Hai Korang ! Aku saje nak share story aku yang tak berapa nak menarik. Nama aku Nurul Andra Syafikah Bt Noah Razak. Sedapkan nama aku? Takde la nama bapak aku lagi sedap Noah Razak Bin Nicholas Mikael. Ala- ala mat saleh kan. Tapi hakikatnya Atok aku je mat saleh. Okay, aku start story hehe.
New Year 2011,
Genap hari ini aku berusia 18 tahun, korang boleh agak aku nak gi dating ngan kekasih hati aku. Hehe pandai korang. Of course aku nak celebrate dengan kekasih aku . Aku sudah lama bercinta dengan dia
since zaman aku form 4 lagi. Aku bersiap secantik mungkin untuk menampakkan diri aku cantik depan kekasih aku.'Cantiknya anak Encik Noah dengan Puan Adriana ni,' aku memuji diriku dihadapan cermin besarku. 'Wah, cantiknya anak daddy ni,' Bapaku masuk memeluk aku. Aku tak kesah kerana aku adalah anak kesayangan mereka. Mengapa mereka sayang aku? Sebab aku takde adik beradik AHAHAHAHA. Daddy aku melepaskan pelukkannya. Aku manja sangat dengan daddy aku sebab dia always ada disisi aku. Dari aku pindah Malaysia lagi sebenarnya. Aku pernah sekolah di United State ye. Tapi aku sedih sebab aku terpaksa berjauhan dengan Mummy aku. Mummy aku bekerja sebagai Guru Bahasa di Sekolah Menegah. Daddy aku pula bekerja sebagai doktor di sebuah Hospital di USA selama beberapa tahun. Aku membesar dengan datuk dan nenek aku di US. Aku kiranya Wasian la. After a few years, surat pertukaran daddy aku disahkan oleh Pihak Berkuasa untuk pindah ke Malaysia. Agak penat ye ulang alik dari US ke Malaysia. Okay stop kat sini nanti aku ada masa aku cerita lagi.
'Baby, nak pergi keluar ngan Yabil ke?' mummy aku berkata yang berada dihadapan pintu bilik aku. 'Haah mummy, dia ajak keluar katanya ada something nak bagitahu baby,' kataku sambil tersenyum ceria. 'Hati-hati drive kereta, kalau ada apa-apa call mummy and daddy terus tau,' kata Mummyku semasa kami menuju ke pintu utama. 'Aip aip captain,' balasku sebelum menyumbat badanku di seat pemandu. Kereta Axia aku yang aku pandu keluar dari pekarangan rumah menuju ke lokasi yang diberikan oleh kekasih aku melalui aplikasi Whatsapp.
Di Gula Cakery,
Aku menuju ke masuk ke dalam cafe tersebut. Mataku mula bertakung apabila melihat adegan di hadapan mataku. Kekasih aku sedang berciuman dengan kawan baik aku sendiri. Aku kuatkan diri aku mengeluarkan iphone X aku untuk merakam adegan tersebut. At lease, aku boleh buktikan yang Yabil Arshad Bin Dato' Wahid sedang curang bersama kawan baikku bernama Afikah Nadia.
Selesai aku merakam, aku bergerak menuju ke table tersebut. Aku kesat air mata aku sebelum orang perasan aku menangis malu siaaaa...
'Hebat kau punya permainan ye Yabil Arsyad, boleh curang dengan kawan baik kekasih sendiri,' kataku menahan air mataku daripada tumpah. ' Love, I can explain,' kata Yabil. 'Kau nak explain apa lagi Yabil, aku dah nampak semuanya,' kataku masih mengawal nada aku daripada daripada keluar kata-kata kesat. Depan manusia macam ni tak boleh tunjuk muka sangat kang kena pijak je selalu.
'And kau perempuan, aku bodoh sangat dapat kawan macam kau, aku menyesal ada kawan spesis talam macam kau ni,' sambungku dalam nada yang kesal. 'Love, jangan macam ni malu dekat orang,' kata Yabil untuk meredakan aku. Apa aku kesah siapa suruh curang dengan aku. 'Asal malu ke? curang depan public tak malu,' bidasku membuat dia menahan amarah.
'Hye babe, you tengah cari publisiti murahan ke?' tuju Afikah Nadia kepadaku dengan nada tergedik-gedik sebelum memeluk lengan boyfriend aku. 'At lease, aku tak murah macam kau,' bidasku pedas. 'Sayang, you tengok ex you ni,' kata perempuan celaka itu nada merengek-rengek macam ba**.
'Eh, perempuan kau memang kurang ajar eh?!' tengking Yabil melempang aku. Lah Panas. 'But why?' kataku menahan sakit pipi aku yang ditampar. Seperti korang tahu alu menagis. Sakit weh kena tampar. 'My heart doesn't belong to you anymore love and started today i don't want to see your face anymore. You are disgusting to me! kau tak pernah bagi apa aku nak so aku curang ngan kawan kau sebab dia bagi apa yang aku nak' kata Yabil berterus terang.
'Fine, jangan cari aku dah,' kataku sebelum pergi dari situ.
Setelah aku memasuki kereta aku. Air mata aku pecah jua. Aku menahan diri untuk pulang ke rumah dalam keadaan aku bergini. Aku takut mummy and daddy aku risau. Aku menghantar text mengatakan aku pulang agak lewat ke rumah.
to be continue.....
Hai guys, macam mana dengan first chapter.. author tak pandai sangat nak menulis sorry sangat.....Author akan sedaya upaya menulis dengan baik . jumpa kat next chapter you all
YOU ARE READING
My Love Story: Sang Pemilik Hati
RomanceDia sang cinta pertamaku dan dia pematah hati ' Wahai Andra, mulai hari ini kita putus sebab aku tanak ada apa- apa hubungan dengan kau!'- Yabil 'But why?' - Andra 'My heath doesn't belong to you and i don't want to see your face anymore,'...