AFA 16

1.3K 89 10
                                    

HARI kedua mereka di Pulau Lagenda, percutian itu diteruskan keluar dari kawasan berhampiran hotel mereka menginap. Merantau ke destinasi lain pula. Mata Afaf bagaikan dipaku apabila melihat lukisan-lukisan tiga demensi yang dilihatnya. Benar-benar seperti hidup dan mengagumkan.

Habiel menjadi mangsanya setiap kali dia melihat lukisan yang menarik perhatian. Ada lebih dari seratus lukisan yang dibahagikan kepada beberapa zon seperti Akuatik, Safari, Klasik, Fantasi dan Malaysia. Lukisan yang sangat-sangat kreatif, sangat cantik dan sangat besar. Afaf benar-benar rasa teruja.

Mereka langkah ke lukisan lain pula. Habiel terpegun melihat lukisan yang besar yang dilukis di atas lantai. Dia menarik tangan Afaf berhampiran dengannya.

"Afa pergi berdiri di tengah jambatan tu. Abang tangkap gambar."

Tanpa lengah, Afaf terus berdiri jambatan lukisan itu. Pelbagai gaya dia lakukan dengan perasaan teruja. Sungguh, dia akan datang ke sini lagi suatu hari nanti.

"Abang pula."

Giliran Habiel pula beraksi di atas lukisan itu. Sedar tidak sedar, hampir dua jam mereka berada di muzium itu. Langsung tidak perasan masa berlalu dengan pantas. Akhir sekali, mereka bergambar di satu lukisan berlatar belakangkan menara berkembar petronas dan bangunan pencakar langit lain.

"Ya Allah, penatnya." Hampir Afaf terduduk kerana kepenatan berjelajah muzium itu.

"Kalau bergambar di setiap gambar boleh patah jari abang ni." kata Habiel. Lengan Afaf dipaut lembut. Melangkah keluar dari muzium itu dengan perasaan puas.

"Tak puas lagi. Nanti datang lagi nak? Ajak semua orang pula." Afaf beri usul.

"InsyaAllah kalau abang tak sibuk."

Senyuman Afaf melebar. "Nak ke mana pula ni?"

"Apa kata kita underwater world Langkawi?"

"Abang ingat Afa ni budak-budak?" soal Afaf lagi.

Habiel ketawa. "Budaklah ni. Yang harus abang jaga sepanjang hayat."

Afaf mencebik. Lalu tersenyum.

"Jomlah."

Ikan yang pelbagai spesies itu menarik perhatian Afaf untuk melihat dengan lebih dekat. Dia terpegun apabila melihat ikan-ikan berenang dengan begitu dekat dengannya. Dia tersenyum.

"Kalau ada anak mesti lagi best." kata Afaf perlahan.

"Apa dia?" Habiel mendekatkan telinga. Dia seperti terdengar sesuatu.

Afaf terus menoleh ke arah Habiel dengan senyuman.

"Kalau ada anak lagi best. Nanti kita datang dengan anak-anak pula ya."

"Tingginya anganan dia." komen Habiel lalu tersenyum.

"Tak salah kan?" kata Afaf. Dia tahu anganannya begitu tinggi tetapi apa salahnya dia berangan. Manusia mana yang tak pernah berangan. Tipu sangat kalau tak pernah berangan.

"Tak salah, sayang... tak kena bayar pun." balas Habiel bersama senyuman.

Bibir Afaf melebar dengan senyuman.

Setelah melawat di situ, mereka memutuskan untuk pergi makan pula apabila perut sudah berkeroncong minta di isi. Sambil makan mereka merehatkan diri.

"Esok dah nak balik." ujar Habiel lalu menyedut minumannya.

"Seminggu lagi nak?" Afaf mengelip mata berkali-kali.

"Tulah, abang suruh minta cuti tak nak. Nak juga datang weekend." Habiel terus mengomel.

Afaf terus mencebik. "Rugi kalau minta cuti gaji tak jalan."

"Habis tu nafkah abang bagi bulanan tu tak cukup?" tanya Habiel.

"Baru sebulan."

"Nak tambah lagi?"

"Cukup dah. Mana boleh tak cukup." balas Afaf.

"Kalau tak cukup, beritahu abang." kata Habiel lalu menyedut minumannya semula.

"Dah lebih dari cukup dah, abang."

"Tak apalah kalau gitu. Lepas ni nak ke mana?"

"Mama pesan set pinggan mangkuk."

"Perempuan kalau datang sini tak beli tak boleh ke?" soal Habiel ingin tahu. Kepalanya digeleng berkali-kali. Perempuan dengan perabot dan pinggan mangkuk memang tak boleh dipisah. Dengan cermin apatah lagi.

"Tak boleh!" jawab Afaf laju.

"Yelah, tuan puteri... patik junjung perintah."

Afaf tergelak. "And one more thing, batik dan coklat."

Habiel menepuk dahi. Banyaknya!

_______

"ABANG, bangunlah. Afa dah lapar ni." Afaf memegang hujung kaki Habiel. Selepas solat maghrib tadi, suaminya itu terus berbaring di atas katil sambil memalaskan diri.

"Abang penat lagi ni." jawab Habiel sambil main game dalam tablet.

"Nanti makanan habis, bang." Afaf berlabuh di sofa.

"Tak ada habislah, Afa. Kalau habis kita makan kat luar." jawab Habiel tanpa memandang Afaf.

Afaf mendengus perlahan. Tanpa membuang masa, beg tangan terus dicapai. Kalau menunggu Habiel, entah bila dia hendak menjaman makanan. Benci betul!

"Eh, Afa nak ke mana tu?" Pantas Habiel menegur.

"Kalau tunggu abang sampai mati pun Afa tak dapat makan la." kata Afaf pedas. Bukannya Habiel tak tahu perutnya sejak tadi keroncong tapi sengaja nak lewatkan waktu.

"Afa, tung..."

Afaf terus menutup bilik.

"Aduh, merajuk pula." Bergegas Habiel mencapai iPhone dan dompet. Langkah Afaf dikejar pantas. Nasib baik tidak terlalu jauh. Kalau tak mana nak cari Afaf Nabila seorang ni.

"Afa, tunggu la abang. Kenapa laju sangat ni?" Tangan Afaf yang berayun cuba diraih.

Afaf buat derk. Macam mana Habiel buat tak tahu dengan dia tadi, macam itulah dia nak balas. Biar Habiel rasa macam mana dia rasa. Puas hati aku ni sikit. Huh!

"Afa." Habiel terus mencapai tangan isterinya lalu digenggam erat.

Wajahnya sengaja dibekukan.

"Sorry, okay." ucap Habiel sedikit kesal. Dia tahu Afaf lapar.

"Sorry, naik lori la." tukas Afaf masih tidak berpuas hati.

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now