[WRITTEN ON 3rd FEBRUARY 2023]
AKU DUDUK DI ATAS SOFA sambil memandang dinding putih. Suara mama yang tidak henti membebel itu cuma masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Bebelan yang sama saja setiap kali pihak kolej menelefonnya selepas mengadu tentang kenakalan aku. Mama berdiri di depan aku manakala papa pula duduk di sofa belakang mama sambil membaca surat khabar. Papalah insan yang paling tenang di atas muka bumi ini. Bukan itu saja, papa juga is the best dad in the world.
Aku mengeluh kecil apabila mama masih rancak membebel, aku memandang papa dengan riak kesian supaya dia menutup mulut mama tapi dia hanya mengangkat sebelah kening sambil membalas pandangan aku.
Papa juga seperti sudah penat mendengar mama membebel tetapi tidak berani mahu menyampuk— siapa saja yang berani potong mama bercakap? Kalau potong mama bercakap, bagaikan masuk kandang harimau. Silap-silap hari, boleh mati dibaham harimaunya.
Aku memandang papa lagi kerana mahu meminta pertolongan, riak wajahku dibuat-buat sedih. Papa menggeleng kecil sebelum kembali membaca surat khabarnya. Tengok! Papa pun tak berani nak menutup mulut mama bila tengah membebel itu.
"Do you hear me, Talita Adisty?" Mama menyebut nama panjangku sudah cukup untuk membuat aku yakin yang dia sedang serius sekarang. Aku memandang mama dan mengangguk kecil.
"Mama tak pernah ajar anak mama jadi perempuan degil dan memalukan macam kamu ni. Kadang-kadang mama terfikir, mungkin ada nurse tertukar anak sebenar mama dengan kamu!" Ujar mama tanpa selindung— tanpa memikirkan perasaan aku. Inilah yang paling aku tidak suka dan perkara yang paling sakit yang keluar dari mulut mama.
Mendengar saja kata-kata itu, terus papa membuka mulut.
"Fatimah Binti Mansur! Jaga mulut awak tu baik-baik. Jangan kerana dia nakal, awak tak mengaku anak pula! Saya faham awak marah, cuba bersabar dan istighfar. Awak tak fikir ke perasaan anak awak—"
"Perasaan dia kena jaga? Habis tu perasaan saya ni siapa nak jaga? Abang tahu tak saya malu? Saya malu bila kawan-kawan saya selalu bercerita tentang anak awak ni perempuan yang nakal dan tak macam anak mereka! Anak perempuan mereka semua lemah lembut, baik sikapnya tapi anak awak ni... macam tak ada moral!" Mama bersuara dengan kuat membuatkan hati aku semakin remuk. Aku ketap bibirku rapat menahan diri daripada melawan kata mama.
Memang tadi aku kata papa tak berani memotong mama bercakap tetapi apabila sudah melampaui batas, tiada suami yang akan membiarkan isterinya terpesong jauh. Papa bukan lelaki dan suami yang dayus. Papa is a gentleman.
Tanpa bersuara apa-apa, aku bangun dari sofa itu dan berlalu naik ke bilik. Aku berkurung di dalam bilik, malam itu papa datang memanggil aku untuk makan malam tetapi aku menolak dengan alasan tidak lapar. Sejujurnya aku tak mahu bersemuka dengan mama. Hati aku masih sakit.
Esoknya aku ada kelas pada jam 10 pagi. Aku bersiap untuk ke kolej. Tiba di kolej, aku ke kelas seperti biasa dan mengambil nota yang penting dalam kelas itu. Kelas tiga jam itu habis dengan cepat, aku mengemas barang untuk makan tengah hari di kafe.
Di luar kelas, Jannah sudah menunggu aku untuk makan bersama-sama.
Jannah merupakan kawan baik aku sejak awal semesta di kolej ini, bertemu dia buat kali pertama sudah buat aku yakin dia akan menjadi kawan baik aku di saat aku susah dan senang. Buktinya, sampai sekarang dia masih setia di samping aku.
Maybe you guys don't know tapi aku ada naluri yang kuat dan tepat. Aku pandai baca orang dengan sekali pandang saja. Aku seorang yang sangat percaya pada naluri sendiri dan tanpa ragu-ragu, naluri aku tidak pernah salah.
"Kau okay tak? Macam mana semalam? Mak kau bebel benda yang sama lagi ke?" Jannah menyoal sambil kami berjalan menuju ke kafe. Aku mengeluh kecil dan meraup rambutku kasar. Ada pelajar yang cuba menegur aku tetapi aku mengabaikan kerana tiada mood untuk menjadi baik sekarang.
