"Dia silap nombor kut." Lucas berkata untuk menyedapkan hati Amiya. Amiya menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan kata-kata Lucas.
"Dia telefon aku dua kali! Tak mungkin dia silap nombor." Ujar Amiya dengan mata membulat.
Liwiya memandang Amiya dengan mata mengecil. "Entah-entah dia...hantu..." Liwiya bersuara meleret dengan gaya tangannya beralun-alun.
Amiya mengangguk setuju dengan kata-kata Liwiya. Adam dan Lucas berpandangan dengan reaksi terkejut sebelum mereka memandang Amiya kembali.
"Malam tadi aku ada fikir juga fasal tu. Dia telefon aku malam-malam buta! Tapi aku sedapkan hati..mungkin scammer."
Lucas menggaru kepala yang tidak gatal. "Kau lagi takut hantu call daripada scammer?"
"Sekurang-kurangnya scammer tu manusia!" Ujar Amiya.
"Habislah kau! Malam ni hantu tu akan kacau kau lagi! AHAHAHAH!" Liwiya galak menyakat Amiya. Tahu sangat dengan ketakutan Amiya terhadap hantu.
Amiya mengecilkan matanya memandang Liwiya. Amiya memandang pula ke arah Adam yang dari tadi tidak bersuara.
"Ke kau!" Amiya menunding jari ke arah Adam.
Adam terkebil-kebil. "Aku?" Adam menunding jari ke arah dirinya sendiri.
"Kau kan yang kacau aku? Kau saja nak takutkan aku kan?" Amiya menyoal lagi dengan mata dijegil.
"Daripada aku kacau kau, lebih baik aku kacau si kuat berangan tu." Adam menjuih bibir.
"Apasal aku pula?" Liwiya pula menyoal apabila dia dapat mengagak yang Adam sedang tuju ayat itu kepadanya.
"Kau kan teringin nak jumpa hantu handsome." Perli Adam dengan anak mata diguling.
Liwiya tersengih. Setuju dengan kata-kata Adam.
"Dalam buku tu, memang best. Cuma sedih lah sebab nanti hantu tu akan tinggalkan kita."
Amiya berkerut tidak faham mengapa Liwiya tergilakan hantu. Hantu pun ada yang handsome ke?
"Daripada kau suka dekat jin, lebih baik kau suka dekat orang real ni ha.." Amiya bersuara.
"Hek eleh. Entah-entah nanti kau yang kahwin dengan hantu." Liwiya membidas.
Amiya hanya menggelengkan kepalanya. Memang perkara gila kalau dia berkahwin dengan hantu.
Erk. Ada ke orang kahwin dengan hantu?
୨✿୧
Di malam yang sunyi, mereka berempat berdiri di hadapan rumah banglo yang luarnya kelihatan usang. Seperti tidak berpenghuni sahaja rumah banglo itu.
Banglo itu terletak di tengah-tengah hutan. Memang kelihatan seram apabila dikelilingi pokok-pokok yang tinggi.
Lucas menelan air liurnya. "Kau series ke ni, Wiya?" Lucas menyoal Liwiya dengan wajah pucat.
"Aku rasa ada benda yang tak kena dengan rumah ni." Liwiya bersuara dengan mata masih memerhati rumah usang di hadapan mata.
"Aku dengar cerita, manusia tak pernah lagi masuk." Adam bersuara tenang.
"Betul! Sebab diorang kata dari luar pun dah nampak mengerikan." Ujar Liwiya.
"Err, jadi kita pun tak payah masuk lah kan?" Amiya bersuara dengan sengihan.
"Of course lah kita akan masuk!" Liwiya bersuara teruja.
Amiya memandang Liwiya dengan mulut ternganga. "Kalau kita kena rasuk macam mana?"
YOU ARE READING
[OG] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed"
Mystery / Thriller[KARYA PERTAMA] [ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢 Ada kata-kata yang tak sepatutnya dicontohi! 📢 Jika ada kesalahan, dialu-alukan untuk menegur. 📢 Dilara...