Perjalanan

3 0 0
                                    

Langit tak selamanya cerah
Awan tak selamanya kelabu..

Air akan pasang diwaktu pagi
Dah air akan surut diwaktu petang..

Hidupku juga begitu..penuh dengan pancaroba dunia..

Suka duka telah ku rasakan. Hitam putih juga sudah menjadi pewarna hidupku..

Ku temui versi diriku yang kini jauh lebih dewasa tapi penuh dengan luka..

Dulu..
Sewaktu kecil, ku ingin cepat tumbuh dewasa..
Ku ingin cepat menggalas tanggungjawabku..
Aku tidak mahu lagi menjadi beban keluarga.

Namun kini, baru ku mengerti dan ku fahami erti dewasa dan prosesnya itu jauh lebih sulit dari apa yang aku fikirkan.

Itulah yang aku jalani saat ini..
Sesuai berjalannya waktu,aku sudah menginjak dewasa tanpa aku sedari..

Dulu dan kini hanyalah  perbezaan waktu dimana aku sedang berusaha untuk menuju ke destinasi yang aku sendiri belum pasti dimanakah pengakhirannya.

Walau aku takut untuk berhadapan dengan realiti..
Aku masih lagi takut  jika aku tidak mampu lagi bangun dan akan menyesalinya sebelum semuanya bermula..

Namun, Aku percaya disetiap detik dan liku-liku perjalanan yang aku tempuh ada Sang Pencipta yang sentiasa melihatku dan menjaga ku dari setiap sisi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Healing QuotesWhere stories live. Discover now