Sampai sahaja rumah Aireen, Aireen dan Darian terus masuk ke dalam untuk menunaikan solat.
Setelah habis, mereka berdua duduk di ruang tamu. Sedikit berasa gugup kerana keluarga Darian juga turut ada di situ.
"Semua dah ada ya?" tanya Tengku Syahrul Badri sebagai ayah Aireen.
"Dah" jawab Aireen.
"Sebenarnya kami suruh kamu berdua cepat-cepat balik ni ada perkara yang nak dibincangkan" ujar Tengku Syahrul setelah berdiam diri.
"Apa tu papa?" tanya Aireen perlahan. Debaran di jiwa semakin menjadi-jadi.
' kenapa ni? papa nak suruh aku kahwin dengan mangkuk ni ke? no way! ' jerit batin Aireen.
"Papa dengan uncle Andrew nak satukan kamu berdua. Lama dah kami perhatikan kamu berdua ni, asyik berkepit macam orang bercinta. Jadi kami pun berbincang untuk satukan kamu berdua" ujar Tengku Syahrul.
Aireen tercengang. Ha sudah. Kena kahwin dengan Darian pulak dah...
"Apa!? kahwin!?" jerit Aireen tidak lah begitu kuat tapi mampu membuatkan tetamu di ruang tamu itu dengar.
Tengku Syahrul menganggukkan kepalanya.
"Tapi papa...Darian ni kawan baik reen. Darian pun tak nak reen kan? Darian kan?" tanya Aireen sambil memandang Darian.
"Aku setuju je" ujar Darian bersahaja.
"Subhanallah..." Aireen seperti ingin menangis ketika ini.
"Kami tahu ni berat untuk Reen, jadi kami tak nak paksa Reen untuk terima Darian dalam masa terdekat. Kalau Reen rasa macam tak boleh sangat nak kahwin dengan Darian, kami faham dan kami takkan memaksa Reen" pujuk Tengku Syahrul.
Tipu la kalau kata Aireen tak rasa berdosa terhadap Tengku Syahrul. Kedengaran suara tua itu sungguh sayu. Dia tahu Tengku Syahrul memang nak sangat dia dan Darian berkahwin.
"Papa bagi Reen tempoh setahun untuk jadi isteri Darian, dah selepas itu kamu berdua akan tentukan sendiri sama ada nak bersama lagi atau berpisah" sambung Tengku Syahrul lagi.
"Boleh bagi Reen masa?"
Tengku Syahrul menganggukkan kepalanya.
Aireen terus keluar dan ke taman belakang rumahnya.
' Kahwin bukan boleh buat main...nak-nak pulak kahwin dengan orang kita kenal. Mampu ke aku belajar untuk mencintai dia? ' bisik hati Aireen. Buntu...
"Terima je la pendek" sampuk satu suara dari arah belakang.
"Apa? kau ingat kahwin ni mudah? kau akad lepas dah dua-dua buat hal masing-masing? macam tu?" marah Aireen. Geram pula dengan sikap Darian yang tidak kesah akan hal itu.
"Aku tahu kau tak nak aku jadi suami kau, tapi at least kita cuba la. Kita pun dah kenal lama since kecil lagi" pujuk Darian.
"Kenapa kau jugak jadi suami aku eh?" setelah lama Aireen mendiamkan diri.
"Mana la aku tahu, aku ikut je" jawab Darian tanpa malu.
"Ish! Macam tu pulak ?!" marah Aireen. Ya Allah...sesungguhnya hamba mu ini imannya senipis kulit bawang.
"Aku janji, lepas setahun kita berkahwin aku akan lepaskan kau" sambung Darian lagi
"Kau betul-betul ke dengan kata-kata kau tu?" Tanya Aireen ingin bagi kepastian.
"Tak lah, aku gurau je hehe" ujar Darian sambil ketawa kecil.
"DARIAN !" Marah Aireen. Ada ke patut dia kata dia gurau!?
YOU ARE READING
Mrs. Darian [Hiatus]
RandomKahwin dengan kawan baik bukan lah satu perkara yang mudah. Kadangkala bagai nak runtuh rumah mereka bertikam lidah. Macam budak-budak! Tapi ini yang terjadi diantara Tengku Aireen Khalisa dan Tengku Darian Enrique. Pelik kan kahwin dengan kawan bai...