2

3.2K 132 3
                                    

Sebaik sahaja Amiya menghabiskan ceritanya fasal malam tadi, mereka sudah melopong kerana terkejut.

"Kau tidur sebilik dengan lelaki tu?! Weh kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Liwiya bersuara dengan nada kuat. Sungguh Liwiya terkejut.

"Iye aku sedar. Aku pun tak tahu lah kenapa aku percaya yang dia tak akan buat perkara bukan-bukan dekat aku. Tetapi memang dia tak buat benda bukan-bukan pun." Ujar Amiya sambil menundukkan kepala bermain jari-jarinya.

"Handsome sangat ke muka dia?" Adam menyoal. Amiya pantas mengangguk laju.

"Lebih kacak dari aku?" Lucas pula menyoal.

"Lebih kacak dari korang berdua!"

Lucas sudah tersenyum lebar manakala Adam mempamerkan reaksi menyampah.

"Jom kita pergi rumah dia sekarang." Bersungguh Liwiya mengajak dengan perasaan tidak sabar mahu melihat wajah Ivan.

"Itu rumah orang lah. Kau gila ke nak pergi rumah dia banyak kali?" Adam menghela nafas kecil.

"Aku tahu lah. Tetapi dia kan dah kenal kita. Lagipun kita berempat aje yang tahu rahsia dia." Ujar Liwiya.

"Dia tu tak ada keluarga ke?" Lucas menyoal.

"Sekarang juga kita kena pergi rumah dia, dan tanya." Liwiya terlebih dahulu berjalan meninggalkan mereka bertiga yang sudah terpinga-pinga.

"Apasal kau tak kata yang muka mamat tu cacat sebelah? Kalau tak mesti minah tu dah tak nak pergi." Bisik Adam kepada Amiya. Amiya mengangkat bahunya sebelum Amiya mengejar langkah Liwiya.

Lucas menepuk-nepuk bahu Adam.

"Entah-entah mamat tu ada sihir." Ujar Adam dengan nada sinis.

"Woy, kau agak-agak lah nak menuduh macam tu. Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh." Kata Lucas. Adam menggulingkan anak mata.

୨✿୧

Mereka masuk ke dalam rumah Ivan. Apabila mereka melihat Ivan keluar dari ruang dapur tanpa menutup kepala dengan hoodie, mulut Liwiya terus ternganga luas. Ini manusia ke bidadara?

"Buat apa datang rumah aku?" Ivan menyoal dengan kening berkerut. Memang rumah aku ni ada nampak macam rumah persinggahan ke?

"Err, kami saja nak lepak." Liwiya berkata dengan sengihan.

"Encik, izinkan saya pergi ke dapur kejap. Nak minum air." Lucas terus menuju ke dapur tanpa diizin Ivan. Ivan hanya memandang Lucas dengan jelingan tajam.

Amiya, Liwiya dan Adam melabuhkan punggung di atas sofa. Cahaya matahari dari luar membuatkan rumah ini nampak terang. Tidak gelap seperti sebelum ini.

"Encik ni takde keluarga ke? Kitorang bukan apa...encik kan duduk seorang, lepastu rumah ni pula sunyi, kalau jadi apa-apa macam mana?" Liwiya menyoal.

Ivan tidak sempat menjawab pertanyaan Liwiya kerana Lucas keluar dari ruang dapur dengan soalan.

"Encik suka tikus ke?"

Liwiya dan Adam sudah mengerutkan kening. Tikus?!

Sesungguhnya mereka benci tikus.

"Korang suka tikus?" Ivan menyoal pula mereka.

"Err, encik tak geli ke dengan tikus?" Liwiya rasa was-was mahu menyoal.

Ivan hanya diam memandang keempat-empat manusia itu. Anak matanya seperti tajam merenung mereka.

"Err korang. Jom lah kita balik. Aku rasa penat lah pula." Amiya memberi alasan mahu keluar dari rumah itu. Tiba-tiba pula suasana terasa dingin.

[OG] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" Where stories live. Discover now