Chapter 8

1K 54 7
                                    


"Mechabot, cuba kau cubit sikit pipi aku" Mechabot sengih dan dengan senang hatinya mencubit pipi Amato dengan sedikit kuat.

"Au-aduhh...sakit la mechabot! Eh? Ohh!! Ni bukan mimpi?! Jadi betul la tu kita mechabot! Cool gila!!" bersinar-sinar mata Amato bila melihat dirinya di masa depan.

Mechabot hanya memutarkan bola matanya. "Eleh...aku lagi hebat kot! Hehehe!" gelak mechabot dengan sengihan di wajahnya. Amato hanya membuat muka datar melihat robotnya. Tiba2 kotak yang memerangkap mereka berdua hilang.

"Eh? Kita dah bebas, tapi macam mana?" kata Amato sambil menggaru belakang kepalanya. "Hehe...aku yang lepaskan korang" kata Pian yang sudah berada di sebelah Amato.

"Hah? Macam mana?" tanya mechabot. "Tadi aku jumpa butang off kat kotak tadi pastu aku tekanlah" kata Pian sambil sengih.
Amato dan mechabot hanya membuat muka datar ke Pian.

"Kenapa kau tak tekan je butang tadi tu awal2?!" kata diorang berdua dengan marah ke Pian. Pian hanya tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Ehehe...er..whopss..."

-Balik semula ke Boboiboy-

"A-ayah...Boboiboy rindu ayah..." kata Boboiboy yang masih dalam pelukan ayahnya. Amato hanya menyalahkan dirinya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik untuk anaknya. Disebabkan misinya, dia terpaksa meninggalkan anaknya membesar tanpa dirinya di sisi anaknya.

"Hahaha...sungguh mengharukan..tapi, aku tak sangka yang kau akan datang, Amato" kata Kapu sambil menepuk2 tanganya. Amato pun melepaskan pelukannya dari Boboiboy dan menoleh ke arah Kapu.

"Apa yang kau nak sebenarnya, Kapu? Apa tujuan kau sebenarnya datang ke sini?!" marah Amato ke Kapu dengan jelingan matanya yang tajam. Amato, mechabot dan Pian yang melihat itu merinding satu badan bila melihat jelingan tajam Amato masa depan tu.

"I-itu...itu betul-betul kau ke Amato?" kata Pian sambil menelan air liurnya. Amato dan mechabot pun memandang antara satu sama lain. Mereka berdua pun terkejut melihat diri mereka yang di masa depan sangat menakutkan bila marah dan serius. Mungkin sebab mereka sudah besar dan sudah menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapinya sebelum ni. Lagi2 bila sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Oh...takde apa pun, aku sebenarnya mahukan ochobot...tapi, kau tahulah..dia kan ada tuan jadi itu sedikit menyusahkan aku, aku pun pelik bila tiba2 ochobot teleportkan dirinya ke masa lalu..tapi takpe..sebab itu berpunca dari aku sendiri..hehe.." kata Kapu sambil menyilangkan tangannya.

"Jadi, macam mana kau boleh berada di sini dan macam mana kau boleh tahu lokasinya?" tanya Amato.

"Heh...itu sebab aku ada power sphera yang boleh membawa aku ke sini dan dia juga boleh jejak lokasi ochobot dengan mudah..dia juga merupakan kawan pertama aku sebelum kau" jawab Kapu ke Amato. Amato pun menggigit bibirnya melihat sengihan Kapu. Selama dia berkawan dengan alien tu, dia tak pernah tahu yang alien tu mempunyai power sphera. Amato berkenalan dengan Kapu semasa dia sedang menjalankan misi. Waktu itu, Amato terkepung oleh sekumpulan haiwan buas dan tiba2 muncullah Kapu membantu Amato.
Sejak itu, diorang berdua menjadi rakan seperjuangan.

Tapi macam biasalah, Kapu ni macam retakka sikit...tamak kuasa. Pernah sekali Kapu dan Amato berlawan (ala..macam hang kasa dan retakka dulu) disebabkan kuasa. Kapu hampir menang tapi akhirnya kalah juga dengan hero merah kita. Kapu dipenjara di penjara khas untuk banduan2 jahat seperti dia. Namun dia dapat melepaskan diri dengan bantuan power spheranya. Dan sejak itu, dia dan Amato tidak berjumpa lagi.

Sebab Kapu rahsiakan tentang power spheranya pada Amato kerana dia tahu Amato anggota Tapops, jadi dia takut jika suatu hari nanti mereka akan pisahkan dia dengan power spheranya. Itulah yang difikirkan oleh Kapu sejak Amato beritahu yang dia ialah ahli tapops.

"Kenapa kau tak bagitau aku yang kau ada power sphera?" tanya Amato ke Kapu.

"Heh! Itu..kau tak perlu tahu! Tiada siapa yang boleh pisahkan aku dengan DimensionBot!" jerit Kapu lalu berlari ke arah pedangnya dan pistolnya dan menyerang Amato.

Amato menolak badan Boboiboy ke tepi dan menahan pedang Kapu dengan tangannya. Boboiboy yang berasa badannya ditolak oleh ayahnya disambut oleh ayahnya yang di masa lalu.

"Boboiboy! Kau oke?" tanya Amato sambil membantu Boboiboy berdiri.

