CHAPTER 2˚➶ ⋆

1.7K 92 1
                                    

     Selepas hampir 30 minit perjalanan dari airport ke rumah, kelihatan sebuah kereta berjenama bugatti yang berwarna hitam memasuki perkarangan mansion yang gah dan luas itu.

Setelah Pak Amin berhentikan kereta di depan mansion itu, dia memusingkan badan ke arah pintu kereta di bahagian belakang untuk dibuka. Belum sempat dia membuka, laju sahaja Arbelle membuka pintu kereta itu terlebih dahulu sebelum Pak Amin sempat melakukannya.

Arbelle menghempas kuat pintu itu menyebabkan Pak Amin dengan tidak sengaja melatah.

" Opocot kau shrek spek mata besar! " Astaghfirullahalazim! terus sahaja dia beristighfar. Haish, anak majikan dia ni pun satu tak sabar-sabar hendak berjumpa dengan orang yang dia rindu itu.

" MUMMY! ANAK MU YANG TERCANTIK LAGI CANTIK DARIPADA TUJUH BIDADARI DAH BALIK! " bergema suara Arbelle di dalam mansion yang besar itu dek rindu yang menguasainya.

" MUMMY OO MUMMY! "

" YE MUMMY KAT DAPUR NI! " Datin Daniella juga menjerit dari dalam dapur supaya Arbelle dapat menjumpainya di mana dia berada. Apabila Arbelle menjumpai sang ibu tercinta,laju sahaja kedua-dua belah kaki panjang Arbelle berlari menuju ke dapur.

" Aww, rindunya mummy! " Arbelle memeluk erat tubuh wanita yang sudah berusia itu dari belakang secara tiba-tiba.

" Ish terkejut mummy tau! " ujar Datin Daniella apabila disergah sebegitu. Hampir sahaja buah strawberry untuk dihiaskan pada kek terlepas dari tangan.

" Hehehehe, mummy tak rindu Belle ke ? " tanya Arbelle dengan nada manjanya.

" Mestilah mummy rindu anak manja mummy yang sorang ni! " apa yang tak rindukannya. Arbelle hanya lah satu-satu nya permata berharga yang dia dan Dato' Isyraf miliki. Dulu dia pernah mengandungkan adik lelaki Arbelle semasa Arbelle berumur 5 tahun namun dia mengalami keguguran oleh kerana kecuaiannya sendiri.

Melebar senyuman Arbelle ketika mummy nya berkata sedemikian.

" Erm mummy tengah buat apa tu? " tanya nya. Saja ingin tahu.

" Mummy tengah hias cake ni. Nanti malam ada orang nak datang tau! "

" Sape pulak nak datang ni ? " tanya Arbelle dengan nada yang mengjengkelkan. Arbelle tidak suka kalau orang datang ke rumahnya kerana nanti dia pasti kena acah ayu. Maklumlah dia ni terlebih diva.

HA HA HA HA.

ayu.

" Bukan sape-sape pun, cuma kawan baik mummy nak datang nanti. " teruja pula dia apabila kawannya tadi menelefon dirinya bahawa ingin datang ke rumah pada malam hari ini. Kebetulan hari ini anaknya yang satu itu juga balik ke rumah.

" Oh. I see. "

' kawan mummy yang mana satu eh? Mummy dah lah ramai kawan ' tanya Arbelle dalam hatinya.

" Mummy ada masak ikan siakap stim halia, favourite Belle kan? " serentak itu Datin Daniella menaikkan sebelah keningnya.

" AWH yesh mummy, thank you hehehe " Arbelle mengangkat jarinya lalu membuat gaya peace.

" ye lah.. Bibik Wati ada simpan brownies dalam peti. Sebelum makan tu, makan nasi dulu. Belle lapar kan? "

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now