Masa depan

58 0 0
                                    

Syamil, Nil dan Zira adalah kawan rapat sejak mereka di Tingkatan 1. Seorang lelaki dan dua orang perempuan. Persahabatan mereka sudah masuk 5 tahun dan tahun ini adalah tahun terakhir mereka menjadi budak sekolah. Mereka ada 286 hari lagi untuk menduduki SPM pada tahun ini. Mereka bertiga membualkan tentang masa depan masing-masing ketika dalam perjalanan ke kantin sekolah.

Syamil: "lepas SPM, korang nak gi mana?"

Nil: "Aku nak gi oversea sana."

Syamil: "Peh, best do."

Nil: "Aku boring lah duk Malaysia. Dah lah panas. Hitam dah kulit aku. Aku nak gi sana nak tenangkan fikiran gituw"

Zira: "Aku nak sambung kat UM. Korang tau kan aku dah lama nak jadi doktor. Tapi tu lah aku dah try mohon tapi tak sampai-sampai pun."

Syamil: "Halah, ada lah tu. Tau-tau surat dah sampai eh. Rezeki mane pernah salah alamat."

Syamil termenung seketika kerana dia tidak mempunyai masa depan seperti sahabatnya.

Zira: "asal tetibe kau diam?"

Syamil: "entah lah aku takde mase depan cam korang. Aku tak tau nk gi mane. Terus-terang aku cakap, aku takde haluan. Aku reda je apa yang tuhan nak bagi kat aku."

Syamil: *buat muka merajuk

Zira: "Reda konon. Tak payah lah buat muka macam tu. Muke cam beruk dok"

Syamil: "kuang ajor eh. Tengok ni Nil"

Zira: "Dah-dah, sape dapat kejar aku gi kantin, aku belanja makan."

Syamil dan Nil kejar-mengejar kerana mereka pantang dengar Zira belanja makan.

SahabatWhere stories live. Discover now