MENTARI semakin lama semakin menghilang, Zayn hanya membuntuti gadis itu sambil matanya melilau memandang tempat asing yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
"Itu Ulam-ulaman! Tuan hamba perlu membantu hamba mengutip ulam tersebut jika tidak, tiada jalan keluar untuk tuan hamba" Ujar dia sambil tersenyum mengejek.
"What the heck, kenapa aku yang kena kutip pula? Aku bukan pelakon tambahan. Kau ingat aku bibik kau, hah? Kau pelakon kan, kau kutiplah" Muka Zayn sudah berubah riak kerana disuruh mengutip ulam-ulaman. Dalam fikirannya sekarang, gadis itu yang sedang menjalankan penggambaran filem. Jadi mengapa nak libatkan dia sekali.
"Kutip atau tiada jalan keluar. Mudah bukan?"
"Ish, ye lah! Bak sini bakul kau" Tangan disua kepada gadis itu, riak wajahnya masam mencuka. 'Main ugut-ugut aku pulak'
Gadis itu tersenyum lantas memberikan bakul yang diperbuat daripada rotan itu kepada Zayn. Dia berdiri sambil memeluk tubuh, mata tidak lepas dari memandang jejaka yang sedang terbongkok-bongkok mengutip ulaman.
Panas sahaja hati Zayn apabila disuruh itu ini. Kalau tidak disebabkan dia ingin keluar dari hutan, memang tidaklah dia akan mengikuti arahan gadis tersebut. "Kalau aku bawa phone dah lama aku buka waze. Tak payah nak menyusahkan diri buat semua ni" Gumam Zayn sendirian.
"Amboi. Tengok aje? Tolongnya tidak. Wah, senang betul hidup kau. Betul-betul ambil kesempatan atas kesulitan" Perli Zayn. Dia menggulingkan mata ke atas.
Gadis tersebut memincingkan mata kepada jejaka di hadapannya itu. "Lakukannya dengan cepat! atau hamba akan meninggalkan tuan hamba di sini" Ugutnya. Zayn menjelingnya tajam.
Tanganya semakin lincah mengutip semua ulam-ulaman yang berada di sekitar situ. Lebih cepat kerja disiapkan, lebih cepat dia boleh balik. Dia menyumpah seranah gadis itu sepuas-puasnya di dalam hati. Geram sungguh. Kalau tidak sabar, dah lama rongak perempuan itu ditumbuknya.
"NIH sayur kau! Dah jom keluar" Tutur Zayn sambil bakul yang berisi ulam-ulaman disua dengan riak wajah tidak bergaris mesra. Kecil sahaja pandangannya pada gadis itu, sabar sahajalah.
Gadis itu merentap bakul yang disua. Sempat dia menjeling jejaka itu sebelum meneruskan perjalanannya. Dia berjalan tanpa menoleh. Penuh lagak. Bak kata Mat Salleh. Arrogant.
'Terima kasih pun takde ek. Dasar siput barbie!' getus Zayn.
"Hoi siput! Tunggulah aku!" Terkocoh- kocoh dia berlari mendapatkan gadis itu, tanpa sedar bahaya di hadapan mata. Belum sempat dia meneruskan perjalanan, kakinya tersadung pada batu. Dia terjatuh kerana tidak dapat mengimbangkan diri. Cuai!
"Auch!" Dahinya terhantuk di batu dan cecair merah mula mengalir di dahi licinnya. Dia bersandar di pokok lalu memejamkan mata beberapa saat. Boleh tahan perit juga rasanya.
"Bilalah aku boleh keluar dari sini, malang betul nasib aku hari ni. Sabar aje lah" Tangan naik meraba luka di dahi dan dia melihat cairan darah melekat pada jarinya. Tiba-tiba gadis tadi muncul di tempat Zayn berada. 'Datang juga minah ni, heh.'
Tetapi reaksi gadis itu pelik, dia hanya berdiri terpacak seperti tiang bendera. Peluh merenik di dahi, wajah berubah pucat, dada berombak laju. Dia pun tidak pasti mengapa badannya terasa lemah secara tiba-tiba. Bakul yang dipegang jatuh menyembah tanah.
"Woi kau kenapa! Aku yang luka tau, kenapa kau yang over pula ni?" Perli Zayn. Wajahnya berubah. Aneh betul, sakitkah wanita di hadapannya itu?
"Ha-m ha-mba" Tutur gadis itu gagap, dia tidak mampu bercakap kerana kepalanya berasa pening. Berpinar-pinar matanya saat itu. Ini semua terjadi selepas dia melihat darah.
