-2-

9 0 0
                                    

Beberapa tahun lalu,

"Eish jom la Hayla teman aku join programme tu..Nama kau kan ade sekali..Jom la..",rayu Emylia.

"Aku tak boleh pergi la,ade hal hari tu.Lagi pun ibu ayah aku tak bagi,risau kate nye."

Sudah hampir 2 hari Emylia memujuk Hayla untuk pergi bersama ke program pendedahan kemasukan itu.

"Tak kan aku kene sorang sorang dekat sane...Dah lah student sama batch kita ni tak sporting..Lepas tu sape je suke aku ni.",rengek Emylia.

Timbul rasa kasihan di hati Hayla.Dia juga mahu menyertai program tersebut,tetapi ibu dan ayahnya lebih memerlukannya di rumah,membantu apa yang termampu.

"Wei,berangan ape?Ingat sape tuu?"

Tersentak Hayla dari lamunannya.

"Sorry do,tak dapat teman kau.Mintak maaf sesangat."

"Tak pelah,aku faham..Kau pun ade tanggungjawab..Aku redah jela pegi tanpa kau,yang pasti nanti seat dalam bas sebelah aku tu mesti kosong!"

Sayu Hayla memandang Emylia.Yelah,ini adalah tahun terakhir dia dan Emylia ini berkongsi momen bersama sebelum keduanya berpisah demi masa depan.Dia ada jalan berbeza yang dia harus tempuh,Emylia juga begitu.Kemungkinan untuk bersua setelah tamat sekolah mungkin lebih berat dek komitmen kehidupan masing-masing.

KRINGG!

Loceng koridor itu berbunyi nyaring menandakan sudah tamat 30minit waktu rehat mereka.

"Wei Hayla,aku pegi dulu lah..Ni borang programme ni,aku tak hantar lagi kat ustazah..Last hantar dah la hari ni..Lari lu,babai!"

Bayangan Emylia perlahan hilang dari pandangan Hayla.

~Bilik guru.

"Ustazah,ni borang tu..Maaf hantar lambat,saya baru terperasan hari ni last date dia."

"Okay Emy,terima kasih."

"Ustazah,saya nak tanye sikit..Ramai ke pegi programme tu?"

"Ade lah dalam 70 orang yang dijangka pegi,tapi yang dah hantar borang baru 62 je.."

Emylia hanya mengangguk..62 orang..Ramai juga tu,dia sangkakan hanya sebilangan sahaja yang bakal hadiri.Selalu program macam ni,pelajar tak rajin nak sertai.

"Saya mintak diri dulu lah,Ustazah."

Ustazah Ros hanya senyum dan mengangguk.Emylia pun menapak undur,membawa diri pulang ke kelas.

•Hari Bertolak

"Pelajar,sila beratur ye.Saya nak kira cukup ke tak sebelum kita naik bas dan bertolak..Siapa rasa kawan dia tak datang lagi,tolong inform saya",suara Cikgu Izzati bergema memecahkan keheningan suasana itu.

Rombongan pelajar itu beratur membentuk barisan panjang.Macam-macam gelagat pelajar satu 'batch' diperhatikan oleh Emylia.

"Fuh,excited betul semua..Ini pegi sebab nak dapat pengalaman baru ke pegi sebab nak usya student sekolah lain or abang uni ni."

Tika itu,seseorang mencuit bahunya dan dia menoleh kebelakang.

"Emyyy!Kau join jugak ye..aku ingat kau tak join sebab yelah Hayla tak pegi kan..",sapa orang itu.

"Oh lah Tia.Ha aku join sebab macam fun je,aku ingat nak cancel memula sebab Hayla tak pegi..Tapi aku pegi jugak sebab fikir ni la last memories as Form5..",selamba Emylia menjawab.

"Gitu ke..Ade betul cakap kau,sebab boleh create memory kan..Rugi kalau tak join,pastu dah lah free and time ni la kita nak kenal kawan kawan satu batch pun."

Tidak sempat mereka menyambung perbualan,mereka dikelilingi rombongan pelajar yang bersiap sedia ingin bertolak itu,suara Cikgu Izzati telah kedengaran serius memberikan taklimat.

Taklimat selesai,seorang demi seorang pelajar menaiki bas yang disediakan.

"Aku memang agak nanti dalam bas,seat sebelah aku kosong..Takpelah,kita kene manfaatkan peluang ni hehe.."

Emylia naik dan mencari tempat yang masih berbaki di dalam perut bas itu.Dia memilih kerusi dibahagian tengah perut bas,sebaris kerusi pemandu bas.Iya,dia sudah terbiasa disebelah kanan,tingkap disebelah kanan sering menjadi pilihannya untuk melabuhkan diri.

Semua kerusi didalam bas itu dipenuhi.Tepat seperti sangkaan Emylia,kerusi disebelahnya kosong tidak diduduki..Apa lagi,dia pun memanfaatkan kerusi itu untuk meletakkan barangannya.



THE FATE.Where stories live. Discover now