MEJA kerja dihampiri sebelum punggungnya berlabuh disitu. Beberapa fail diletakkan dengan kasar sebelum tingkap berhampiran ditenung penuh dalam . Keluhan berat dilepaskan . Gambar yang terletak elok di atas meja diambil sebelum ibu jari miliknya mengelus lembut gambar tersebut seolah - olah empunya badan berada di hadapan mata .
" Maafkan mama , Rya . Kalau mama sempat selamatkan kamu , pasti Kai tidak benci mama macam ni kan ? " suara Puan Aylee kedengaran lemah . Penuh sayu tutur bicaranya . Kepalanya pening memikirkan bagaimana mahu memperbaiki hubungannya dengan anak lelakinya yang kian parah . Dia sendiri tidak menyangka kehilangan puteri sulungnya mampu menyebabkan satu - satunya anak lelaki dia berubah sekelip mata .
Dia penyebabnya . Jika dia lebih mementingkan anak-anak , pasti mereka bahagia . Tidak seperti sekarang . Walaupun kehilangan Marya , setidaknya dia masih mempunyai seorang lagi anak . Namun , melihat kepada keadaan sekarang , dia seperti ibu yang gagal kerana tidak mampu untuk menjaga dengan baik anak-anaknya .
"Sebab itu Kai kata , mama tak layak untuk menjadi seorang mama "
Kata-kata Lucien Kai sedikit sebanyak ada betulnya . Dia lebih mementingkan kerjanya berbanding kesakitan dan kasih sayang anakhanak . Layakkah dia menjadi seorang ibu sekirannya tanggungjawab sebagai seorang ibu dia gagal untuk melakukannya ? Keluhan lemah dilepaskan sebelum kerja yang tertunda disambung semula .
"ARWA ! " kedengaran suara nyaring Alisya memanggil Arwa Dareen yang masih diulit mimpi . Alisya berasa hairan apabila panggilannya tidak dijawab . Lantas , kaki segera diatur menaiki tangga untuk menuju ke bilik Arwa . Pintu diketuk sebelum tombol pintu dipulas apabila tiada sahutan dari Arwa .
" Budak ni . Dah pukul 8 pagi tak bangun-bangun lagi ke ? Woi,Arwa ! Bangun la ! Dah tengah hari buta , matahari naik terpacak kau syok lagi tidur eh ? " bunyi bising yang terhasil dari Alisya menyedarkan Arwa yang masih mengantuk. Bantal yang berada dikepala diambil sebelum menutup telinganya mendengar bebelan Alisya. Alisya yang melihat berasa geram sebelum langsir ditarik kasar hingga menyebabkan segenap ruangan tersebut dimasuki cahaya matahari .
"Alaa,tutup la balik langsir tu ! Cerah la. " ujar Arwa sebelum selimut ditarik hingga ke paras bahu . Baru sahaja mata ingin dipejam , selimut direntap dengan kuat hingga menyebabkan dia terjatuh dari perbaringannya.
"Aduh ! Sakit la Lisya " rengek Arwa . Mata digosok perlahan sebelum matanya dihiasi dengan wajah cemberut milik Alisya . Belakangnya yang sakit digosok perlahan.
"Kau pergi mandi sekarang ! " Tuala yang berada di tangan Alisya dibaling tepat ke wajah Arwa. Tuala yang dicampak ke mukanya menyebabkan dia mengaduh kecil. Arwa segera mengambil tuala tersebut sebelum menjeling Alisya yang memandangnya .
"Macam mak singa " bisik Arwa perlahan .
" Apa ?!"
PINGGAN yang berisi makanan diletakkan dengan kasar di meja makan . Kaki diatur semula ke dapur sebelum dia kembali dengan dua gelas yang berisi air . Satu daripadanya dihulurkan kepada Arwa .
" Makan . By the way , nanti teman aku pergi beli coffee . Hari ini kau tak kerja kan ? So , kau teman aku pergi cari baju . Aku lupa nak bawa banyak baju " ujar Alisya memulakan perbualan . Arwa yang sedari tadi menikmati makanannya , segera mengangkat kepala.
" Baju aku belambak kot ? Takkan tak muat ?" Soal Arwa hairan .
" Bukan tak muat , aku malas nak kongsi dengan kau . Nanti mula la kau suruh aku basuh baju kau . Alasan ? Dah pakai basuh la. Macam la aku tak kenal kau " Arwa hanya menayangkan senyuman tidak bersalah .
"Dah habis belum ? Biar aku pula basuh . Kau dah masak kan " Soal Arwa sebelum pinggan milik Alisya diambil lalu menuju ke dapur . Air yang masih tersisa diteguk sebelum Alisya turut ke dapur .
