[✨Special Chapter✨] 11/2/23

20 4 2
                                    

[Chapter ni semua cast guna umur asal diorang]

[Di sebuah bilik latihan bangunan HYBE]

"Ok latihan kita tamat sini. Korang boleh balik ke rumah korang-- ye Junhui?" soal pelatih Lee tatkala melihat Junhui mengangkat tangannya.

"Kalau kitorang nak balik dorm boleh?" soal Junhui.

"Haah. Kitorang rasa nak balik dorm dari balik rumah. Lagipun dorm kitorang 25 minit dari sini" sokong Minghao.

Pelatih Lee hanya mengangguk manakala ahli svt yang lain bersorak gembira.

Masing-masing mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke dorm.

Baru setapak Chan mahu keluar dia dihalang oleh Seungkwan di depan pintu bilik latihan.

"Hyung dah kenapa duk berdiri depan pintu ni? Takde hobi lain ke?" soal Chan manakala Seungkwan tersedak mendengar soalan dari sang maknae.

Sukati je cakap hobi dia berdiri depan pintu.

"Bukan lah. Kau tolong tutup lampu bilik ni. Lepastu, kau pergi kat cafeteria bawah belikan aku air. Kau tau kan air apa?"

"Lah tu je ke? Lagi satu, kenapa tak suruh Hansol hyung tolong belikan air untuk hyung?" soal Chan sambil mengambil duit yang dibagi oleh Seungkwan.

"Si saleh tu mana boleh harap. Lagipun dia awal lagi dah lari. Tetau je aku nak suruh dia beli air" bebel Seungkwan manakala Chan menutup lampu bilik latihan tersebut lalu menutup pintu tersebut.

Chan terus pergi ke cafeteria seusai sahaja lif berhenti di tingkat paling bawah. Seungkwan pulak awal lagi lari masuk kereta.

"Nak ice americano satu. Terima kasih" ujar Chan kepada acik kantin-- eh salah. Acik cafeteria.

Selesai membayar harga air tersebut, Chan terus pergi ke parking lot dengan tangan memegang ice americano milik Seungkwan.

Sesampai sahaja di parking lot, telefonnya berdering menandakan ada orang telefon.

"Siapa pulak call ni?" dia terus memandang ke arah gerangan yang menelefonnya.

"Lahh manager rupanya" dia menekan punat berwarna hijau.

"Yeobuseyo?"

//Nasib baiklah kamu angkat telefon chan//

"Kenapa suara hyung cemas semacam ni? Isteri hyung halau hyung ke?"

Sang manager yang berada di talian hanya mampu bersabar di dalam hati mendengar soalan dari sang maknae.

//Bukan tu lah!! Ni pasal member seventeen kamu!!//

"Kenapa dengan diorang? Diorang sorok spender Hello Kitty hyung ke?"

Sekali lagi sang manager hanya mampu bersabar di dalam hati.

//Bukan!!! Diorang kena culik!!!//

"MWO?!" terbuntang luas mata Chan tatkala mendengar berita tersebut.
Siapa pulak yang nak culik member yang serupa monyet perangai nya tu?

//Penculik tu ada bagi alamat kat hyung. Nanti hyung bagi alamat tu//

Seventeen In Action!! [TXT ft. SVT] [Discontinued]Where stories live. Discover now