Bab 5

62 4 0
                                    

- 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 -


"ARGH!" Jeritan seseorang itu membuat tindakan remaja lelaki itu berlari laju ke dapur. Mencari kelibat suara yang sudah menangis nyaring itu.

Berlari lagi sehingga berhenti dihadapan meja island. Terkedu dia melihat seorang kanak-kanak perempuan sudah jatuh ke bawah. Mungkin jatuh dari kerusi island yang tinggi itu.

"Ya Allah, Hara!" Pantas dia mencapai tubuh kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun itu.

Luruh jantungnya melihat kesan bengkak di atas kening anak kecil itu. Memuncung bibir memujuk. Tuala bersih milik Hara yang sedia ada itu diambil lalu dihembus nafas hangat kemudian ditekapkan dibengkak tersebut.

"Abang ada... Jangan menangis lagi." Pujuk Dhafir. Ada darah kecil di hujung dahi terus dia lap lembut.

Dhafir mendukung Hara, dia berpusing-pusing di dalam dapur memujuk si kecil. Terabai habis kerja sekolah yang harus dibuat itu. Kepala Hara dilentokkan di leher Dhafir seraya teresak-esak menangis.

"Sakit... akit..." Adunya.

"Ya, abang tahu." Belakang badan Hara ditepuk lembut.

Macam mana dia boleh lepas tangan dari menjaga Hara? Sudahlah kedua ibu bapanya tiada di rumah. Kalaulah dia perasan sedikit tadi pasti Hara tidak akan cedera begini. Dia terlalu sibuk mengulang kaji kerana UPSR bakal menjelang tidak lama lagi. Dia sanggup duduk di rumah menjaga Hara sementara itu rakannya yang lain pergi kelas tambahan di sekolah.

"Hara nak apa? Nak air?" Soal Dhafir lembut sambil matanya melingas ke atas meja island. Terdapat cawan air di situ.

Kemungkinan Hara mahu ambil cawan kegemarannya tapi tidak sampai selepas itu hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh ke bawah.

"Hm!" Angguk Hara. Dhafir tersenyum kecil. Dia menolong Hara untuk minum air. Rakus anak kecil itu meminum.

Dhafir berkerut wajah. "Maafkan abang, Hara."

Rasa bersalah menguasai diri. Dia terlepas tanggungjawab dari mengawasi Hara. Abang jenis apalah dia. Adik sudah jatuh baru nak perasan? Ah tololnya dia.

"Maafkan abang, sayang abang."

















"DAH! Turunkan kat sini je." Suara petir Hara bergema seisi kereta. Telefon pintar dimasukkan kembali ke dalam tas tangan.

Dhafir memandang tingkah laku Hara. Sangat cantik. Rambut diikat kuda. Bibir gadis itu juga kelihatan berkilat.

Dhafir berkerut halus.

"Hara datang just nak teman Jibrael lunch sampai bersiap macam ni bagai?" Nada tidak percaya terpancul dibibir Dhafir.

Hara mengulingkan mata ke atas. "Ya. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Hara nampak cantik." Pujinya ikhlas.

"Aku memang cantik." Tak dinafikan lagi. Aku memang cantik. So what?

Lelaki itu menyengih. Terasa dikayangan hidupnya bila bersama Hara di dalam sebuah kereta. Pada awal pagi, Hara sudah memberitahu mamanya ingin ke universiti tetapi keretanya ada di bengkel. Sudah tiga hari berada di sana. Jadi dengan itu, Dhafir mempelawa Hara untuk menaikinya. Tiada alasan lain untuk menolak akhirnya Hara turuti juga.

"Dah, aku pergi dulu." Hara mengibas dress hitamnya sebelum membuka pintu kereta. Terasa bahu ditarik dari belakang terus Hara memalingkan pandangan.

"Apa?"

"Taknak salam abang ke?"

"Buat apa? Kau siapa?"

Mengada-ngada sangat!

Dhafir menjongket kening. Tangan yang ingin dikeluarkan terus terbatal. Dia garu kening. Kekok pula tiba-tiba. Dhafir basahkan tekak seketika.

"Erm..."

"Apa lagi? Aku dah lambat ni!" Rimas Hara berkata. Jam ditangan dipandang sekilas. Mujur ada lagi masa untuk makan tengah hari bersama Jibrael.

"Malam ni ada dinner," kata Dhafir setelah menghembus nafas. Hara lihat bibir lelaki itu digigit lembut. Nampak gelisah tidak tentu fasal.

"Dinner? Kenapa aku tak tahu? Mama beritahu kau seorang je? Siapa je mama ajak?" Beetubu-tubi Hara bertanya.

"Abang tak tahu... Tapi mama ajak Athar dengan Altaf sekali. Katanya ada hal penting nak beritahu. Mungkin tentang fasal wedding Hara dan Jibrael,"

"Nanti jumpa Jibrael beritahu kat dia yang ajak ibu dan abi sekali, ya?"

"Hm yalah." Hara terus keluar dari perut kereta. Sengaja dia menghempas kuat sedikit pintu kereta Mercedes Benz itu.

Tersentak tetapi masih tersenyum. Tangan dilambai walaupun gadis itu tidak memusingkan badan menghadapnya. Tingkah laku Dhafir terhenti.

Diam.

Lama dalam keadaan begitu, Dhafir memeluk streng kereta. Keluhan dilepaskan lalu menghentak perlahan kepalanya.

"Betul ke keputusan yang aku buat?"

"Rampas?" Tiba-tiba dia ketawa kecil. Kemudian terdiam kembali.

Telan liur lagi. Tertanya dia dibuatnya. Hati kata lain tetapi fikiran buat lain. Masih ada peluangkah dia?

"Malam ni..." Dhafir tidak meneruskan kata-kata. Sebaliknya menekan pedal minyak keluar dari perkarangan universiti itu.

Untuk Hara dia akan bertahan. Cuma sehari sebelum keadaan berubah.

Selamanya.

Surat Untuk QarissaWhere stories live. Discover now