-1-

16 0 0
                                    

"Find you here finally!It's hard to find you these days.Ape kau buat kat sini??"

"As you see,writing a novel.I need to be alone to get this done ASAP,so that's why i ran away from people.Taknak ade gangguan."

Balas Emylia.Tekun selama berbulan dia menulis cerita dirinya serta seorang figura yang tidak pernah mahu ingatannya lepaskan.

"Kau masih tunggu dia?",tanya Feliza.

"Masih."

Ringkas jawapannya.Mana mungkin dia bohongi lagi.Sudah beberapa tahun berlalu,jawapan "masih" dan "tunggu lagi" kekal di bibirnya setiap kali persoalan itu berulang.

"Kau sambung belajar sini sebab dia kan?Sebab kat sini la korang kenal kan?Ape yang special sangat lelaki tu sampai kau tunggu je?"

Bertubi soalan Feliza berikan.Emylia hanya memandang Feliza,dan sebuah senyuman dilemparkan..Kemudian dia kembali memandang matahari yang perlahan-lahan tergelincir.

"Dia bukan lelaki pertama yang aku kenal,bukan lelaki pertama yang aku jatuh cinta,bukan lelaki pertama yang tahu kisah hidup aku.Tapi..dia lelaki pertama yang aku sebut sebagai 'rumah'.Rumah selesa yang selalu terima aku untuk kembali sebelum semuanya berubah sebabkan aku sendiri."

Feliza merenung Emylia.Ingin dia mengerti setiap sudut pandangan Emylia terhadap figura lelaki itu.Figura yang terlalu 'simple' perwatakannya dan tiada istimewanya pada dia,tetapi tidak pada Emylia.Figura bernama Emir Darish menjadi tanda tanya Feliza tentang impak yang dia tinggalkan terhadap diri Irina Emylia.

Matahari perlahan lenyap mengelinciri langit,senja menyusul mengundurkan diri dan malam mula menerpa kanvas luas langit bersama bulan berserta ribuan bintang yang sedia menerangi.

"Dah jom,tak kan kita nak berkhemah kat sini...",Emylia bersuara.

Feliza memandang dan menunjukkan isyarat tangan 'okay'.Mereka berdua bangun dari bangku taman itu,ingin pulang ke bilik.

Mereka berjalan perlahan menuju ke bilik yang terletak selang beberapa blok bangunan jauhnya dari mereka.Emylia melirik Feliza,terlihat Feliza seperti masih lagi bingung.

"Kau kenape?Semacam je since dekat bangku kita duduk tadi."

"HAHAH takde ape.Aku just terfikir pasal kau dengan Emir tu..Hebatlah Emir tu,dia boleh buat seorang Irina Emylia ingat dekat lagi dekat dia,tunggu dia..Setia betul kau kat dia.",balas Feliza sambil tersengih.

Emylia menarik nafas.Tidak sempat Emylia mahu berkata-kata,Feliza menyambung lagi,

"Kau tak pernah cerita detail pasal dia dekat aku..aku tahu nama dia Emir Darish,kau kenal dia kat sini,and dia orang yang kau jumpe berapa tahun lepas kat sini waktu Form5."

"Aku nak cerita,tapi aku takut aku nangis.Cara kitaorang berpisah pun disebabkan tindakan aku.Salah aku,Za..Sekarang,aku tak dengar khabar dari dia dah pun.Mungkin dah bahagia."

Ketika itu,mereka melalui blok bangunan yang beberapa tahunnya dulu,Emylia pernah sering tersesat disitu.

Sering kali tersesat.Sering.Kali.

Muncul di kotak fikiran Emylia tentang bayangan Emir.Bayangan Emir menemaninya pulang ke blok bangunan itu.Bayangan Emir selalu muncul mengiringinya pergi dan pulang,bersama gelak tawa.

"Lepas ni,aku akan sentiasa amik dan hantar kau.Tak lah kau sesat dah,mungkin sebab kau takut.Apa apa,chat aku..Kau tak kan sesat dengan aku."

Suara Emir,gelak tawa Emir,usikan Emir menerpa ingatannya.

"Za..Blok ni la dulu,dia selalu hantar ambik aku..Waktu programme dulu tu,bilik aku kat blok ni..Aku selalu sesat kat sini,sebab confuse."

Sekali lagi layar ingatannya tentang Emir muncul.

"Kau tunggu situ,nanti aku datang..Jangan pegi memane..Tunggu,aku on the way."

Blok bangunan ini,laluan ini,tempat ini,menjadi saksi pertemuan Irina Emylia dengan figura hebat bernama Emir Darish.

THE FATE.Where stories live. Discover now