BAB 3

35 17 0
                                    

                SEDAR tidak sedar, siang sudah pun ingin melabuhkan tirai. Malang sekali, Zayn dan gadis itu masih terperangkap di dalam hutan. Sudah penat dia berjalan ke sana ke sini, tetapi kesudahannya tetap begitu. Pilihan yang ada hanyalah bermalam di hutan.

"Memang tidur sinilah jawabnya" Keluh Zayn. Dia duduk di bawah pohon sambil memeluk tubuh dan kedua-dua belah kakinya dilunjurkan ke hadapan. Mata asyik memandang wajah gadis yang sedang bersandar pada pohon bersebelahnya itu.

'Indahnya ciptaan tuhan. Bulu mata lentik, hidung mancung, kening terletak elok, bibir pun just nice. Perfectlah!' Bicaranya dalam hati. Bibir ukir senyum. Memang tidak dinafikan rupa paras gadis itu sungguh jelita. Tetapi senyum yang terukir perlahan-lahan kendur apabila melihat langit yang beransur kelam.

"Aku kena cari kayu untuk buat unggun api. Malam nanti, tak ada lah gelap sangat" Usai itu Zayn berdiri. Dia menepuk-nepuk seluarnya ingin menghilangkan debu tanah yang melekat.

Zayn mengelap keringat di bawah dagunya. Akhirnya berjaya juga dia mengutip ranting-ranting kayu itu. "We did it" Ranting kayu dilonggokkan secara membukit.

"Problematic life. Api tak ada pula aduh" Keluh Zayn. "But kalau buat api guna batu, boleh kan? Tak apa, mari kita cuba" Bicara Zayn seorang diri.

Anak matanya melilau di kawasan berdekatan, mencari batu-bata. Sekali sekala mata mengerling Cahya yang masih tidak sedarkan diri itu. Cari punya cari akhirnya dia berjaya menemukan beberapa bongkah batu yang bersaiz sederhana besar, lantas kedua-dua belah tangannya bergerak mengambil batu tersebut lalu menggeselkannya.

"Cepatlah menyala, please" Bertungkus-lumus Zayn cuba menyalakan tetapi ia langsung tidak membuahkan hasil. Kesabarannya semakin lama semakin tipis. Entah berapa banyak kali Zayn menyeka peluh.

"Ish, dahlah! malas aku" Tutur Zayn. Usai berkata sedemikian, dua bongkah batu yang dipegang dibaling entah ke mana. Jalan yang ada hanyalah pasrah dan reda.

"Minah ni memang tak nak bangun ke hah?" Dia termanggu sendirian. "Kalau aku tahu kau menipu, siap kau"

Dia mendekati Cahya. "Woi..... bangun" Bisiknya perlahan di telinga gadis tersebut. Malang sekali ia tidak berjaya menyedarkan Cahya. Zayn tidak berputus asa, hujung jari bergerak menekan-nekan bahu gadis itu. Tetapi tiada tanda-tanda bahawa gadis itu akan sedarkan diri. Zayn berdecit seraya memuncungkan bibir.

"Okay fine" Bicaranya sambil mengangkat kedua-dua belah tangan.









          "ASSALAMUALAIKUM, abang.... Ana datang ni" Kata Diana. Dia tersenyum nipis. Keadaan abangnya tetap sama, masih terlantar kaku. Hari ini, Diana yang menemani abangnya di hospital. Ibunya, Hayati dipaksa untuk tetap berada di rumah. Risau pula melihat keadaan wanita itu, wajahnya lesu dan kelihatan letih.

"Abang cepat-cepatlah bangun, risau Ana tengok ibu tu. Degil sungguh. Makan tak nak, asyik teringatkan abang aje. Berat badan dia pun makin susut. Abanglah ni! suka sangat koma lama-lama" Bebel Diana. Memuncung bibirnya bercerita.

Wajah yang tadinya monyok berubah mendung. Tangan lelaki itu Diana capai, dia menggenggamnya erat "Ana rindu sangat dengan abang. Bukan itu je kalau abang ada, boleh tolong tangkapkan gambar adik abang yang cantik ni. Erm.... Get well soon, abang busuk" Diana tertawa kecil di hujung ayatnya. Entah dengar atau tidak abangnya yang seorang itu, kisah apa dia. Yang penting ada jugalah tempat untuk dia meluahkan perasaan.

Kamera yang berada di atas laci bersebelahan dengan katil itu diambil, seraya kamera tersebut dia nyalakan. Mujurlah ia masih boleh digunakan. Ditilik setiap bahagian kamera itu, bibir ukir senyum nipis.

Kondisi lensa kamera itu tidaklah seteruk sebelumnya malah sepuluh ganda lebih elok. Dia bernasib baik kerana gambar yang tersimpan di dalam memori kamera tersebut masih kekal.

Diana mula meneliti foto satu persatu. Dia tersenyum sendiri melihat gambar-gambar yang terpatri di dalam alatan elektronik tersebut.

"Jahatlah kau ni bang, gambar buruk aku pun kau simpan eh. Haih" Ujar gadis itu sambil tersengih.

Foto keluarga mereka yang muncul menyentakkan Diana, sudah lama dia tidak melihat foto ini. Seingatnya gambar ini diambil ketika dia berusia satu tahun dan abangnya berusia empat tahun. Inilah gambar terakhir keluarga lengkap mereka sebelum ayah kandungnya meninggal dunia.

"Mesti kau rindu abah kan bang? aku tahu, kau paling rapat dan manja dengan abah mestilah kau rindu" Tutur Diana. Tubir mata kian hangat, mutiara jernih mula mengalir di pipi. Dia menyeka air mata menggunakan belakang tangan.

Selepas pemergian abahnya, kehidupan mereka berubah 180 darjah. Hidup tanpa seorang bapa bukanlah mudah, timbul rasa cemburu melihat anak-anak seumuran mereka berkasih sayang dengan bapa masing-masing.

Namun, ketika umurnya melonjak ke 14 tahun, ibunya memutuskan untuk berkahwin buat kali yang kedua. Sangkanya, seorang hero yang akan menjaga dan melindungi mereka tetapi hampa. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan kejam yang diterima.

Lebih sakit apabila melihat ibunya bersusah payah membanting tulang, bekerja seorang diri demi menyara keluarga. Bapa tiri mereka? Bersenang-lenang menjadi biawak hidup di dalam rumah. Kaki judi, kaki botol, kaki pukul semua sifat yang tidak elok ada pada lelaki itu.

Kadangkala dia terfikir juga, bagaimana ibunya boleh memilih lelaki yang sebegitu? Mungkin tertipu dengan janji manis dan kata-kata dustanya. Entah, dia pun tidak mahu menyerabutkan kepala ibu dengan soalan-soalan begitu.

OUTLANDISH LOVEWhere stories live. Discover now