BAB 1

1.2K 135 2
                                    

[WRITTEN ON 3rd FEBRUARY 2023]

AKU MENGHULURKAN WANG KEPADA penjaga kaunter itu untuk membayar snack dan minuman. Aku malas mahu ke kafe, jadi aku berhenti di 7Eleven untuk membeli sedikit makanan ringan. Aku mengambil plastik berisi makanan dan minuman itu. Kaki melangkah keluar dari kedai itu dan menuju ke gazebo berdekatan. Tiba-tiba mataku ternampak seorang lelaki yang sudah tiga hari aku cuba cari.

Tiga hari yang lalu aku mencari dia di merata-rata tempat. Qaiser Iman, nerd guy yang berjaya menarik perhatian aku. Kali pertama melihatnya di kafe hari itu sudah membuatkan aku rasa teruja.

Tidak membuang masa aku berlari anak ke arah nerd guy itu. Dia sedang duduk di atas bangku sambil membaca novel di tangannya. Aku lihat tajuk novel yang ada di tangannya itu, 'Dheo's'. Kaki sudah berdiri di depannya, dia masih tidak sedar dengan kehadiran aku, mungkin kerana terlalu asyik membaca novel itu.

"Hi?" Aku menegurnya, nerd guy itu menurunkan novelnya ke paras lehernya untuk melihat siapa yang menegurnya sekarang. Aku senyum manis pada dia, menunggu dia membalas sapaan aku tetapi tidak sampai lima saat dia memandang muka aku, dia mengangkat novel itu semula, menutup wajahnya daripada aku dan kembali pada dunia novelnya.

"Excuse me? Kau tak nampak ke aku dekat sini?" Aku menyoal dengan nada yang tidak puas hati, tak pernah ada lelaki yang berani mengabaikan aku macam dia. Ini kali pertama ada lelaki yang buat macam aku tidak wujud di depannya.

"I'm Talita but you can call me love," ujar aku dengan serius apabila dia masih mendiamkan diri. Aku melihat dia sedang membelek helaian muka surat seterusnya, hati aku mula rasa sakit kerana tidak diendahkan olehnya. Tanpa rasa bersalah, aku merampas novel itu dari tangannya. Dia kelihatan terkejut dengan tindakan aku itu.

"Good. Now i get your attention." Kata aku dengan nada yang lebih tenang. Nerd guy itu memandang aku dengan riak yang kosong.

"Apa yang kau nak?" Dia akhirnya menyoal dan buat kali pertamanya aku dapat mendengar suaranya— god, he has a deep and raspy voice. Hati aku semakin berdebar. Adakah ini jodoh? Matanya dibawa bertemu aku tetapi tidak lama, hanya dua saat sebelum dia mengalihkan ke arah lain. Panahan matanya selama dua saat itu sudah cukup membuatkan aku rasa lebih terpikat.

Hati aku mahukan dia, tubuh aku juga mahukan dia. Aku pejam mata sekilas mendengar naluri hati— hmm she wants him too.

"Well nerdy guy, aku straightforward ajelah ye. Aku suka kau dan aku nak kenal kau dengan lebih dekat lagi. Which means, aku nak berkawan dengan kau dan aku nak kau sukakan aku juga." Ujar aku tanpa rasa malu, kalau mahukan sesuatu dengan cara yang mudah, hanya perlu menyebut apa yang kau mahu dan usaha untuk mendapatkannya.

Nerd guy kelihatan terpinga-pinga, dia memandang wajah aku dengan riak keliru sebelum mengeluh kecil. Dia berdiri dari bangku itu membuatkan aku melangkah satu langkah ke belakang untuk adakan sedikit jarak antara kami. Melihat dia lebih tinggi sepuluh inci daripada aku membuatkan aku lagi yakin untuk mendapatkan dia.

Tall guy... exactly my type!

Dia mencapai novelnya yang masih aku pegang itu dengan pantas, aku tersenyum saja pada dia. Matanya bertemu aku dengan tajam.

"Aku kenal kau siapa. Talita Adisty, troublemaker dekat kolej ni. Kalau kau fikir kau boleh mainkan aku, you're wrong. Lupakan semua rancangan bodoh kau tu. Aku tak berminat dengan kau," balasnya dengan tegas, aku suka melihat dia jujur tapi tak bermaksud itu tidak menyakitkan hati. It hurts like a bitch.

'Aku tak berminat dengan kau.'

Siapa saja yang berani cakap macam itu pada aku? Only Qaiser Iman. Disebabkan aku suka dia, I'll let it go this time.

JEJAKA NERD [ONHOLD]Where stories live. Discover now