Emylia mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu,berpura pura melihat sekeliling.Dia menarik nafas dalam kemudian menghembuskannya.
"Fuh!Apahal mamat tu renung aku gitu?Dia heran ke apahal aku macam tak betul je..Masalahnya,tajam dia renung,makin gelabah la aku..Naseb boleh control."
Dia memandang sekelilingnya.Faktor kumpulan itu ditempatkan untuk duduk dalam bulatan,memudahkan dia melihat seorang demi seorang dalam kumpulan itu.Ada yang tersenyum kepadanya,ada yang memandangnya serba tidak kena.Apa dia yang mampu berikan,hanyalah sebuah senyuman kekok.
Setelah meneliti seorang demi seorang,pandangan Emylia terhenti pada lelaki tadi yang sedang menoleh ke sekerumunan pelajar yang sedang 'syok' bergurau senda.Pandangan Emylia betul betul terhenti seketika terhadap lelaki itu.Cuba dia ratapi wajah itu.
"Not bad.Bila buat muke biase boleh tahan lah..Tapi bile tengok orang,dia punye renung macam orang tu ade buat salah...",gumam Emylia.
Sedang asyik Emylia merenung,lelaki itu menoleh kembali kehadapan,tepat memandangnya.Gelabah biru Emylia ketika itu,laju dia menoleh ke tempat lain.
"Tadi aku rasa macam ade orang tengah tengok aku,tapi bile toleh takde pulak..Perasaan je kot.",hati Emir bermonolog.
Emir membetulkan posisi duduknya.Dari posisi bersila kepada posisi memeluk kakinya.Lenguh..Sudah mahu 15minit mereka begitu.Tiada lagi arahan aktiviti seterusnya yang diberikan oleh fasilitator.
"Ape ek nama perempuan pakai spek tu?Aku harap kalau pecah kumpulan lepas ni,buat kumpulan baru,aku nak dengan dia.Ade chance aku nak kenal kenal..."
Emylia menunduk memandang lantai.Tidak dapat dinafikan,dia hampir tertidur kerana terlalu bosan.
"Diaorang tengah buat ape,sampai lambat sangat nak start aktiviti baru.Aku ngantuk gile ni."
Kedengaran mic seperti di ketuk tanda fasilitator mahu mengumumkan sesuatu.
"Assalamualaikum dan selamat petang.Maaf sebab adik adik terpksa duduk lama tadi,mic problem so abang tak boleh nak announce ape ape..Okay!Sekarang sebenarnya baru kita akan pecahkan adik adik semua dan kumpulkan dalam kumpulan yang berkemungkinan kekal sampai hari terakhir semua disini."
"Aduh buat kumpulan baru ke leceh lah.",rungut Emir.
"Tadi sebelum adik adik semua datang dewan ni,rasanya Kak Hayda atau pun Akak Fina dah bagi tag nama..Setiap tag nama adik adik pakai tu,ade tulis nomborkan..Nombor tu yang akan tentukan adik kumpulan mane."
Emylia memandang tag nama yang dia pinkan di tudungnya.
"Nombor 15.Harap dapat teammate yang sporting."
Tag nama di tangan,Emir melihat tanpa rasa minat.
"Humph..Nombor 15.Pecah kumpulan lagi astu ni sampai final day pulak.Boleh lah,kalau ade member rapat yang sama,memang cun."
Emir memandang perempuan berkaca mata yang jaraknya tidak jauh 5meter darinya.
"Agak agak budak tu dapat nombor berapa eh.Kalau sama,baguslah.Memang chance aku lah ni."
Seraya hati Emir bertutur,pandangan dia serta perempuan itu bertentang.Tidak kejap,tidak lama.Tetapi ia bertentang,bertentang tanpa berkelip.
Laju Emylia menundukkan wajahnya ke lantai.
"Macam mane pulak boleh ter eye contact ni?!!Dia memang tenung aku ke?Ya Allah,yang aku pun pegi tengok dia tu ape pasal,kan dah macam ni.."
Hati Emylia menjerit,menjerit malu.Terus dipejam matanya menunduk lantai dalam keadaan wajah merah padam.
"Tch,comel...Macam kucing."
"Rasanya semua dah tengok nombor dekat tag nama tu,dan dah tahu kumpulan nombor berapa.Boleh lah bergerak sekarang",fasilitator lelaki bernama Afiq itu memberikan arahan.
Semua pelajar daripada berlainan sekolah itu,mula bergerak mencari kumpulan masing masing.
"Harap aku kumpulan dengan perempuan tu."
Pergerakan pelajar semakin perlahan kerana ada yang sudah menemui kumpulan serta ahlinya.Dikala itu,Emylia masih tercari cari akan kumpulannya,begitu juga Emir.Mereka berselisih antara satu sama lain,tetapi tiada seorang diantara mereka menyedari perselisihan itu.
"Kenape aku berdebar semacam ni?"
Emir terhenti daripada pergerakannya dan memegang dadanya.Laju ia berdegup,tanpa sebuah alasan yang jelas.
Emylia telah menemui kumpulannya.
"Urm hai?Ni kumpulan 15 kan?"
"Ha ye ye,kumpulan 15..Dapat nombor 15 jugak ke?",seorang lelaki dari sekolah lain yang sedang bersila di lantai,bertanya kepadanya.
Emylia hanya mengangguk.Pada masa yang sama,Emylia merasakan seperti ada sosok tubuh yang sedang berdiri dibelakangnya.Dia cuba menoleh.
"Wei,Emir.Kau berdiri belakang budak tu lepastu tak bergerak apahal?",sapaan serta soalan diajukan oleh lelaki yang sedang bersila di lantai tadi.
"Emir?"
YOU ARE READING
THE FATE.
Short Story"He showed me life.I know it sounds dumb and childish,but he showed me how's life is,reasons why we need to survive and he's the goal that I wanna reach." - Irina Emylia. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Aku dan dia,kami dan juga kenangan.Kelakar kalau ak...