PROLOG

16 0 0
                                    

DIARY NYAWA adalah novel ALPHA yang telah diterbitkan JANUARI 2023. Boleh beli secara online atau kunjungi MPH Bookstore terdekat anda.

LISA menerima panggilan video daripada Zain yang sedang menunggu kapal terbang berlepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LISA menerima panggilan video daripada Zain yang sedang menunggu kapal terbang berlepas. Sungguh, Zain sebenarnya telah mengambil cuti untuk majlis pertunangan mereka hari itu. Berat rasa hati, tapi kerana dia terpaksa. Apatah lagi dia baru saja dinaikkan pangkat. Mahu tidak mahu, Zain harus menerima arahan daripada pihak atasan.

“Aku minta maaf tau, Lisa. Last minute kena call. Padahal memang aku off duty dua hari ni. Kata HQ, lusa baru off duty aku tu ganti. Aku harap semua berjalan lancar. 6 bulan lagi kita nak nikah, tadi sempat umi inform dekat WhatsApp perbincangan diorang.”

“Takpe Zain, aku faham. Kalau ikut kebiasaan, calon lelaki yang nak bertunang tak perlu ada pun dekat majlis. Orang sekarang je yang dah lain. Hal ni urusan orang tua. Lagipun keluarga kita dah kenal satu sama lain, kan.”

“Okey sayang, nak pergi dah ni. By the way, sayang cantik hari ni macam bidadari. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Zain, safe flight tau."

Usai menutup panggilan video, Lisa terpandang Neeta yang tersenyum simpul.

“Kau ni Neeta, menguping pula dia.”

"Ala sajalah... selaku MUA kau hari ni, nak juga aku share hari bahagia kau kan. Turn aku nanti takdelah aku gelabah. Kau pun tahu kan, boyfriend aku tu entah bilanya off duty,” kata Neeta merujuk kepada Razman, teman lelakinya yang juga seorang krew kabin.“Nasib baiklah circle kita ni sesama kita, jadi dah faham dah satu sam.a lai

jadi keadaan macam ni.” “Lisa, jomlah turun. Mak cik kau dah panggil dari tadi. Dia kata dah nak settle dah orang dekat bawah berbincang.”

“Mekap aku okey tak?” tanya Lisa.

“Kau akan terkenal satu Bukit Bintang nok, percayalah!” Neeta bergurau.

“Hisy, kau kan Neeta! Dah jom... tolong pegang veil ni. Terima Kasih jadi mak andam, mak mandrem, mak pengapit, mak AJK makanan, mak video, mak baju... semualah!”

“Sama-sama. Jom. Aku live tau ni siap pasang lagu. December nak tengok majlis kau ni...”

“Okay, one two three. Bismillah...”

Lisa berdiri dan berjalan
npmenuruni tangga.Kemudian, Lisa duduk di atas pelamin kecil yang ditempah khas. Ibu Zain datang mendekati dan menyarungkan cincin. Lisa bersalaman dengan ibu Zain.

“Lepas ni, jaga Zain elok-elok ya. Dia dah takde siapa dalam dunia ni...” Ibu Khadijah, mak angkat Zain berkata dengan perlahan.

“Insya-Allah umi.” Lisa balas sambil tersenyum kemudian mencium pipi ibu angkat Zain yang dihormatinya.

Usai majlis pertunangan pagi itu, Lisa membuka segala perhiasan dan tudungnya. Sementara itu, Neeta membuka satu video berita daripada laman sosial yang menarik perhatiannya.

“Berita Terkini, sebuah kapal terbang Malaysia MH280 dilaporkan hilang pada jam 1.00 petang waktu tempatan. Kapal terbang yang membawa seramai 200 orang penumpang itu tidak dapat dikesan selepas melalui kawasan lautan menuju ke Jepun...”

“Zain!” Tiba-tiba Lisa berteriak kuat teringatkan Zain.

“Tak mungkinlah. Mungkin kapal terbang lain agaknya.” Neeta pula bersuara, mahu menenangkan keadaan.

Namun Lisa tahu, kemungkinan kapal terbang yang hilang adalah kapal terbang Zain tinggi berdasarkan laluan yang diberitahu dalam berita tadi.

Cepat-cepat Lisa menghubungi rakannya yang bertugas di lapangan terbang untuk mengetahui perkara sebenar.

Terketar-ketar tangannya menunggu panggilannya diangkat.

Jauh di sudut hatinya, dia berharap kapal terbang Zain belum melewati laluan yang dimaksudkan atau sudah jauh ke depan.

“Confirm ke dia dalam MH280?” tanya Lisa sedikit kasar.Lisa mendengar segala yang diberitahu kepadanya dalam tangisan.

“Sabar, sabar Lisa…” Neeta memegang tangan Lisa dengan kuat. Dia tahu sukar untuk Lisa menerima hakikat

Sudahlah berlaku di hari bahagia Lisa. Selaku cabin crew, berita seumpama inilah yang paling membuatkan mereka risau dan hakikat bahawa mereka berdepan risiko adalah sesuatu yang perlu mereka terima.

"Ya Allah, Neeta... confirm Zain ada dalam kapal terbang yang hilang tu! Aku baru call Mira yang tertinggal flight duty tadi, memang nombor kapal terbang Zain MH280. Ya Allah!" Lisa bersuara sebaik saja diberitahu Mira.

Majlis pertunangan tanpa Zain pagi itu baru saja tamat dan berita itu umpama petir yang datang secara tiba-tiba. Sungguh fikiran Lisa kosong ketika itu. Kalau Zain ditakdirkan tidak ada lagi, dia tidak tahu harus berbuat apa. Pandangannya hitam dan dia terus terbaring memejam mata.

“Lisa!” teriak Neeta yang melihat Lisa pengsan di depannya.

BERSAMBUNG...

BERSAMBUNG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIARY NYAWA Where stories live. Discover now