1

1 0 0
                                    

Orang kata jadi seorang kpop idol tu susah. Pada mulanya aku tak percaya sebab yang aku lihat hanya kejayaan selepas bersusah payah. Dan pengalaman susah payah  sedang aku lalui sekarang.

Aku Miyu san. Bukan nama sebenar , itu nama diberi sebab tak lama lagi aku akan debut dibawah SM entertainment jadi aku perlukan stage name untuk memperkenalkan diri kepada dunia. Aku akan menjadi kpop idol wanita pertama yang berasal dari Malaysia dan aku cukup bangga kerana aku tahu tidak mudah untuk aku sampai ketahap ini. Aku akan debut secara solo kerana itu adalah kemahuan aku sendiri. Bukan kerana aku tamak mahu popular sendiri tetapi kerana aku tahu tidak mudah untuk bertahan secara berkumpulan.
Aku tahu menjadi soloist juga tidak mudah tapi aku akan cuba.

Hari ini aku perlu menghadiri kelas vocal , jadi aku awal - awal pagi lagi sudah terpacak di dalam sm entertainment. Kalau korang tanya aku , pernah tak terserempak dengan artis - artis lain? semestinya pernah dan selalu tapi aku dah biasa dah jadi macam tak heran sangat lah , dorang pun bukan pandang aku.

Aku melangkah masuk ke bilik recording. Cikgu aku sudah menunggu di dalam tapi yang anehnya hari ini ada seseorang di sebelah cikgu aku. Lee jeno dari nct. Dia sedang ralit bermain telefon , aku pun buat tak tahu saja lah.

" Miyu awak boleh masuk dulu ye , saya nak tengok awak punya vocal improvement tapi sebelum tu boleh warm up dulu " Cikgu kim memberi arahan sebelum dibalas anggukan oleh aku.

Aku melakukan sedikit warm up sebelum menyanyikan lagu dari Taeyeon sunbaenim.

" Saya rasa vocal awak memang ada improvement , bagus miyu. Hari ni last kelas kita bersama lepas ni awak akan bertemu dengan saya sebagai miyu san bukan trainee saya lagi. Saya harap awak lebih maju jaya ya miyu di masa hadapan " Cikgu Kim memeluk erat diri aku. Aku membalas pelukan Cikgu Kim sambil mulut tidak berhenti mengucapkan terima kasih kerana sudi mengajar aku selama 3 tahun menjadi traineenya.

" Cikgu Kim saya balik dulu ya " Aku meleraikan pelukan dan meminta diri.

Setapak aku melangkah keluar dari bilik itu , nama aku kembali dipanggil.

" Miyu ! "

Aku berpaling ke arah suara garau itu. Lee jeno yang memanggil aku.

" Miyu? nama awak Miyu kan? ini keychain awak? tertinggal dekat bilik recording , nasib sempat kejar hehe " Jeno menghulurkan aku seutas keychain kayu berukir ke arah aku.

Aku mengambilnya perlahan tanpa membalas senyuman. Bukan aku tidak tahu betapa popular nya lee jeno ini. Kalau aku balas senyuman dia , tak fasal - fasal aku dah popular dulu sebelum debut sebab kena skandal.

" Terima kasih " bagi mengelakkan mata - mata paparazzi melihat kami berdua - duaan aku terlebih dulu menjauhkan kaki dari tempat ini.

Sejak mahu debut ini makin banyak pula ujian aku.

Aku segera mengenakan topi dan topeng muka sebelum keluar dari sm entertainment untuk pulang ke rumah.

Aku melangkah masuk ke kereta yang di pandu oleh bakal manager aku.

Aplikasi Instagram aku buka. Beberapa artikel aku baca.

! SM ENTERTAINMENT AKAN MENDEBUTKAN SEORANG SOLOIST DALAM MASA TERDEKAT !

! KEMBAR BOA ? SM ENTERTAINMENT AKAN MENGEMPARKAN DUNIA KPOP DENGAN SEORANG SOLOIST DARI MALAYSIA !

! KPOP IDOL DARI MALAYSIA? !

Wah tak sangka secepat ini media tahu tentang aku.

" Miyu san " Cik Jang atau manager aku memanggil nama aku.

" Ya " Aku menyahut.

" Esok awak ada jadual sign contract je dengan sm entertainment , lepas itu dah tiada. Awak ada nak pergi mana - mana tak? sebab esok last awak jadi orang biasa , lepas ini mungkin tak berapa senang nak keluar tanpa pakai mask hehe. " Cik jang berkata penuh professional.

Ada betulnya juga tu. " boleh je Cik Jang asalkan awak rajin nak bawa saya " senyum aku.

Cik jang hanya ketawa kecil mendengar jawapan aku.

" Memang kerja saya miyu "

Aku hanya tertawa kecil.

tbc.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Relationshit Where stories live. Discover now