A tragic love story
Muhammad Edward Dayyan
X
Clarissa Haura-Jika sekali kau bersamaku, selamanya kau milikku-
*A bouquet of black roses, bring you back to me..*
.....................
Selesai solat subuhnya, tanpa berlengah lagi, terus dia membuka telekung, telekungnya disimpan sekali bersama sejadah.
Yassin dan Al-Quran yang dibaca sebelum menunaikan solat tadi, disimpan semula di rak kecil yang ada di tepi katil kecilnya itu.
Clarissa kemudian menuju ke almari pakaian serendah lututnya. Dia menyamakan kedudukan dengan almari tersebut untuk mencari pakaian uniform kerja nya.
Uniform pekerja cleaner tandas Petronas. Ya, dia tahu orang sering pandang serong bila tahu dia seorang pembersih tandas awam.
Tapi, dia perlu abaikan pendapat orang dan terus bekerja demi sesuap nasi. Lagipun, dia sedar diri. Dengan keputusan SPM yang hanya cukup cukup makan, syarikat mana yang hendak terima dia bekerja?
Biarlah dihina manusia. Yang penting darjatnya tinggi di sisi Tuhan.
Itu saja dia pegang. Lagipun, manusia juga sama saja semuanya. Mereka terasa besar kepala, sehingga lupa, menilai dan menghukum, itu kerja Dia Yang Maha Esa.
Clarissa terus lekas sarung uniform itu di tubuhnya. Tanpa berlengah, tudung bawal hitam, dibalut di kepala. Dia betulkan sedikit tudungnya itu di hadapan cermin kecil yang tertampal pada dinding bilik kecil itu.
Kemudian, dia segera membuka pintu dan keluar. Rutin paginya. Dia bersiap untuk pergi kerja sekejap saja. Tidak perlu alat solek atau yang lain lain. Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu.
Jadi, dia guna dan pakai apa yang ada saja. Sling bag bewarna hitam yang sudah agak lusuh, dia ambil dan sandang di bahu. Setelah itu, suis lampu dan kipas ditutup.
Dia membuka pintu rumah buruk itu. Ya. Rumah itu memang buruk. Dari luarnya sudah nampak. Tiada beza buruknya dengan dalaman juga.
Dinding yang sudah lusuh catnya, simen yang sudah diselaputi lumut hijau yang kelihatan comot. Rumput rumput panjang juga ada naik menyerabutkan lagi kawasan halaman rumahnya itu.
Dia sendiri sudah penat nak kisahkan rumah. Bukan itu saja kerjanya lagipun. Dia masih duduk di rumah buruk peninggalan arwah ayahnya ini pun kerana tidak mampu miliki rumah lain.
Kasut sarung berwarna putih yang sudah lusuh dengan tompokan dan kotoran, disarung ke kaki. Sebaik itu, langkahnya untuk terus berjalan menuju ke luar terjeda.
YOU ARE READING
ROSA NERA FOR CLARISSA ✓
Romance[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatkala itu, baru Clarissa faham mengapa Islam menyuruh umatnya segera melangsaikan hutang. Disaat ibu ba...