Pintu kereta jenama Mercedes Benz W117 itu dikuak dan seorang gadis keluar dari perut kereta. Kunci kereta ditekan dan kereta itu berbunyi tanda ia telah dikunci dan gadis itu berjalan meninggalkan keretanya yang diparkir di bahu jalan.
Telefon dikeluarkan dari beg jenama Chanel dan dia membelek telefonnya sambil meninjau papan tanda di deretan kedai. Dia berhenti depan sebuah kedai kopi dan menyimpan semula telefonnya seraya kaki melangkah masuk ke dalam.
Pintu kaca kedai ditolak dan matanya terus menilik setiap sisi kedai kopi itu. Dekorasi dalaman yang minimalis dan pilihan warna perabot yang cantik. Keadaan di dalam kedai kopi itu juga nyaman.
"Bienvenue dans notre magasin, mademoiselle." Pekerja kedai yang memakai seragam putih beserta dengan apron putih menyapa gadis itu dengan ramah. Tangannya turut diletakkan di dada dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
translate: "Selamat datang ke kedai kami, cik."
Kasya membalas sapaan dan senyuman pekerja itu. Terus dia berjalan ke kaunter untuk memilih minuman.
"What would you like to order?" Tanya pekerja itu.
Gadis itu diam seketika dan matanya sibuk membaca menu yang ada di atas kaunter.
Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dari topi hingga kasutnya masuk ke dalam kedai itu.
"Bienvenue Monsieur." Pekerja itu menyapa mesra. Lebih mesra daripada dia menyapa gadis tadi dan nadanya berubah teruja. Pelanggan tetap mungkin.
translate: "Selamat datang tuan."
Serta-merta segenap kedai itu berbau wangian yang dipakai lelaki itu. Wangi.
Lelaki itu cuma angguk sekali dan terus beratur di belakang gadis yang masih memilih kopi.
"Actually it's my first time here. Can you recommend me the best selling drink?" Gadis itu bersuara.
Pekerja itu laju mengangguk. "Most customers prefer coffee latte with an extra shot of cream. Are you a fan of milk coffee or bitter coffee?"
"Bitter coffee." Jawab gadis itu.
Pekerja itu mula mengeluarkan segala jenis menu kopi pahit yang ada kepadanya. Segala sejarah resepi kopi yang dijual juga diceritakan tanpa dipinta. Gadis itu cuma ketawa kecil dan berasa agak janggal. Yang diminta cuma rekomendasi, tetapi panjang lebar pula cerita pekerja itu. Rasa menyesal bertanya tentang kopi paling laris dijual mula menguasai diri.
Lelaki yang sedang beratur tadi menghela nafas berat dan menilik jam tangan jenama Rolex Artisans Genéve Skeleton Daytona yang dipakai di tangan kirinya. Dia sudah lambat untuk ke acara yang dia patut hadiri. Lain kali saja lah beli kopi.
Baru dua langkah dia berganjak dari tempat dia berdiri tadi, gadis itu bersuara.
"I nak Americano."
Langkah lelaki itu terhenti. Lama-lama mereka berdua memilih kopi, tapi gadis itu cuma mahu Americano? Buang masa sungguh. Dia berpaling, "I thought you wanted to buy this shop instead of coffee. But you just want Americano?"
Gadis itu lambat-lambat mengangguk. "Yeah... It's my first time here."
"As a bitter coffee lover, I think you can do better than that. Americano? I could suggest you Espresso." Perli lelaki itu.
Kening gadis itu berkerut. Kenapa dengan lelaki depan dia ni?
"Err.. Miss, may I know your name?" Pekerja yang ada disitu cuba meleraikan perselisihan faham yang berlaku sebelum ia jadi lebih teruk. Di tangannya terdapat cawan kosong untuk diisikan kopi yang dipesan dan sebatang pen marker hitam untuk menulis nama pelanggan.
Serentak mereka berdua berpaling, Yang lelaki teruskan langkahnya untuk keluar, dan si gadis berpaling ke arah pekerja yang bertanya tentang namanya tadi.
"Kasya. Kasya J'nelle." Jawab gadis itu.
Pekerja itu angguk, dan sekali lagi langkah lelaki tadi terhenti. Tangan yang sudah memegang besi pada pintu juga tidak bergerak.
"Kasya.. Kasya Ereny J'nelle?" Bulat mata pekerja kedai kopi tersebut, teruja.
Teruja? Ya. Siapa saja yang tidak teruja dapat bertentang mata dengan seorang artisan seni Tango yang pernah terkenal dengan kejayaannya ketika usia remajanya dulu? Setiap kejohanan yang diadakan di negara itu dimenangi oleh Kasya.
Namun gadis itu menghilang tanpa berita selepas tragedi yang tidak diingini berlaku dalam sebuah pertandingan besar yang melibatkan peserta-peserta dari keluarga berprestij tinggi di Perancis. Kejohanan itu adalah kali terakhir Kasya muncul di setiap akhbar harian dan kaca televisyen.
Gadis yang bernama Kasya itu angguk dan tersenyum. Rambut yang menutupi sebahagian wajahnya diselak ke bahagian belakang telinga. Dia mengukir senyuman pada pekerja itu.
Lelaki tadi turut berpaling melihat wajah Kasya. Rupa Kasya sudah berubah tetapi dia masih kenal empunya nama itu. Perempuan yang pernah menghancurkan hidupnya satu ketika dahulu. Segala kemarahan dan dendam yang tersimpan rapi di sudut hati kembali membuak-buak. Perasaan misteri mula menyelubungi dirinya. Pantas dia menolak pintu kaca tadi dan keluar dari situ.
Dia tak mahu ada dekat dengan Kasya lama-lama.
"Hampir sedekad aku hilangkan diri hanya sebab kau, fille inutile."
translate: "Perempuan tak guna."
✧˖*࿐ ࿔*:・゚
YOU ARE READING
Draco's : The Missing Melody
Action[2nd Romance] Prequel DeAndre Arielle. Impiannya untuk menjadi seorang pemain piano terkenal terkubur sekelip mata oleh kerana satu peristiwa yang melibatkan nyawa. Segala keringat yang dikorbankan selama ini demi mimpi yang telah menjadi abu kini...