Bagi aku, berkahwin dengan kawan sendiri bukan lah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak adegan gaduh berbanding lovely Dovey ni. Nak nak pulak dua-dua tak reti nak tegur sesama sendiri elok-elok.
Nama aku Tengku Aireen Khalisa. Biasanya orang akan panggil aku Aireen, Khalisa, lisa dan Reen. Ada satu je manusia yang berani panggil aku pendek.
Tengku Darian Enrique.
Manusia terpaling buat aku rasa nak tampar dia tapi dia lah satu-satunya kawan baik aku. Dia lah childhood friend aku.
(Sebelum dua buah keluarga berjumpa untuk perbincangan)
"Woi pendek! Nak pergi mana tu?" tanya Darian sambil mengejar langkah Aireen.
"Aish kau ni, sebuk betul. Pergi kelas la, mana lagi?" jawab Aireen kegeraman.
Boleh dia tanya mana aku nak pergi? Dah elok pakai lanyard kad pelajar ni, takkan tak nampak lagi?
"Aku tanya je, patut la single. Garang nak mampus" Jawab Darian tanpa rasa bersalah.
"Apa!?" tanya Aireen kuat
"Tak ada apa la pendek, aku pergi dulu!" Dengan tidak ada rasa bersalah, Darian merosakkan awning tudung Aireen.
"Ya Allah...tudung ni dah la susah nak bentuk" ujar Aireen sambil menenangkan jiwa yang sedang membara kerana Darian.
Sabar je la. Nasib kawan.
Aireen sampai dikelasnya. Dia mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan Darian.
"Dekat rumah jumpa kau, dekat kelas jumpa kau, waktu rehat jumpa kau. Memang muka kau je ke tiap-tiap hari aku kena tengok?" ujar Aireen sambil menatap Darian pasrah.
"Jodoh kot, tu yang tiap-tiap hari tengok muka aku je. Aku kan handsome" jawab Darian dengan rasa bangganya.
"Ewwww handsome? rasa nak tampar je muka kau" ujar Aireen sambil berura-ura ingin menampar pipi Darian.
"Jangan jangan. Jatuh standard aku nanti. Habis hilang macho aku" ujar Darian sambil menutup pipinya.
' Macho ke kau ni? macam tak je ' bisik hati Aireen.
Madam Yuna masuk ke dalam kelas.
"Okay class, your prof couldn't make it this week because he have something to do. Prof Fahrin suruh kamu semua untuk buat study session. Goodluck and all the best for your final examination" kata Madam Yuna.
Aireen menghembuskan nafas lega.
"Yeah, boleh balik. Boleh tidur sepuasnya" ujar Aireen sengan riak wajah gembiranya.
"No way. Kau teman aku shopping sekarang" ujar Darian sambil menarik lengan Aireen yang berlapik baju itu.
Aireen tidak bersetuju lagi untuk mengikutinya, tapi sudah ditarik. Hanya mampu redha.
Sesampainya mereka di mall, Aireen terus keluar dari perut kereta.
"Woah...kosong" ujar Aireen yang terkejut melihat parking lot itu kosong.
"Hari ni hari kerja la pendek, memang tak tak ada orang aduhai..." ujar Darian pasrah.
"Tahu la, saja je cakap sebab selalunya penuh walaupun hari kerja. Ke...kau sewa mall ni?" tanya Aireen yang curiga dengan Darian.
"Mana ada! kau ni, kesitu pulak fikir" ujar Darian sambil berkerut dahi.
seriously? mall kosong dikatanya mall itu disewa?
YOU ARE READING
Mrs. Darian [Hiatus]
RandomKahwin dengan kawan baik bukan lah satu perkara yang mudah. Kadangkala bagai nak runtuh rumah mereka bertikam lidah. Macam budak-budak! Tapi ini yang terjadi diantara Tengku Aireen Khalisa dan Tengku Darian Enrique. Pelik kan kahwin dengan kawan bai...