14

1.7K 68 8
                                    

                      Ken masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Ivan di sebelah sudah menghidupkan enjin kereta Audinya.

       Mereka baru balik daripada kerja, jadi sekarang mereka mahu singgah makan dahulu sebelum pulang ke rumah.

       "Bro, lepas kau dah kahwin nanti, hidup kau pasti akan bahagia dengan adanya isteri kau." Kata Ken dengan senyuman lebar.

       Ivan mengukir senyuman senget. Ken mengerutkan keningnya.

       "Kau senyum sinis atau kau sakit bibir?" Tanya Ken ingin tahu.

       "Hurm, untung lah kau. Lepas kahwin nanti ada isteri yang tolong buatkan sarapan untuk kau, gosokkan baju kau, mandikan kau, pakaikan kau baju, tolong gosokkan gigi untuk kau, tolong pakaikan lampin untuk ka--"

       "Kau ingat aku baby ke apa?!" Berkerut kening Ivan sebelum dia menyengkeh kepala Ken.

       "Aduh! Aku cakap benda yang betul okey!" Jerit Ken dengan nada tidak puas hati.

       "Bila masa pula aku pakai lampin?!" Jerit Ivan pula.

       "Eleh, lepas kahwin nanti mesti kau rasa malas nak pergi tandas. Iye lah, asyik nak berkepit aje dengan bini kau!" Perli Ken.

       "Kepala hotak kau!" Ivan menyengkeh lagi kepala Ken.

       "Sakit lah! Eghh! Aku suruh bini kau kurung kau dalam tandas baru tahu!" Ugut Ken sambil menepis tangan Ivan lalu Ken membetulkan rambutnya yang berserabai.

       "Aku yang akan kurung dia nanti." Kata Ivan dengan nada mendatar.

       Berkerut kening Ken. "Kejam betul kau ni. Muka aje handsome, tetapi jahat!" Bidas Ken dengan mata membulat. Kakak-kakak, makcik-makcik, janda-janda, haa kalau nak cari suami, tolong jangan cari suami seperti Ivan Qarl ini. Carilah suami macam aku ni.

       "Oh, aku memang handsome." Penuh berlagak Ivan mempamerkan reaksi wajahnya itu. Mengecil macam Ken merenung Ivan. Geram je aku nak lenyek-lenyek muka bapak singa ni!

        Baru sahaja Ivan mahu mengundurkan keretanya, Ken menyoal lagi.

        "Eh bro, lepas kau kahwin nanti kan, kau nak ada berapa anak?"

       "Lagi sekali kau cakap fasal kahwin, aku tinggalkan kau dekat rumah orang tua!" Ivan memberi amaran dengan mata menjegil ke arah Ken.

       "Aku tanya je! Yang kau nak marah-marah apahal?! Yang nak kahwin tu kau! Bukan aku! So? Apa salahnya kalau aku tanya!" Jerit Ken dengan wajahnya dirapatkan di telinga Ivan.

       "Tak payah tanya! Aku taknak anak!" Jerkah Ivan sebelum dia mendengus geram.

          "Astaghfirullah...Allahuakbar.." tergeleng-geleng kepala Ken seperti kecewa dengan kata-kata Ivan itu.
                              
         "Kalau bakal bini kau tahu, mahunya kau kena tidur luar nanti."

       "Berani ke dia nak suruh aku tidur luar?" Sinis Ivan dengan senyuman senget.

       "Amboi kau, berlagak nampak?! Eh sekarang ni, memang lah kau tak kisah sebab hati kau masih belum cintakan Amiya! Kau tunggu lah lepas kahwin nanti, tak fasal-fasal si Amiya tu goda kau sampai buatkan kau jatuh cinta!! Haa time tu kau tak boleh berjauhan dengan Amiya walau sesaat!" Bebel Ken.

       "Bising lah kau." Ivan menjeling meluat.

       "Eh, eh. Aku cuma bagitahu aje! Mana lah tahu kata-kata aku tadi akan jadi kenyataan!"

[OG] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" Where stories live. Discover now