'Senorita..heyy.. don't cry baby'
'Senorita, nak lari mana tu? Aku dekat sini'
'Baby..badan kau hanya untuk aku. Aku yang pertama dan aku juga yang terakhir ,senorita. Tak ada sesiapa pun boleh miliki kau. Termasuklah hariz. Aku akan bunuh sesiapa saja yang ambil kau dari aku, senorita. And hariz hmm, Should i kill him?'
"Don't! No! Please no!"
"Hey sayang" noah memeluk badan airin untuk menenangkan gadis itu dari mimpi ngeri. Entah mimpi apa gadis itu mimpikan sehingga berpeluh-peluh. Malah pipi airin turut basah dengan tangisnya
"Airin sayang, bangun. Kau mimpi je sayang. Shhh" perlahan-lahan airin membuka matanya. Matanya memandang noah dengan linangan air mata. Badan noah perlahan lahan dia peluk.
"Awak tak patut kahwin dengan rin. Dia akan bunuh awak. Rin tak nak awak pergi. Seperti hariz pergi" tangisnya semakin kuat. Tak sanggup rasanya bila membayangkan kehidupannya tanpa noah di sisi.
"Siapa dia, rin? Jangan takut sayang. Aku takkan pergi. Aku akan ada dengan kau. Now bagitahu aku, siapa dia?" Airin menggeleng laju. Tangannya naik memegang pipi noah
"Dia akan bunuh awak. Dia akan bunuh sesiapa saja yang rampas rin dari dia. Rin tak nak jadi penyebab awak pergi. Rin sayang awak, noah. Sayang sangat"
Melihat keadaan gadis itu seperti tidak stabil, noah memeluk badan kecil itu. Mulutnya terkumat-kamit membaca selawat dan ayat kursi. Hiba rasa hatinya melihat keadaan gadis itu. Apa yang dialami gadis itu sehingga membuatkan gadis itu trauma besar seperti ini?
Baru kali ini dia melihat airin mimpi ngeri. Sebelum ini turut ada tapi tidak keterlaluan.
"Ja..jangan tinggalkan rin. Biar rin pula yang berkorban kali ni"
"Shhh, sayang. I'm your husband. I'll protect you no matter what." Noah melihat wajah airin di dalam dakapannya. Dengkuran halus gadis itu membuatkan dia menarik senyuman kecil. Dahi licin airin dicium lama lalu noah membaringkan badan airin.
Telefonnya diambil kemudia dia keluar dari bilik itu. Nombor seseorang di dail.
"Kau dapat apa yang aku nak tu?"
"Dapat, tuan.''
"Good. Esok pastikan awal pagi lagi ada atas meja aku."
"Baik tuan"
Telefonnya disimpan ke dalam kocek seluarnya. Noah berjalan ke luar balkoni. Angin malam itu terasa pembut menyapa badannya. Fikirannya mula melayang teringat hal kelmarin. Hal dimana dia sendiri terkejut menerima ugutan di pejabatnya.
Noah meletakkan beg bimbitnya ke atas kerusi. Bungkusan kotak di meja dikerling sekilas. Dia mengerut dahi melihat bungkusan itu. Selalunya dia hanya akan mengabaikan setiap bungkusan yang sampai kepadanya. Kerana bungkusan yang sentiasa sampai kepadanya itu merupakan bungkusan daripada gadis-gadis yang sentiasa mahu meraih perhatiannya. Oleh itu, dia mula mengabaikan setiap bungkusan yang sampai.
Tapi bungkusan ini bagai menarik dirinya untuk melihat apa yang ada disebalik kotak itu. Perlahan-lahan noah membuka bungkusan itu dengan berhati-hati. Matanya tajam melihat disebalik bungkusan itu.
Ada gambar perkahwinannya dan airin dan juga darah yang melekat pada gambar itu. Surat yang ada di dalam kotak itu dibaca satu persatu.
'Kau ingat kau dah menang? Sedap ambil bekas aku? Noah qayyum, aku yang pertama. Dan aku adalah yang terakhir untuk airin zalisya. Aku tinggal kejap je kesayangan aku tu terus ada orang nak ambil dia. Aku akan datang dan ambil semula hak aku. Jaga dia elok-elok sebelum aku datang. Airin mesti rindu dengan belaian aku kan?'

YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...