Bab 54

504 67 3
                                    

"Sayang...."

"Ya abang."

"Sayang..."

"Iya abang..." Ain menutup pili air setelah selesai membasuh pinggan dan cawan. Setelah itu dia mengelap area tempat memasak supaya tiada kesan minyak yang melekat.

"Sayang..."

Wajah Ain berkerut. Dah kenapa suami dia ni? Daripada tadi duk panggil-panggil dia.

"Iya abang? Abang nak apa?" Tanyanya sambil menatap wajah Fariz yang tersengih-sengih memandangnya.

"Nak attention."

Ain tergelak. Alahaiii encik suami.

"Malam tadi tak cukup ke?"

Laju Fariz menggeleng dengan mulut tercebik.

"Tak! Abang nak attention daripada sayang setiap masa." Rengeknya dengan manja.

Ain ketawa lagi sambil menggeleng kepala. Makin lama makin manja betul Fariz Razemi ni. Tapi dia suka bila Fariz bermanja dengannya, terasa dirinya amat disayangi.

"Tapi abang kan nak ke sekolah dah. Lambat karang." Tegur Ain apabila jam sudah menunjukkan tujuh pagi.

Fariz hanya menayang sengih. Entahlah tiba-tiba dia rasa nak bermanja dengan Ain pagi ni. Bukan sebab dia 'dapat' malam tadi tapi dia rasa lain sangat pagi ni. Rasa nak menggedik dengan isteri sendiri, hikhik....

Air nescafenya di minum hingga habis sebelum dia menuju ke sinki untuk membasuh gelasnya itu.

Ain pula sibuk memasukkan bekal makanan ke dalam beg kain untuk Fariz bawa ke sekolah sesuai dengan permintaan Fariz sebelum pergi ke sekolah.

"Dah siap a-..." Ain terkejut apabila tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh Fariz.

"Jom pergi depan sama-sama." Kata Fariz sambil memaut jari jemarinya dengan jari jemari Ain. Bibirnya tidak lokek mengukir senyuman kacak khas buat isteri tercinta.

Ain tersenyum malu. Dia jalan beriringan dengan Fariz menuju ke ruang tamu. Memandangkan dia tidak memakai tudung dan niqab, Fariz tidak mahu Ain menghantarnya hingga ke muka pintu. Cukup melihatnya melalui tingkap itu pun sudah memadai.

"Jaga diri elok-elok, kalau ada apa-apa call je abang. Abang pergi kerja dulu." Dahi Ain dikucup lama sebelum bibir Ain menjadi sasarannya.

Ain menunduk malu.

"Abang pun sama juga, pergi kerja hati-hati. Jangan bawa laju-laju. Mengajar jangan stres-stres." Belakang tapak tangan Fariz dikucup  kasih.

Fariz senyum.

Setelah itu, Fariz pun masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke sekolah. Ain mengunci pintu rumah dan menuju ke sofa. Kipas siling yang berputar di tenung.

Bosan.

Sepanjang lima bulan perkahwinan dia dan Fariz amat membahagiakannya. Setiap detik, setiap saat Fariz tidak jemu memanjakannya.

"Aku nak buat apa ek?" Novel-novel yang dia beli sudah pun dia habis baca. Nak kemas rumah macam takde apa yang perlu dikemaskan. Hari-hari kemas rumah memang bersih sampai habuk pun tak sempat nak lekat lama.

Hmmmm

Mata Ain terkerdip-kerdip merenung kipas. Fikirannya mula memikirkan tentang masa depannya.

"Mesti tak sunyi kalau ada anak." Sengih Ain sambil menepuk lembut perutnya yang kempis.

Dia membayangkan yang dia mempunyai anak bersama Fariz. Mesti comel! Dia pun tak sunyi macam ni.

"Haihhh aku nak buat apa niii..." Keluhnya.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now