"As usual," balasku pendek. Tiba di kafe, aku dan Jannah berlalu mengambil makanan. Usai membeli makanan, kami berlalu duduk di meja makan yang tersedia.
"Seriously, Talita? Apa yang mak kau kata tu memang tak boleh pakai. Dia main sebut je apa yang dia suka. Panas pula hati aku ni," getus Jannah dengan nada tidak puas hati. Aku duduk di atas kerusi dan mula makan makanan tengah hari itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi pinggan jatuh ke lantai, aku mengangkat wajah melihat ada dua pelajar lelaki di depan kaunter makanan. Lelaki berjaket varsity berwarna putih hitam itu tersenyum sinis melihat pinggan yang sudah mencium lantai itu. Rayyan, si pembuli kolej.
Mata aku beralih kepada lelaki yang berdiri kaku di depan Rayyan itu. Dia memandang makanannya yang sudah bersepah di atas lantai itu dengan riak yang kosong. Pakaiannya t-shirt putih bersama jeans hitam. Matanya disarung kaca mata bosan dan di tangan kirinya ada sebuah buku.
Nerdy guy.
Aku memandang sekeliling, ternyata pinggan jatuh tadi sudah mencuri semua perhatian pelajar di kafe ini. Aku memandang Rayyan sekilas sebelum melihat nerdy guy itu semula.
Rayyan bergerak mendekati nerdy guy itu dengan senyuman sinis di bibirnya, dengan riak tidak bersalah dia bersuara. "Lain kali ada mata tu guna. Dah pakai empat mata pun masih tak boleh nampak." Tiada maaf diucap, ejekan terus-terusan diberi.
Nerdy guy diam sahaja dengan mata yang masih merenung makanannya di lantai itu, aku melihat Rayyan menolak dada lelaki itu membuatkan dia berganjak ke belakang. Masih tidak puas hati, Rayyan cuba menolak lagi tetapi kali ini tangan nerdy guy itu laju memegang pergelangan tangan Rayyan. Lelaki itu mengangkat wajahnya memandang Rayyan, aku nampak tangannya menggenggam kasar tangan Rayyan membuatkan Rayyan mengaduh kesakitkan sambil cuba melepaskan diri.
Mataku merenung bibirnya yang bergerak berkata sesuatu pada Rayyan, aku tidak dengar apa kerana suaranya terlalu perlahan dan jarak mereka daripada kedudukan aku ini agak jauh. Rayyan kelihatan marah namun tidak berkata apa-apa, nerdy guy melepaskan tangan Rayyan dan berlalu pergi dari situ.
Mata aku mengikut langkah nerdy guy itu dengan senyuman penuh makna, apa yang berlaku tadi membuatkan aku tertarik untuk kenal dia dengan lebih dekat. Aku tidak pernah tahu sedar kewujudannya sehingga hari ini.
"Who is he?" Aku menyoal apabila kelibat nerdy guy itu sudah menghilang dari pandanganku. Aku menoleh nelihat Jannah yang sudah tersenyum seperti sedang jatuh cinta dan angau itu.
"Itu Rayyan Shah. Handsome kan? Dia atlet baseball kolej kita—"
"Not him. The nerd guy," potongku laju, tak ada masa mahu mendengar Jannah memuji lelaki yang dia suka itu. Siapa saja tak kenal Rayyan? Satu kolej kenal dia. Dia ada rupa, ada duit, ada bakat— sudah tentu ada populariti.
Kalau Rayyan popular dengan sikap buaya daratnya, aku pula popular sebagai perempuan paling nakal di kolej. Mereka menggelar aku dengan panggilan The Queen of Troublemaker.
"Oh, mamat nerd tu ke? Nama dia Qaiser Iman. Kenapa kau tanya?" Jannah memandang aku dengan riak yang pelik, aku tersenyum penuh makna padanya, Jannah kelihatan terkejut sebelum dia menggeleng kepalanya pada aku.
"Whatever yang kau tengah fikirkan or rancang sekarang— don't! Don't do it!" Ujar Jannah lagi seakan dapat menghidu bau rancangan menarik yang bakal aku lakukan nanti. Amarannya itu aku abaikan dengan senyuman sinis di bibirku sebelum aku menyambung makan.
Qaiser Iman, the nerdy guy. I want you.
peochies
Lama i peram cerita ni.
Hope korang suka.
Vote for more!
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [ONHOLD]
عاطفيةSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...