5

141 12 0
                                    

Majlis persandingan sudah habis. Penat!

Darian dan Aireen pulang ke rumah.

Aireen sudah pun tertidur nyenyak di dalam kereta. Penat sangat sebab ramai tetamu yang hadir.

Keluarga dari Spanyol sangat mengalu-alukan kedatangan Aireen. Tapi kesian Aireen, tak faham bahasa Spanyol langsung.

Aireen berdengkur halus.

Darian yang melihat itu hanya menggelengkan kepala.

"Penat betul" ujar Darian perlahan.

Mereka sudah pun sampai di rumah Banglo 3 tingkat milik Darian.

"Pendek, bangun. Kita dah sampai" kejut Darian.

Masih tidak bangun.

Darian tersenyum jahat.

Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Aireen.

"Aireen Sayang....bangun la sayang...kita dah sampai" bisik Darian lembut.

Perlahan-lahan Aireen membuka matanya.

Tanpa sengaja, mata mereka bertentang.

Lama.

Aireen mula memandang kearah lain.

Malu !

Darian pula seperti termakan jerat sendiri.

Jantungnya tiba-tiba berdebar.

"D-dah la, j-jom la m-masuk..." ujar Darian tersekat-sekat.

Aireen akur.

Matanya menjadi segar apabila memasuki rumah itu.

Rumah itu berkonsepkan trandisional dan moden.

Aireen masih terpegun melihat rumah Darian walaupun sudah seminggu lebih dia menetap dirumah itu tapi dia tetap kagum dengan suasana rumah itu.

Pandai juga Darian pilih rumah, ingat nak pilih semua hitam.

Dalam tak sedar, Darian menangkap gambar Aireen dari belakang yang masih segak memakai baju bewarna hitam bercampur dengan sulaman emas itu. nasib baik ada cahaya, kalau tidak...memang orang fikir lain seperti hantu ke.

"Dah dah la ternganga tengok rumah aku tu, tau dah rumah aku cantik. Ni dah nak dekat seminggu lebih dah pun kau duduk rumah aku" ujar Darian dengan muka bangganya dan terselit bebelan.

Aireen menjeling. Perasan!

"Kali ni kau nak tidur mana, tidur la, nak tidur satu katil dengan aku pun tak apa" ujar Darian sambil tersenyum.

Tak tahu la apa maksud senyum tu.

Sudah seminggu lebih Aireen dan Darian menjadi pasangan suami isteri, tapi mereka tidak pernah tidur satu bilik mahupun satu katil. Jika turun ke ruang tamu, Aireen sudah siap memakai tudung kerana mereka akan keluar bersarapan. Sebelum mandi, Aireen akan cepat-cepat mengambil bajunya untuk persalinan.

Nampak la yang Aireen masih malu dengan Darian.

"Kali ni, kau yang decided, kau kan suami aku" ujar Aireen sama ada sedar atau tidak, tidak tahu la.

Darian tersenyum sinis.

"Kalau macam tu, tidur satu bilik dengan aku" ujar Darian dengan tak lekang dari senyuman sinis.

Tiba-tiba Aireen rasa menyesal.

"Errr...tak apa la, aku tidur je la dekat bilik lain" ujar Aireen dengan gelabahnya.

"Not this time! Kau tidur dengan aku malam ni!" kata putus Darian lalu menarik tangan Aireen masuk ke dalam lift.

"Ala...ye lah" ujar Aireen pasrah.

Mrs. Darian [Hiatus]Where stories live. Discover now