AFA 14

1.3K 105 10
                                    

"HABIEL..."

"Bukan Habiel, abang sayang..."

Terkedu Afaf mendengar. Abang-sayang.

"Ada apa Afa nak cakap dengan abang?" tanya Habiel. Kakinya yang hendak dibawa ke bilik air terus dipesong ke arah sofa. Dia berlabuh di situ sambil memandang Afaf yang sedang duduk atas katil.

Begitu janggal sekali Afaf mendengar.

"Hesy, kerasnya lidah nak panggil awak abang, Habiel." Terpaksa pula Afaf menggelar diri Habiel sebagai awak. Nak berlatih memanggil, tapi sekarang bukan lagi masa untuk berlatih lagi. Dah jadi suami pun.

Tawa Habiel meletus. Lidahnya juga keras untuk menggelar dirinya abang kepada Afaf.

"Alah, panggil aje aku abang macam kau panggil abang-abang kaulah." kata Habiel.

"Lupalah tu, mana ada ak... Afa panggil diorang tu abang. Panggil along, angah la, Biel." Tiada masalah untuk menggelar dirinya sebagai Afa kerana memang itu panggilannya. Tetapi abang? Huwaa... beratnya!

Habiel tersenyum kecil. Terlupa pula dia.

"Nampaknya aku ni special la. Aku satu-satunya lelaki yang kau akan panggil abang. Aduh, seronoknya rasa. Special betul ni. Kalau orang Korea oppa. Kau nak panggil oppa ke abang?"

Afaf terus mencebik. Oppa, oppa.. penampar kang.

"Oppa... eii, gelinya."

Tawa Habiel makin kuat. Oppa... geli juga dia dengar.

"Better abang daripada Oppa."

Bibir Afaf meletus tawa kecil.

"Yelah, abang. Abang Habiel Syazwi. Tak pernah aku bayang akan panggil kau abang, Biel. Abang Habiel." tawa Afaf makin kuat di hujung ayat. Abang Habiel. Huh!

"Try panggil aku lembut sikit abang tu. Janganlah kasar sangat. Muka kau tu lembut, Afa oii.. tapi kasar aje bunyinya bila kau panggil aku abang. Macam gangster dah bunyinya." komen Habiel bersahaja. Wajah Afaf memang wajah yang lembut dan ayu tetapi apabila bercakap dengannya hilang terus kelembutan di wajah itu.

"Okay apa, abang." Afaf ketawa.

"Dah la, nak cakap apa tadi. Abang nak ke bilik air ni." Bingkas Habiel berlalu.

Afaf tersenyum simpul. Amboi, semangatnya Habiel gelar diri abang. Tak apa, permulaan memang kekok dan hampir terbelit lidah nak panggil. Tapi kalau tak cuba sampai bila kan.

"Apa kata kita pergi Pulau Sipadan?" tanya Afaf teruja sebaik saja Habiel kembali.

Sejak di pejabat tadi lagi dia memang nak bercakap dengan Habiel tentang ideanya itu. Tetapi terpaksa dibatalkan sebab tak sesuai dengan tempat untuk berbincang.

"Pulau Sipadan? Sabah? Nak buat apa pergi?" tanya Habiel lurus.

Afaf menepuk dahi. Lembabnya Habiel ni.

"Pergi honeymoonlah abang sayang oi. Buat apa lagi."

"Honeymoon?" Bibir Habiel terus tersenyum nakal.

Pantas bantal di tangannya dicampak ke arah Habiel.

"Jangan fikir bukan-bukan eh."

"Bila masa pula abang fikir bukan-bukan, awak tu. Ops, Afa tu." Habiel tersengih.

Afaf mengetap gigi. Geram dengan tingkah Habiel.

"Nak tak? Pulau Sipadan."

"Okay juga. Ingatkan Afa nak ajak abang ke luar negara." ujar Habiel.

"Tak naklah ambil kesempatan atas kebaikan awak tu, abang. Sederhana dah la."

"Okay, nanti kita beritahu mama dengan papa kita ke Pulau Sipadan."

Senyuman Afaf terus melebar. Dia terus turun dari katil dan menuju ke pintu.

"Nak ke mana pula tu?" tegur Habiel apabila melihat langkah Afaf yang laju bukan main.

"Turun bawahlah. Dinner. Cepat sikit turun nanti."

"Okay."

_______


"JAGA Afa baik-baik. Tempat orang tu." pesan Datin Durrah saat menghantar anak menantunya ke lapangan terbang. Rasa sayang pula mahu melepaskan menantunya pergi walaupun dengan Habiel.

