DERINGAN bingit dari telefonnya menganggu tidurnya yang lena. Tangan mengapai-gapai mencari keberadaan telefon bimbitnya itu. Setelah puas mencari , akhirnya telefon tersebut dijumpai sebelum dirinya menekan punat menjawab panggilan.
"Kau nak apa pagi-pagi kacau aku?" Soal Arwa tidak melihat ke arah pemanggil.
"Aku ada dekat bawah , cepat bersiap." Ujar si dia yang berada di dalam talian. Arwa mendengus kasar mendengar percakapan lelaki itu.
"Ish, ya la. Bagi aku bersiap dulu."
"Lima minit" Laju sahaja Arwa memutuskan panggilan tersebut. Dia segera bingkas dari tempat tidurnya lalu bergerak masuk ke bilik air dengan langkah yang longlai.
"MAMA tak percaya kamu mahu membantu mama dalam projek ni nanti." Ujar Puan Aylee sebaik sahaja matanya menangkap figura anaknya yang menjejak kakinya ke dalam pejabat sebaik sahaja dia dimaklumkan bahawa anaknya itu bersetuju untuk membantunya.
Lucien hanya diam sebelum dia menghenyakkan punggungnya di kerusi yang terdapat di meja kerja ibunya. Matanya mencerlung tajam wajah ibunya yang berada di hadapan. Puan Aylee yang melihat pandangan tersebut mengalihkan pandangannya dari terus memandang mata tersebut.
Jelas kelihatan tiada kemesraaan dan kelembutan di anak mata itu. Dia mengukir senyuman tawar.
"Bila projek berlangsung?" Soal Lucien dingin.
"Minggu depan. Tapi, kamu akan pergi bersendirian bersama Wiliam bukan dengan mama." Jawab Puan Aylee dengan nada tegas kelembutan. Lucien yang mendengar memandang hairan ibunya.
"Mama ada kerja di China. Jadi , mama tugaskan kamu untuk gantikan mama. Boleh?" Pinta Puan Aylee lembut. Lucien hanya mendengung sebelum dia bangkit dari tempat duduknya. Puan Aylee hanya tersenyum kosong memandang bayangan Lucien yang kian menghilang.
Frame gambar yang terletak elok di atas meja diambil sebelum dibawa bersama ke arah sofa yang terletak di bersebelahan pintu masuk pejabatnya. Wajah yang tersenyum polos diamati sebelum keluhan perlahan kedengaran.
"Adik kamu bukan macam dulu , Rya. Mama rindukan dia yang dulu." Ujar Puan Aylee bersama suaranya yang seperti menahan tangisannya dari pecah.
Jujur dirinya rindu akan perlakuan Lucien yang manja bersamanya. Bukan seperti sekarang seperti ingin menjarakkan diri dari dirinya.
Tanpa disedarinya , Lucien ralit memerhati ibunya yang sedang menatap gambar kakaknya. Wajahnya mengukir senyuman tawar.
Telefon yang berada di poket seluar diambil sebelum skrin telefonnya terpampang wajah kakaknya. Wajah yang sentiasa dirindukan setiap detik yang berlalu.
"Maafkan Lucien,kakak" ujarnya sayu sebelum dia beredar dari situ. Niatnya yang ingin menanyakan sesuatu terbantut begitu sahaja.
"KAU suruh aku bangun pagi semata-mata untuk benda ni?!" Marah Arwa. Manakan tidak dia kelam-kabut apabila Daniel memberinya hanya masa lima minit untuk bersiap. Daniel hanya menayangkan wajah tidak bersalah.
"Aku lapar , tak ada orang nak teman. Kau ikut je la. Banyak pula mulut dia ni seorang."
"Kau ajak la Alisya , kenapa mesti aku?" Soal Arwa tidak puas hati kerana tidurnya diganggu hanya untuk menemani lelaki disebelahnya sarapan. Malah, wajah selamba Daniel sedikit sebanyak menyimbah minyak ke atas api yang kian marak di hatinya.
"Alisya pergi cari kerja. Kau kan cuti, aku ajak je la." balas Daniel selamba. Arwa yang mendengar berasa ingin mencekik Daniel hingga tiada udara untuk bernafas. Matanya melirik Daniel yang menikmati makanannya tanpa perasaan bersalah.
YOU ARE READING
Beautiful Mistake
Romance"Tak ada tempat lain ke aku nak jumpa kau aje?" Pertemuan yang agak clinche , namun itu lah yang berlaku apabila dua insan yang berbeza latar belakang bertemu mengakibatkan dunia mulai tidak aman seperti selalu. Apabila dirasakan hidup tidak aman...