"Lisya " seru Arwa . Alisya yang mendengar hanya memandang gadis tersebut.
" Kau dengan Niel okey ke ?" Soal Arwa .
"Okey je . Kenapa ?"
"Tak ada apa. Aku harap korang tak ada la awkward selepas perkara yang terjadi?" Pinggan yang dibasuh segera diletakkan di atas rak untuk dibiarkan kering . Wajah milik Alisya dipandang . Alisya yang mendengar tersentak sebelum dia mengawal riak wajahnya .
"Kenapa ?"
Arwa hanya mengeluh . " Kenapa korang tak teruskan je hubungan korang ? Kenapa perlu berhenti tengah jalan macam ni ?"
"Aku dengan Daniel tak ada jodoh , Arwa . Biar la kitaorang kekal dengan status lama . Aku dengan Daniel tetap kawan baik juga ." Ujar Alisya sebelum mengukir senyuman tawar. Arwa yang mendengar segera menarik tangan Alisya sebelum digengam erat .
" Dah la , nanti lambat . Kau cakap nak pergi beli coffee kan . Ha jom " Alisya hanya mengangguk kecil . Matanya masih memandang kelibat Arwa yang kian menghilang .
"Maafkan aku Arwa "
KEADAAN di cafe itu dipandang sekilas . Rasa tenang . Suasana di cafe itu menenangkan dirinya . Mungkin kerana itu , dia lebih suka menghabiskan waktu di cafe ini . Air dipesan sebelum kaki melangkah mencari satu tempat duduk . Telefon bimbit dikeluarkan sebelum satu pesanan ringkas dihantar kepada Wiliam .
Tidak lama kemudian , kerusi yang berada di hadapannya ditarik sebelum seseorang segera duduk . Lucien yang masih tidak menyedari bahawa kerusi dihadapannya ditarik berasa terkejut apabila airpod yang dipakai ditarik kasar oleh seseorang . Tajam anak matanya menikam gerangan dihadapannya.
"Kau dengar apa sampai tak sedar aku dekat depan kau ni ?" Soal Wiliam sebelum airpod kepunyaan Lucien disumbat ke telinga . Selepas beberapa saat , airpod tersebut segera dicabut.
"Seriously , Lucien Kai ? Kau dengar orang mengaji ?" Soalan tidak dibalas sebaliknya airpod yang berada di tangan Wiliam segera diambil sebelum disimpan .
" For first question ,none of your business . For sec question , back to the one " balas Lucien selamba . Wiliam yang mendengar hanya mencebik .
" Kenapa kau panggil aku pagi- pagi ni ? " hairan juga dia apabila Lucien menghantar pesanan ringkas kepadanya untuk berjumpa di cafe tersebut . Namun , diturutkan juga walaupun dia ragu .
"Asal ? Kau nak date dengan kesayangan kau ?"
" Lambat lagi . Dia busy dengan tesis dia" Balas Wiliam .Lucien hanya menjatuhkan kepala .
" Grandma suruh balik "
Badan Wiliam segera mengeras . Lucien yang melihat perubahan tersebut hanya tersenyum sinis. Dapat dijangka.
" Untuk apa ?" Soal Wiliam tanpa nada . Lucien hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu .
" Agak -agak pasal apa lagi ?" Soal Wiliam .
"Tak akan grandma sengaja suruh kita balik ? Atau sebab Aulia ?"
Lucien yang sedang menikmati airnya segera tersedak . Wiliam segera menepuk badan Lucien dengan perlahan . Sebut sahaja tentang Aulia pasti Lucien tersedak.
" Kau tersedak kenapa ? " soal Wiliam polos .
" Sebab dia Aulia."
"Aku pening dengan keluarga kita . Macam-macam la ." Kata Wiliam . Lucien hanya mengiyakan perkara tersebut . Baginya , keluarganya pelik . Walaupun dia dan Wiliam berbangsa cina , namun sepupu perempuan mereka iaitu Aulia beragama islam . Keadaan mereka yang berlainan agama sedikit sebanyak menyebabkan mereka susah untuk berkumpul . Sekiranya neneknya secara tiba-tiba memanggilnya pulang , pasti perkara itu mustahak .
"Kita balik petang esok " putus Lucien sebelum wiliam hanya mengangguk .
YOU ARE READING
Beautiful Mistake
Romantiek"Tak ada tempat lain ke aku nak jumpa kau aje?" Pertemuan yang agak clinche , namun itu lah yang berlaku apabila dua insan yang berbeza latar belakang bertemu mengakibatkan dunia mulai tidak aman seperti selalu. Apabila dirasakan hidup tidak aman...