"Alah, mama ni... selama ni siapa yang jaga Afa kalau bukan Biel kalau kami ke mana-mana? Biel la. Hal kecil aje jaga Afa ni kat sana nanti. Kan?" kata Habiel lalu menoleh memandang Afaf.

Serta merta Afaf mencebik. Masuk bakul angkat sendiri.

"Mama jangan risau, kalau Habiel tak jaga Afa elok-elok macam mama pesan tu, Afa akan beritahu mama. Ya?"

Bulat mata Habiel memandang Afaf.

"Amboi, main-main report nampak."

Tawa Afaf dan Datin Durrah meletus. Begitu juga Dato Hamdan.

"Dah, dah. Kamu dah beritahu abah kamu yang nak berlepas ni?" tanya Dato Hamdan.

"Dah, pa. Abah tak dapat datang sebab sakit lutut pula. Papa tengok-tengok kan abah ya?" kata Afaf lalu tersengih. Amboi, Afa... selamba badak aje suruh bapa mertua kau jaga abah.

"Tak ada masalah. Kebetulan esok memang papa nak jumpa abah kamu. Lama juga kami tak lepak sama ni." ujar Dato Hamdan. Huluran Afaf terus disambut. Sempat bahu menantunya itu ditepuk mesra.

"Thanks, papa." Afaf tersenyum lega.

"Papa macam orang muda, nak lepak dengan abah." Habiel berseloroh lalu ketawa.

"Ingat kamu aje boleh lepak, papa pun boleh la."

Serentak tawa mereka meletus.

"Tu, dah panggil tu.. pergilah masuk. Nanti terlepas pula." kata Datin Durrah. Tubuh menantunya dipeluk erat. Biasalah tak ada anak perempuan. Dengan Afaf saja dia menumpang kasih.

"Kalau terlepas kami ke tempat lain." kata Habiel. Sengih.

"Nak ke mana pula? Dah beli tiket ni kan." sampuk Afaf.

"Eropah ke..." Habiel angkat kening berkali-kali.

"Afa cuti sikit aje, tak payah nak mengada." cantas Afaf. Bukan dia tak suka kalau diberi peluang bercuti ke Eropah tapi dia masih ingat tugas di sini. Kerja!

"Siapa bos?" tanya Habiel.

"Afa tak perlukan bos yang tak jaga disiplin macam abang."

"Ha, dengar tu Habiel. Macam tulah menantu papa." Sungguh, kadangkala Dato Hamdan suka dengan ketegasan Afaf terhadap anaknya ini. Harap, Afaf mahupun Habiel saling mendidik antara satu sama lain.

Senyuman Afaf melebar apabila melihat wajah masam Habiel.

"Kalau macam tu tak naklah honeymoon dengan Afa. Afa pergilah sorang."

"Betul ni? Okay." Pantas Afaf menarik beg rodanya ke bahagian pelepasan domestik.

"Nampak sangat Afa tak hairankan kamu. Merajuklah sorang diri. Jom, Durrah... kita balik. Biar Habiel merajuk sorang-sorang." Pantas Dato Hamdan mengajak.

Habiel mencebik. Pantas dia mengekori langkah Afaf.

"Tunggu la." laung Habiel pada Afaf.

"Kata tak nak ikut, nak balik kan.. pergilah." ujar Afaf bersahaja.

"Tak ada perasaan langsung."

"Alah, siannya merajuk eh... jom, jom." Lengan Habiel dipaut pantas setelah melepasi pemeriksaan keselamatan. Tersenyum lebar bibir suaminya itu apabila dia berlembut.

"Macam gitu la." Bahu Afaf dipaut pantas.

Berdebar pula jantung Afaf dibuatnya. Tapi, abaikan saja. Nak berseronok ni. Dengan encik suami pula tu. Tak pernah dia bayangkan akan bercuti bersama dengan Habiel. Honeymoon pula tu. Ahaks!

"Ha, berangan!" sergah Habiel. Hidung separa mancung Afaf dijentik.

"Hesy, sakitlah." Afaf mendengus perlahan. Hidungnya digosok perlahan.

"Alah, sikit aje dah sakit. Manja." cebik Habiel bersahaja.

Afaf terus menyiku perut Habiel. Main-main sungguh laki aku ni. Nasib badanlah bersuamikan Encik Habiel Syazwi yang berhati kering ni. Tak sensitif langsung pasal perasaan isteri.

🌾🌾🌾🌾🌾

Thankyou

12012023

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now