"Sayang, apa yang lama sangat berdiri depan peti ni?" Noah menggeleng melihat keletah airin. Dah serupa budak kecik. Rasanya nak dekat 15 minit jugak airin berdiri di depan peti sejuk di 7eleven ni
"Saya tak tahu la nak pilih yang mana. Saya nak air vida ni tapi saya nak air mineral tapi saya nak 100plus ni jugak. Takkan la nak beli semua?"
"Apa salahnya? Beli je la. Aku mampu la nak bayar setakat 3 botol air je" airin menjeling noah. Dasar lelaki memang tak memahami. Memang la dia mampu beli semua tapi tak nak la membazir.
"Okey sayang, macam ni ye.. air 100plus ni macam air manis je. And bergas. Tak elok untuk kesihatan. Tadi kan kau dah beli aiskrim mochi sampai 5 aiskrim mochi kau rembat. Tak elok selalu makan dan minum minuman manis. Jadi sekarang pilih je nak air mana. 100plus tolak tepi"
Airin mengangguk mengiyakan noah. Betul la, tak elok minum dengan makanan manis ni. Nanti tak sihat. Kalau tak sihat masuk wad. Kalau masuk wad nanti ado betina nak sondol noah. Heish tak boleh!
"Air mineral je la" botol mineral dalam peti itu diambil lalu diletakkan ke dalam bakul yang dibawa oleh noah.
"Pergi bayar sana. Awak bayar lepastu masuk dalam kereta dulu eh. Saya nak ke kedai sebelah nak tengok baju dengan tudung." Sebelum sempat airin keluar dari 7eleven, noah pantas menangkap pergelangan tangan airin. Bukan main laju lagi si kecik tu berjalan.
"Tunggu aku. Bahaya jalan seorang malam-malam ni."ujar noah. Dahinya berkerut membantah airin
"Ish tak ada apalah. Dekat je. Lagipun sebelah lorong tu je, awak. Jimat masa. Saya pergi dulu" airin menarik tangannya dari genggaman noah. Noah berdecit melihat kedegilan airin, dengan pantas dia membayar barang-barang yang dibelinya. Bukan barang dia pun. Semua tu airin yang beli. Dia cuma bayar. Maklumlah sekarang dia yang jadi sugardaddy airin kan hokhok
"Cepat sikit, boleh tak?" Marah noah. Buat kerja terhegeh-hegeh. Dengan mata tu tak duduk diam asyik perhati je dia. Dasar perempuan mata keranjang!
"LAWA nya!" Sehelai demi sehelai baju dia belek. Bukan senang tau nak jumpa baju baju cantik dari turkey ni. Ada promosi lagi!
"Kak, nak bayar" airin meletakkan beberapa helai abaya dan juga beberapa helai shawl sulam ke atas kaunter.
Tunggu punya tunggu baru siap scan semua baju dan tudung yang dia beli. Kau boleh bayang dah kot banyak mana
"Semua sekali rm 899.90"
Airin menghulur kad debitnya. Selesai membuat pembayaran, airin pantas keluar dari butik itu. Bahaya duduk lama - lama. Banyak syaitan menghasut suruh boros. Diam memandang sekeliling. Gelap nau. Nak nak lagi lorong yang perlu dia lintas untuk ke keretanya. Haih menyesal pula tak tunggu noah.
Itula, lain kali dengar cakap husband!
Airin memandang sekeliling. Rasa macam diperhati pula. Rasa serba takut nak melintas lorong gelap itu. Tak tahu la kenapa rasa macam tak sedap hati semacam aje. Takkan hantu kot ? Dia bukan jenis takut hantu, nak nak lagi dia dah terbiasa dengan benda halus ni oleh kerana dia pernah ikuti program di sebuah asrama sekolah. Macam macam dia lalui sampai buat dia lali dengan perkara tersebut.
Sekali lagi dia memandang sekeliling. Di waktu tengah malam ni selalunya ramai aje orang tapi malam ni macam sunyi pula. Dengan lafaz bissmillah, selangkah dia buka ingin melintasi lorong tersebut.
"Sayang!"
"OI SAYANG SAYANG AKU" airin beristighfar panjang. Tangan naik mengurut dada. Hampir nyawanya melayang kerana terkejut. Bertuah punya suami! Matanya mencerlung memandang noah.
"Awak! Terkejut saya la!" Tangannya naik memukul bahu noah.
"Kau ni main jalan je. Tak tunggu aku"
"Awak tu dari mana? Bukan tadi saya suruh tunggu dalam kereta ke?"

YOU ARE READING
NOAH ZALISYA
Randomairin zalisya. Gadis yang ceria, pemalu dan berkerjaya. Namun siapa sangka gadis lembut itu menyimpan terlalu banyak luka. Masa lalunya terlalu perit. Terlalu dalam luka yang dia perlu rawat. Sehingga dia sendiri tidak tahu cara membalut luka itu. H...