum nipis .

"Ada-ada sahaja kamu ni. Ibu kamu macam mana?" Tanya Puan Aylee.

"Terima kasih Bik Elya!" Ujar Wiliam apabila Bik Elya selesai meletakkan dua gelas air di hadapan berserta kuih. Bik Elya hanya mengeleng kepala melihat telatah Wiliam yang teruja.

"Macam tu la Mak Ngah. Tak ada pula khabar dia rindu Liam." Selorohnya. Puan Aylee tertawa kecil mendengar gurauan Wiliam. Wiliam tersenyum manis.

Kalau la senyuman Mak Ngah dari kau , Kai.

SELEPAS sahaja menyiapkan beberapa kerja yang bertimbun di meja , Arwa Dareen mengeliat kecil . Badannya lenguh menghadap kerja yang banyak itu . Jam di tangan dikerling . Pukul 6 petang menandakan waktu pulang sudah berlalu sejam . Matanya tertumpu ke arah bilik sepupunya .

" Tak balik lagi ke Daniel ni ?" Soal Arwa perlahan . Kertas yang bertaburan di atas meja dikutip dan dikemaskan . Selepas beberapa minit mengemas , dia ingin  merehatkan diri sebentar. Namun, dirinya membatalkan sahaja niat tersebut.

Agak-agak Daniel buat apa sekarang? Soal dirinya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu kaki menghayun ke arah bilik kerja Daniel. Pintu segera diketuk sebelum dia merempuh masuk bilik itu apabila tiada sebarang jawapan dari dalam.

Kelihatan Daniel yang ralit memandang skrin . Fail yang bertimbun diatas meja juga dipandang sekilas oleh Arwa.

Gila! Banyak betul fail atas meja. Naik juling aku tengok. Omel dirinya. Baru sahaja ingin menegur Daniel, kedengaran suara Daniel terlebih dahulu menyapa telinganya.

"Habis dah kerja ?" Soal Daniel tanpa memandang ke arahku. Aku terkebil-kebil melihat Daniel. Dapat dilihat wajah Daniel juga berkerut apabila Arwa tidak memberi respon .

"Arwa? Aku tanya ni."

"Huh?Hah?! Oh, dah." Jawabnya sebelum kerusi diduduki. Kepala pula diletakkan di atas meja.

"Kau tak siap lagi ke Niel?"

"Balik la Arwa kalau mengantuk. Sikit je lagi kerja ni. Nanti siap la tu." Jawab Daniel.

Arwa hanya mengumam sebelum telefon bergetar. Bunyi telefonnya yang nyaring memenuhi ruang di bilik tersebut.

Haish , siapa pula ni? Menganggu betul.

Tanpa membuang masa , telefon tersebut segera diangkat .

"Oi, perempuan!"

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now