"Alaf nak masuk sekolah mana ? "
Itulah soalan pertama yang diajukan oleh ibu kepadaku di meja bulat makan kami. Aduh.. susahlah kalau dah bukak topik ni... makan tak aman macam ni !
Lepas tu, agak- agak apa yang aku buat ?
Diam ah.
Aku diam...
"Aik, senyap pulak ? Tunggul ke ? Ibu tanya kan tu. " bidas ayah padaku. Ulam - ulaman yang banyak terletak di atas pinggan ayah sudah lesap dimakannya. Entah sedap sangatlah ulam tu. Tengok pun mahu termuntah kahak hijau aku.
Yes. I'm anti-vegetables. Uwek!
Nasi dan lauk di pinggan hanya dapat ku tenung sambil otak sedang ligat berfikir, mencari jawapan dalam kotak fikiranku terhadap soalan ibu tadi.
Fikir..... fikirr.... hmmm....
Aduhh, tak jumpa- jumpa jugak!
Halah kau ni Alaf. Nak sekolah mana pun terkial- kial kau. Payah ah gini !
"Alaf tak tahu lah ibu. Takde idea." akhirnya jawapan ku yang serba bodoh la jugak yang terasa berat seperti terdapatnya pemberat 10 kg dalam mulutku itu terlafaz keluar. Iya, orang tanya tu, bagi jawapan yang relevan sikit. Ini jawapan budak 6 tahun ni.
Itulah budak zaman sekarang, soalan senang macam itu pun susah mahu jawab. Bayangkan kalau soalan matematik yang ber- KBAT lagi berKEBUT tu ? Ha mampos.Aku pun terfikir. Macam mana aku jawab UPSR masa tu? Math banyak susah woah...
"Eh kau ni ! Mana boleh macam tu ! Kan dah nak masuk form 1. Alaf sepatutnya dah fikir masak- masak nak masuk sekolah apa. " ayah berkata.
Hmm... mula dah...mula dah..
Dalam rumah ni, dia macam terbalik. Ayah aku yang lagi banyak bebelannya dari ibu. Tapi nak buat macam mana kan ? Ayah...
" Alaf kene fikir juga, kalau nak masuk sekolah berasrama, kena mohon dulu. Alaf nak masuk sekolah asrama ke sekolah biasa? " tanya ayah.
Ting ! Sekolah biasa !!
Ya, itulah jawapanku setelah soalan itu serta- merta keluar daripada mulut ayah. Tiada ragu- ragunya lagi ! Aku mahu sekolah biasa ! Tidak mahu aku masuk asrama. Nanti payah. Kena basuh baju, sidai baju, iron baju, semualah buat sorang-sorang. Menyusahkan hidup je. Baik sekolah biasa, dapat main permainan video pada belah petang. Kan seronok itu !
"Hmm... kalau macam tu, Alaf nak- "
"Ayah nak kau masuk asrama."
Eh ?
Eh ?
Ehhh ???!!!
Lah, dia yang tanya, dia yang jawab. Apaan sih !? Baik takyah tanya !
Keadaan aku pula macam mana masa tu ? Mestilah terkedu ! Bapak dia ah ! (bapak aku jugak :] ) Sumpah serana aku dalam kepala otak. Rasa macam nak hentak- hentak kepala kat meja makan tu juga. Aku tak mahu ! Aku tak suka ! Taknakkkk !!!
YOU ARE READING
milikku •° sentiasa
Romance" 𝖶𝖺𝗅𝖺𝗎 𝖺𝗉𝖺 𝗉𝗎𝗇, 𝖽𝗂𝖺 𝗍𝖾𝗍𝖺𝗉 𝗆𝗂𝗅𝗂𝗄 𝖺𝗄𝗎. 𝖲𝗁𝖾'𝗌 𝗆𝗂𝗇𝖾. 𝖳𝗁𝖺𝗍'𝗌 𝗂𝗍. 𝖥𝗎𝗅𝗅 𝗌𝗍𝗈𝗉." Itulah kata- kata yang tidak dipercayai rakan- rakan yang terlafaz keluar daripada sebuah mulut manis seorang remaja lelaki, b...