12

2.1K 73 3
                                    

             
              Tanpa mengetuk pintu, Ken menerobos masuk ke dalam bilik pejabat Ivan setelah dia menyiapkan kerja.

       Ivan hanya membiarkan Ken melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengannya. Dia sibuk menekan-nekan papan kekunci dengan anak mata memandang skrin komputer.

       "Perempuan semalam kacau kau lagi ke?" Soal Ken apabila dia teringat tentang perempuan asing semalam.

       Bibir Ivan tersenyum senget tanda mengiakan pertanyaan Ken itu.

       "Senyuman senget kau tu tak memberi jawapan kepada pertanyaan aku." Ken bersuara apabila Ivan hanya diam membisu.

       Ivan menjeling tajam. "Kau pergilah keluar. Aku banyak kerja nak kena buat. Takde masa aku nak layan kau." Ujar Ivan.

       "Siapa suruh kau layan aku? Aku duduk je dekat sini. Kau yang tiba-tiba bercakap dengan aku." Kata Ken sambil mengambil sebatang pen yang berada di atas meja itu.

       "Yang kau soal-soal aku tadi tu apa?"

       "Aku soal kau ke? Aku soal diri aku sendiri. Kau yang tiba-tiba jawab. Bukan salah aku." Ken masih tidak mahu kalah. Reaksi wajah yang pura-pura tidak bersalah itu membuatkan Ivan mahu menghentak-hentakkan wajah Ken itu di atas meja.

        "Keluar." Ivan bersuara dengan nada keras. Cukup untuk membuat Ken faham yang dia sedang sibuk.

       "Tapi kan wey, perempuan semalam memang comel kan? Aku suka perempuan comel-comel ni." Ken menayangkan sengihan.

       Ivan hanya membuat tidak tahu. Matanya hanya memandang skrin komputer.

       "Kenapalah dia tak mengorat aku yang kacak ni? Dahlah kacak, nampak baik pula tu. Orang yang berwajah singa macam kau juga lah dia nak mengorat." Ken menyilangkan kakinya sambil jarinya memutar-mutarkan batang pen yang diambilnya tadi.

       "Kau nak dia, kau ambil. Aku tak ingin." Ujar Ivan dengan jelingan tajam.

       Ken menjongketkan keningnya berkali-kali. "Betul ni? Kau tak menyesal kalau perempuan tu tiba-tiba jatuh cinta dengan aku?" Soal Ken seperti bermain tarik tali dengan Ivan.

       Ivan menggelengkan kepala dengan mata masih memandang skrin komputer.

       "Okey. Nanti kalau dia datang mengorat, kau cepat-cepat call aku tau?" Pinta Ken dengan senyuman lebar.

       "Single lama sangat kau ni. Macam takde perempuan lain."

       "Suka hati aku lah. Perempuan semalam memang type ideal aku. Huuu, rugi kalau aku lepaskan macam tu aje." Ujar Ken dengan kepala tergeleng-geleng.

       Ivan menjongketkan bibir. Entah apa yang ada dekat perempuan tu pun dia tidak tahu. Setakat berwajah comel dengan berlesung pipit itu, langsung tidak membuatkan hatinya berdebar.

       "Nanti meranalah hidup kau bila kahwin dengan pilihan hati mama kau tu! Tch, Kerrin. Kenapa nama dia tak kerek je? Lagi sesuai dengan rambut dia yang berkarat tu."

        "Haih, aku rasa rindu pula dekat perempuan semalam. Agaknya dia tahu tak tempat kerja kau ni?" Ken menguis-nguis jari telunjuknya di atas meja itu.

        "Over lah kau. Baru suka tadi, tiba-tiba dah rindu. Nampak sangat kau sengaja nak buat aku cemburu kan?" Ivan mengecilkan matanya.

         Halkum Ken bergerak-gerak tanda dia sedang menelan air liurnya. Jangan bagi kantoi..jangan bagi kantoi. Ken bangun daripada duduk sebelum dia menggeliat.

[OG] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" Where stories live. Discover now