Part 3

37 4 0
                                    

TEPAT JAM 8, aku ingatkan dia nak ajak jumpa kat tempat yang bagus sikit rupanya kat gerai makan makcik Kim depan pagar kampus. Tau lah student bajet rendah tapi at least pergi lah cafe yang up sikit. Dah lah tempat ni selalu ramai pelajar. Nak berbual pun susah. But it's okay, mungkin tempat ni je dia selesa nak berjumpa.

Beberapa minit berlalu, kelibat dia belum nampak. Aduh dia memang jenis tak tepati masa ke? Masih awal lagi nak judge, maybe dia ada masalah masa dalam perjalanan ke sini. Perut aku ni dah lah berbunyi, lapar! Patutnya aku dah makan jam 7 tadi.

Setengah jam berlalu...

"Hai, sorry aku lewat." Beomgyu datang lalu menarik kerusi di depan aku.

Aku cepat-cepat meluruskan badan dan membetulkan posisi duduk. Senyuman ku ukir semanis-manisnya.

"Gwenchana." ucapku walaupun badan dah berpeluh habis.

"Kau mesti dah tunggu lama kan?"

"Tak, aku pun baru sampai." bohongku. Tak nak bagi dia rasa bersalah sangat.

"Oh I see. Kau tak nak ambil makanan dulu?"

"Jom lah pergi ambil sama-sama."

"Aku dah makan."

Aku tersentak.

"Dah makan? Habis tu kau ajak jumpa sini bukan untuk makan?"

"Bukan. Aku ajak jumpa je, bukan makan." selamba dia berkata.

Rahang aku terasa jatuh, bukan apa tau, aku speechless je. Kalau aku tahu dia tak ajak makan, baik aku makan awal-awal tadi!

"Dah jom gerak."

"Pergi mana?"

"Pergi tempat date kita."

Tapi aku lapar! Tak boleh ke biar aku makan dulu baru gerak. Aku cuba tatap mata dia mengharapkan pengertian. Tapi dia terus berdiri dan menyuruh aku cepat bergerak.

"Baiklah." aku akur. Siapa tahu dia bawa aku pergi restoran, kan?

***

Tempat date? Ini yang dia kata tempat date? Nak tahu kat mana?

Hah kat CYBERCAFE, ya tempat orang main game tu. Aku pandang wajah Beomgyu, berharap ini sekadar joke dari dia tapi hampa dia terus cari tempat duduk dan memakai headphone.

"Duduk lah sini." dia arahkan aku duduk di sebelahnya.

"Beomgyu, ini ke tempat date yang kau cakap tu?"

"Ya. Orang kata cybercafe date lah perkara pertama yang boleh merapatkan hubungan."

Huh fakta mana pula dia baca ni?

"Yeke.. tak tahu pula aku." aku cuba berkata dengan tenang.

"Kau pandai main game apa je?"

Game? Dah lama aku tak main game. LoL? FIFA? Overwatch?

"Overwatch?"

"Bosan, jom main FIFA."

Baik tak payah tanya aku kalau dia sendiri decide.

"Nah pakai headphone ni."

Setelah memakai headphone, kami memulakan permainan. Beomgyu nampak bersemangat sekali membuatkan aku sedikit terhibur dengan tingkah dia. Bila dia main game seolah-olah dia lah manusia terbahagia di dunia.

Setelah selesai satu pusingan, aku mengeluh kerana kalah 21-1 menentang dia.

"Yes! Aku menang. Nampaknya selain English, skill permainan kau juga agak ke laut ye."

My Worst Boyfriend Ever [ CBG ]Where stories live. Discover now