solar ?

136 10 15
                                    

Blaze dikejutkan dengan suara bunyi bendentum . Gempa yang sedari tadi memasak melihat ke arah pintu rumah iaitu punca dari bunyi tadi . Kelihatan seorang lelaki bermata oren terbaring di lantai . "Solar !" Gempa menolong solar untuk bangun . Blaze yang baru turun dari biliknya memandang dua beradik itu . "Oh blaze ! Dah bangun ?" Soal gempa . Solar memandang blaze kemudian menoleh ke gempa . Dia membuat isyarat mata bersama gempa . "Ni blaze ! Aku jumpa dia dekat depan kedai magic tu , dia terbaring jadi aku bawak dia balik" ucap gempa . Solar mengangguk . "Blaze boleh tolong bangunkan yang lain ?" Soal gempa . Blaze mengangguk dan menuju ke bilik thorn dan taufan . Dia mengetuk pintu bilik mereka dan masuk . Dia pergi ke katil thorn dan menepuk badan thorn perlahan . "Thorn ...bangun" ucap blaze . "Mhm , 5 minit lagi gempa" balas thorn. Blaze menggeleng kepalanya dan pergi menuju taufan . Dia mahu menepuk taufan tetapi taufan sudah bangun . "Ah , blaze" taufan turun dari katilnya . "Takpe , biar taufan kejut thorn" ucap taufan dengan senyuman sinis . Blaze mengangguk . Taufan menuju ke katil thorn . Taufan mebgosok kedua dua tangannya . Dia mengambil sebuah baldi dan pergi menuju ke bilik air . Dia mengisi penuh baldi itu dan kembali ke katil thorn . "1 , 2 , 3 !" Taufan menungah baldi berisi air itu ke thorn . "AH BANJIR ! BANJIR !" thorn menjerit dan berlari keluar dari bilik . Blaze tergelak kecil . "Kau kejutlah yang lain , aku jemur lapik ni kejap" blaze mengangguk dan pergi ke bilik hali dan ice . Blaze mengetuk pintu itu dan masuk . Hali yang berada di dalam bilik itu memandang blaze . "Oh dah bangun , gempa suruh turun ." Ucap blaze dan hali mengangguk . Blaze mahu turun ke dapur tetapi teringat yang dia belum kejutkan ice . Dia masuk kembali ke dalam biliknya dan ice tiada di dalam bilik itu . Dia tidak mengendahkannya dan turun ke bawak . "Gempa nak blaze tolong ?" Soal blaze . "Boleh tolong siapkan meja makan ?" Blaze mengangguk dan pergi untuk menyiapkan meja makan . Sejujurnya blaze tak reti memasak , jadi bila gempa suruhnya menyiapkan meja dia sungguh bersyukur . Semasa dia sedang melakukan apa yang dilakukannya , dia teringat yang dia mahu beritahu gempa sesuatu . "Gempa , ice takde dalam bilik ." Ucapnya . "Oh haah , kalau hari Ahad , dia akan keluar pagi pagi jogging , katanya trauma perut boyot" gelak gempa . Blaze tergelak dan mengangguk . 40 minit kemudian , semua penghuni rumah itu telah duduk di meja makan . "Aik , ice belum balik ? Selalunya dah balik dah ." Ucap taufan . Yang lain kecuali blaze bersetuju . "Lambat sikitlah tu..kita tunggu kejap ye" balas gempa . Tak sampai seminit , orang yang disebut tadi masuk ke dalam rumah . Dengan baju dan rambut yang basah , ice dengan tak bersalah menolak solar yang baru hendak duduk dan duduk di tempat yang sepatutnya solar duduk . "WOI , APA MASALAH KAU HAH" jerit solar . Ice menjeling solar dan membuat muka selamba . "TEMPAT AKU LA SI-" sebelum sempat solar habiskan ayat nya gempa berdehem . Solar terdiam tetapi muka tidak puas hatinya tak hilang dari mukanya . "Solar..duduklah sini , blaze bangun" blaze bangun dari tempatnya . "Eh blaze duduklah , takpe , dia ni yang patut bangun" ucap solar . "Tak , tak blaze yang buat korang tak cukup tempat duduk , maaf" raut wajah blaze bertukar sedih . Tanpa apa apa , Ice menarik pinggang blaze dan mendudukkan blaze di pehanya . Semua yang berada di situ membuat wajah terkejut . "Ice ?!" Jerit blaze . "Kau belum mandi kan . Aku pun berpeluh , busuk campur busuk sama je , nanti mandilah" tanpa rasa bersalah , ice menyuap nasi yang berada di pinggan nya ke dalam mulutnya . Yang lain juga turut makan . "Apa ? Nak kena suap baru nak makan ?" Soal ice . Blaze menggeleng dan mengambil sesuap nasi dan memakannya .

-. Selepas makan .-

Blaze duduk di ruang tamu dan membuka tv . Bila dia sudah bosan , dia berjalan ke biliknya , dia membuka pintu biliknya . Krekkk . Dai melihat satu sosok badan yang tegap . Blaze ternganga . "Sedap tengok ? Tak malu , pervert ." Ice memecahkan keheningan itu . "Ish ! Takde masa !" Blaze masuk ke dalam biliknya , pergi ke katilnya , baring dan menekup mukanya di atas bantal . "Nak tengok lagi meh la , aku tunjuk" usik ice . "No ! Stop , setan semua ni setan !" Blaze menutup telinganya , mukanya masih ditekup di bantal . "Dah , aku dah pakai baju ." Blaze mendongak untuk memastikan apa yah dikatakan itu betul , dan benar ice sudah berbaju . "Ish ! Aku tak kisahlah kau pakai baju ke tak ! Dah tepi ! Aku nak mandi !" Blaze menuju ke bilik air . "Nak ikut" usik ice lagi . Muka blaze bertukar merah , dia cepat cepat masuk ke dalam bilik air dan menghempas pintu bilik air itu .

(727 words)

HALLO HALLO , WAH MAKIN BANYAK YE WORDS , MAKIN RAJIN HUWAAA AHAHAHAH , ALRIGHT SEE YOU NEXT MONTH LOL (⁠・ั⁠ω⁠・ั⁠) THANKS FOR READING !

Game Over Where stories live. Discover now