"Ham ham apa, cuba cakap betul-betul sikit. Cakap pun nak kena orang ajar ke? Tadi boleh pulak ugut aku bagai" Memerli sahaja kerjanya. Mujur ada yang ingin membantu jika tidak mereputlah dalam hutan ini.
Kaki dikuatkan untuk menapak lebih dekat ke arah Zayn tetapi malang tidak berbau gadis itu jatuh terbaring di atas tanah. Wajahnya pucat lesi. Zayn sudah tidak keruan dia terus bangkit dari tempat yang diduduki, perasaanya menjadi bercampur baur. Panik, terkejut, cemas semuanya bersatu. Namun dia ketepikan semua itu dan berlagak tenang seperti tiada apa-apa berlaku.
"Time-time ni lah kau nak buat hal. Menyusahkan betul. Aku nak buat apa ni? Erm.... tinggalkan je lah. Pandai-pandailah dia survive" Bicaranya seorang diri.
Zayn mengatur langkah meninggalakan gadis yang telah jatuh pengsan itu. Hatinya menyuruh untuk berpatah balik tetapi kakinya ingin terus berjalan keluar daripada hutan tersebut. Perasaannya berbolak-balik saat ini. Dia membuat pilihan sama ada tinggal atau tolong.
"Dia perempuan kut, takkan aku nak tinggalkan dia macam itu aje. Tak patut"
Beberapa saat berlalu, dia memusingkan badannya kebelakang dan kaki panjangnya melangkah. Zayn berpatah balik. Setelah difikirkan, tidak sampai hati pula mahu meninggalkan gadis tersebut sendirian.
Sementelahan itu, dia melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas tanah. Dia tampak begitu ragu-ragu untuk melakukan tindakan tersebut. Zayn menghela nafas. Kalau dia tidak berbuat demikian, bagaimana lagi?
Zayn mendekati gadis itu dan terus mencangkung, "Sorry, aku terpaksa buat macam ni" Ujar Zayn perlahan. Tangannya mula menyusup masuk ke bahagian bawah badan gadis itu. Satu tangan di bahagian kaki, satu lagi di bahagian bahu. Dia mengendong gadis itu dengan berhati-hati.
"Berat juga eh kau ni, macam anak gajah. Patah pinggang aku kalau hari-hari macam ini" Sempat lagi mulutnya mengutuk gadis itu.
Zayn membuka langkah, dia hanya mengikuti langkah kakinya mahu berjalan ke arah mana. Ini sahaja cara yang ada. Dia benar-benar buntu sekarang ini 'Ya Allah bantulah aku'
Di separuh perjalanan, Zayn memberhentikan perjalanan apabila melihat sebatang sungai kecil. Mungkin menghala ke air terjun. Gadis yang masih tidak sedarkan diri itu diletakkan di bawah pohon. Termengah-mengah dia mencari nafas. Penat. Titisan peluh yang merembes keluar diseka menggunakan belakang tangan. Dia kerut kening apabila tidak sengaja menyentuh luka di dahi. Terlupa pula.
Air sungai yang mengalir dikaut menggunakan kedua-dua belah tangan. Zayn menggosok air tersebut ke wajahnya, ingin membersihkan wajah daripada kotoran. Usai itu, dia berpatah ke arah pohon tadi.
"Lama betul pengsan. Entah-entah dia berlakon. Manalah tahu dia nak abang hensem ni gendong" Kata Zayn, musykil. Kepalanya bergerak ke sana ke sini. Anak matanya juga melilau ke sekeliling. Tidak ada pula dia melihat kamera rakaman atau kru penggambaran di situ. Mungkin dia sudah tersalah sangka.
Jarinya bergerak mencucuk-cucuk bahu gadis itu sambil berkata "Hello bangunlah"
Senyap.
"Bangun cepat! Nanti aku tinggal kau sorang-sorang" Zayn berdecit geram apabila tuturnya tidak direspon.
"Ish. Sebab aku baik hatilah aku tolong kau tahu. Kalau orang lain memang tinggal aja. Dah lah macam siput" Tutur Zayn menyampah.
YOU ARE READING
OUTLANDISH LOVE
RomancePertemuan yang tidak pernah diduga itu menimbulkan seribu satu persoalan di benak fikiran. Klasik, itulah perkataan yang dapat diungkapkan apabila Danyal Zayn menjejakkan kaki ke negeri Puspa Suasa. "Sorry cik sorry. Saya baru teringat, cik ni custo...