Jikalau nak dikata pasal perasaan, senduk dalam komik juga boleh berborak bersama kuali. Menggaul segala macam lauk sebelum terhidang untuk di santap mereka. Aroma masakkkan Puan Rohaya buat Dini lapar. Mata dia pejam. Perut dia berlagu. Dini berhenti menaip.
Laju dia menuruni tangga. "Mak! Lapar!!!" Jeritnya sambil berlari tak cukup langkah anak tangga. Lauk terhidang atas meja meriah. Dini tepuk riang perut sendiri.
"Takkan nak tunggu suap?" Sengih Puan Rohaya sambil membawa dulang berisi lauk dan air. Diletak dan disusun elok-elok di atas meja.
Lebar senyuman mereka berdua.
Disenduknya nasi untuknya dan ibunya. Menjamah makanan yang mana mungkin dinafi kesedapannya. Air tangan seorang ibu. Walau seorang chef terkemuka dunia pun boleh mengalir air mata kalau dirasanya mana-mana air tangan seorang wanita bernama ibu.
Puan Rohaya tersenyum puas melahat telatah Dini. Si bongsu si putih salju. Nakal tapi taat. Si kecil yang kecil hati tapi besar jiwa dan cita-citanya. Dia tatap setiap inci wajah anak yang ditimang sejak dari dalam perutnya, 23 tahun yang lalu. Makin lebar senyumnya. Sejuk hatinya. Nyaman rahimnya.
Perasaan. Perasaan...~
Dini bersandar kekenyangan menatap skrin komputer ribanya. Diusap-usap melawan arah jam perut bulat dan di tepuk pula tanda senak. "Arghhh... alhamdulillah!" Dia senyum... namun hilang seketika. Riaknya hilang. Kosong terpalit. Matanya berkaca.
Kenyataan tentang perasaan seorang gadis yang hancur hatinya. Masih hancur walau telah setahun berlalu. Yang masih mengalir air matanya seakan tidak pernah kering kantung matanya. Yang masih remuk hatinya walau yang lain telah senang bergembira bersama entah siapa. Aku rindu kau gila!!!
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...