"Ayah..."

"Hah, ye?" kata Amato yang tiba2 menjawab Boboiboy. Boboiboy hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Bukan, maksud saya, ayah saya yang tengah berlawan dengan alien tu" kata Boboiboy sambil menunjukkan jarinya ke arah ayahnya yang tengah berlawan.

Mechabot dan Pian pun tergelak melihat Amato yang perasan dipanggil oleh Boboiboy. "Hahahaha!! Apahal kau ni Amato! Kau kahwin pun belum lagi! Boleh pulak kau perasan yang Boboiboy panggil kau?!" gelak mechabot ke Amato yang sudah merah menahan malu di wajahnya.

Boboiboy hanya menahan gelak melihat Amato yang menahan malu. "Hehe...takpe, tak kisahlah ayah Boboiboy di masa lalu atau depan, ayah tetap ayah Boboiboy!" kata Boboiboy lalu memeluk ayahnya di masa lalu tu. Amato yang tiba2 dipeluk itu pun menahan tangisannya dan memeluk kembali anaknya itu. Berasa sangat bangga dengan sikap anaknya yang sangat baik itu.

"Sob...sob...kau memang anak yang baik Boboiboy..." kata Amato sambil mengelap hingusnya. Boboiboy hanya sweetdrop melihat ayahnya yang satu ni sangat emosional.

-Balik semula ke pertarungan Amato dan Kapu-

"Kau dah kalah!" kata Amato sambil mengarahkan pedang yang sudah mechanize dengan Mechabot di leher Kapu.

Nampaknya pertarungan ini dimenangi oleh Amato. (yelah tadi Amato kecik yang lawan, sekarang Amato besar yang dah jadi bapak, confirm la menang)

"Hahh..." Kapu hanya menarik nafasnya dan menerima sahaja hukumannya dari Amato. Amato hanya mengeluh dan mengalihkan pedangnya dari leher Kapu. Kapu menaikkan keningnya tanda tidak faham dengan tindakan Amato itu.

"Kenapa...kau tak habiskan aku sahaja? Aku dah kalah" tanya Kapu. Amato hanya tersenyum membuatkan Kapu lagi hairan. (yela, mana tak pelik kalau musuh tiba2 baik dengan kita lagi2 cuba menculik anaknya)

"Aku minta maaf kalau selama ni aku gagal sebagai kawan kau" kata Amato sambil menghulurkan tangannya dengan senyuman di bibirnya. Kapu yang melihat senyuman musuhnya itu membuatkan matanya bersinar. Tidak pernah dia mempunyai kawan seperti Amato kecuali DimensionBot. Selama ni dia hanya pentingkan diri sendiri tanpa memahami perasaan orang lain.

Sebelum dia mengenal DimensionBot dan Amato, dia tidak mempunyai kawan. Di kampung halamannya dia selalu dibuli dan dibenci oleh semua orang kecuali mak ayahnya. Tapi mak ayahnya dibunuh oleh pencuri yang memasuki rumahnya. Sejak itu, dia sentiasa bersendirian...tiada siapa yang mahu menerimanya di kampungnya dan kemudian dia dihalau oleh mereka, sehinggalah di berjumpa dengan DimensionBot.

Kapu pun membalas senyuman Amato itu dan berkata sesuatu pada jam di tangannya.

"DimensionBot, turunlah.." kata Kapu sambil menutup matanya. Kemudian, sebuah power sphera yang berwarna putih turun dari kapal angkasa dan muncul di hadapan Kapu.

"Kapu! Kau tak apa2 ke?!" kata power spheranya dengan risau melihat keadaannya. "Jangan risau, aku oke..perkenalkan ni kawan aku, Amato dan robot yang melekat kat badan dia tu mechabot" kata Kapu ke robotnya.

Amato dan mechabot pun senyum ke arah DimensionBot. Mula2 DimensionBot takut tapi lama2 dia pun membalas senyum Amato dan mechabot. "Aku serahkan DimensionBot pada kau Amato" pertanyaan Kapu itu menaikkan sebelah kening Amato.

"Kenapa pula?"

"Yela, bukan ke Tapops akan mengambil power sphera dari alien yang jahat macam aku?" kata Kapu sambil mengusap kepala DimensionBot. Amato pun tergelak sedikit dan berkata...

"Tidak lagi kalau alien tu dah menerima kekalahannya...lagipun, kau kan kawan aku"

Jawapan Amato itu membuatkan mata Kapu bersinar dan berair. "Nampaknya, kita masih boleh bersama DimensionBot..." kata Kapu sambil memeluk power spheranya sambil menangis. Akhirnya, ada juga yang boleh menerimanya sebagai kawan.

Dari jauh Boboiboy dan yang lain melihat kejadian itu hanya tersenyum dan bersorak gembira.
Boboiboy bangga dengan ayahnya yang bijak menyelesaikan masalahnya itu dengan baik. Tak semuanya berakhir dalam kejahatan dan kebencian dalam diri masing2.

-To Be Continue-




𝑴𝒆𝒄𝒉𝒂𝒎𝒂𝒕𝒐 𝑿 𝑩𝒐𝒃𝒐𝒊𝒃𝒐𝒚Where stories live. Discover now